Saturday, March 26, 2016

Buah hatiku abang sado

   Aku sedih.Buah hati aku sedang uzur.Mula hilang sado.Mula menggigil macam kena demam kura.Kalau dulu, dialah abang long kawasan aka samseng kampung dusun.Tapi sekarang, nak mengunyah makanan pun susah!Nak dengar suara macho garang apatah lagi!Alahai ... kesian buah hati aku!Tapi... inilah hidup.Tak selamanya kita muda.Tak selamanya kita gagah, ye sayang.Tapi tak pe.Gigi dah tak de pun tetap jadi buah hatiku sayang... Ingat tu!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Itulah dia buah hatiku sayang Si PANJI (yang belakang)
Makan pun dah mengalah dengan anak bujangnya, Kasmir kucing kurang upaya.
Kalau tak, jangan harap ada peluang melainkan kena pelempang!

Image result for panji kucing scarlett's petals




Thursday, March 24, 2016

Sebelum aku tinggal nama...

    Fenomena luar biasa melanda negara kita.Suhu tinggi mencecah 34 darjah di tempatku!Walau pun hujan tetap turun, tapi suhu tak turun-turun!Rasa pelik tapi dengan kekuasaan Allah, tak jadi pelik.Tiada yang mustahil.Maka, walau pun hujan turun agak lebat, semasa mengajar, aku masih lagi berpeluh dengan banyaknya.Walau pun sewaktu aku di dalam kelas yang ada air con!Subhanallah!Ujian dari Allah buatku.

    Oleh kerana suhu yang melampau, aku belajar minum air tawar.Alhamdulillah kerana walau pun mulanya aku rasa loya dan perut rasa tak selesa, lama-lama aku mula biasa.Syukur kerana dapat kurangkan minuman manis.Mudah-mudahan aku tambah sihat. Itupun jika Allah beri peluang untuk aku lebih lama menghirup udaranya.Andai sebaliknya, aku redha je lah.... Sekurang-kurangnya aku diberi peluang untuk membuat persediaan sedikit sebanyak sebelum aku hanya tinggal nama...



Syoknya peluk botol sejuk!

Wednesday, March 23, 2016

Ajal menjemput anakku

   Baru je minggu lepas aku curi ambil gambar dia.Aku jarang ambil gambar anak aku yang seorang ni.Tak tahulah kenapa.Bukan sebab dia anak angkat walau pun hakikatnya memang dia anak angkat.Tapi minggu lepas, aku teringin sangat nak ambil gambar dia.Tak terfikir pun rupa-rupanya itulah gambar pertama dan terakhir yang mampu aku ambil.Huhuhu!

   Dua hari lepas, aku perasan anak aku tu berbunyi keliling rumah tak henti-henti.Kebetulan, aku betul-betul tengah sibuk mengadap laptop buat kerja sekolah yang tak habis-habis.Terdetik hati untuk keluar tapi bila anak aku tu dah senyap, aku pun terus sambung buat kerja sampailah aku terlupa langsung untuk tengok kenapa anak aku tu tak henti berbunyi.Biasanya balik dari sekolah, anak aku tu dah menunggu depan pintu.Tapi semalam, tak de langsung kelibatnya.

   Hari ni, aku tak ke sekolah kerana cuti sempena keputeraan Tuanku Sultan Johor, Tuanku Ibrahim.Dari lepas subuh aku memerap di bilik kerana badan tak sihat.Niat nak ke sekolah untuk mengecat pun terpaksa aku batalkan. Kemudian, aku terhidu bau busuk seperti bangkai.Aku jenguk ke luar tingkap.Bau makin kuat.Aku keluar ke anjung dapur.Aku tengok di belakang bilik setor.Tiba-tiba, aku ternampak, anak aku dah kaku dihurung lalat.Sedihnya!!!Mungkin dua hari lepas, dia asyik berbunyi kerana nak ucap selamat tinggal.... Walau pun anakku tak de penyakit, tengah sihat walafiat dan umur masih bujang trang tang tang.....Allah ambil nyawanya bila tiba masa....Hanya gambar menjadi kenag-kenangan..... Hari ini. seharian aku tak de mood.  :-(




ENDO anakku! Huhuhu!
Satu-satunya gambar yang ada untuk kenang-kenangan...

Friday, March 18, 2016

Anak orang anak sendiri...

