Thursday, November 22, 2012

Entry SEO?Kena ke?

   Aku tak berapa pandai nak main SEO.Tapi, seronok pulak baca tulisan blogger-blogger lain pasal SEO.Setakat yang aku ingat, blogger Rafinamimi yang mula-mula mengajar aku tentang SEO.Tapi sampai sekarang, aku masih blur lagi apa sebenarnya SEO.Ibarat ambik exam, ngam-ngam dapat 50% je.

  Apa yang aku faham adalah, buat entry yang ada isu-isu yang sedang hot atau dengan kata lain yang sedang popular.Contohnya awal tahun hari tu, entry pasal pavlova.Tapi sekarang ni entry pasal durian crepe pulak.Atau pun, buat entry pasal Br1m dan yang seangkatan dengannya.pasal keputusan UPSR, cara nak memohon ke asrama penuh, cara nak memohon ke MRSM dan macam-macam lagilah.Dan yang terkini, tentulah PREMIUM BEAUTIFUL.Tiba-tiba ramai sangat yang cerita pasal PREMIUM BEAUTIFUL.

   Tak sangka ye!Rupa-rupanya blogging pun kena ada cara.Bukan main redah je.Tu yang aku selalu mengendap rumah blogger-blogger popular tu.Tapi sekarang ni blogger popular Ben Ashaari asyik cerita pasal anak dia je.Aku bukan jealous cuma tak seronok sebab pengisian dah kurang.Tak macam dulu. Anda sendiri?Bagaimana?Blogging main redah juga ke?



    

1 comments:

Azzah said...

tak reti main SEO..(eh..eh,pasal BA tu kita sama pendapat la..hi..hi)

Post a Comment