   Aku - seorang guru - di sebuah negara aman,merdeka, maju dan rasanya lengkap serba-serbi.Terkadang aku stress kerana tugas yang menimbun.Rasa nak resign serta-merta!Walaupun mulut tak  kata apa, namun dalam hati... sesekali terdetik rasa alangkah ruginya aku mendidik anak-anak 'orang' sedangkan 'anak aku sendiri' tak mampu aku didik!Sedih!Tambah lagi bila di wall FB aku, asyik lalu je kisah anak-anak didik aku yang 'anak orang' dengan kejayaan masing-masing sedang 'anak aku' selesa dengan apa yang ada.(Soalnya aku 'tak selesa') Aku selalu nasihatkan 'anak orang', beri motivasi tentang betapa perlunya mengejar ilmu setinggi mana yang mampu.Tapi... aku tak mampu lakukan perkara yang sama dengan 'anak aku sendiri'.... Sedih!Tapi... siapa yang tahu? Salah ku sendirikah?
Terabai 'anak sendiri' kerana aku lebih komited didik 'anak orang'!Aku ikhlas... bukan tak ikhlas... Cuma aku sedih... Mungkin ada sedetik dalam hati aku tak ikhlas semasa mendidik 'anak orang' yang aku sendiri tak perasan maka Allah beri padaku 'rasa sedih kerana tak mampu didik anak sendiri'... Maka sebagai hambaNya yang amat lemah tak berdaya, aku redha... pasrah ... Moga-moga 'anak aku sendiri' akan berjaya dengan caranya sendiri... Meskipun saat itu aku tak mampu turut sama kerana perpindahanku ke alam lain.... 

Image for the news result

Friday, March 11, 2016

Lori Vico dan dosa

Isu viral tentang lori Vico terbalik menarik minat aku hari ini.Ada yang siap mengutuk lagi konon orang kampung tak tau hukum halal haram. Kemudian share terus berita tak sahih.Satu dunia orang boleh tengok wajah mereka yang kononnya tak tau hukum tu.Bukan yang terlibat je yang malu tapi yang sama segama pun malu.Macam kebulur sangat. Tak lama kemudian, keluar pulak cerita kononnya mereka tu cuma membantu pemandu lori yang kemalangan. Cuma membantu memindahkan bungkusan-bungkusan Vico yang elok ke lori lain. Manakala Vico yang dah rosak, disedekah oleh pemandu dengan izin tuan punya Vico. Kalau cerita yang kedua betul,maka senang -seang je si kaki kutuk dapat dosa.Lain kali, semaklah dulu betul atau tidak berita yang dibaca barulah share. Nitidak.Gelojoh sangat nak jadi ustaz ustazah celup. Sekarang kena cari orang kampung yang terfitnah tu dan minta maaf. Kalau tak, berdosa sampai bila-bila. Psst.. Vico tu sedap ke? 😃 

Monday, March 7, 2016

Resipi puding karamel anak dara

   Siapa suka makan puding karamel?Sila bayangkan puding karamel yang wangi, lazat, lemak dan berkrim.Nyam!Nyam!Nyam!Kalau google, macam-macam resipi yang kita dapat.Ada yang ok dan ada yang tak berapa ok.Hasil daripada mencuba pelbagai resipi di internet, aku jumpa dua resipi yang umpph!Satu resipi dari Facebook (Lupa pulak dari FB siapa..Ampun!!) dan satu lagi resipi anak dara aku sendiri.Tak caya sungguh!Kedua-dua resipi ni sesuai untuk mereka yang tak suka minum susu... Macam aku...

Resipi pertama dari Facebook.

3-6 sudu makan gula pasir .
7 biji telur ayam.
3/4 tin susu pekat
3/4 tin air
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar tepung 

Cara:

1.Jerang air dalam pengukus.
2.Karamelkan gula dengan api sederhana hingga warna nampak perang.Guna loyang terus atas api.
3.Bila dah jadi karamel, cepat-cepat lenggangkan gula tu ke keliling loyang.
4.Blend semua bahan lain dan tapis.
5.Tuang ke dalam loyang yang ada karamel 
6.Kukus 20-30 minit.
7.Sejukkan dan simpan dalam peti.

Resipi anak dara aku:

12 sudu makan gula pasir
5 biji telur ayam
1 tin susu sejat
1 tin susu pekat
1 susu teh esen vanilla

Caranya:
sama seperti di atas

Kedua-dua resipi sangat lazat.Bezanya cuma resipi pertama lebih keras kerana ada tepung.
Silalah cuba!

Image result for puding karamel

Pinjam gambar di Google.




Anak dara tudung berbunga  .... tuan punya resipi





Saturday, March 5, 2016

Bahagia itu di hati...

   Setiap insan di dunia ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t untung nasibnya.Ada takdir yang boleh diubah dengan doa dan ada takdir yang tak dapat diubah.Sebagai hambaNya, aku redha walau apa pun takdir Allah untukku.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Inshaallah... aku akan terus kuat walau apa pun dugaan yang mendatang.Bahagia?Alhamdulillah... Bahagia itu di hati.Bahagia itu pilihan kita sendiri.Biar tsunami melanda, andai di hati redha dan terima, tentu bahagia ganjarannya.Aku percaya dan yakin sesungguhnya, Allah maha mengetahui.Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan.Aku yakin dan pasti setiap satu yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.Jadi sekali lagi redha dan pasrah jadi jalan menuju kebahagiaan.