Aku - seorang guru - di sebuah negara aman,merdeka, maju dan rasanya lengkap serba-serbi.Terkadang aku stress kerana tugas yang menimbun.Rasa nak resign serta-merta!Walaupun mulut tak kata apa, namun dalam hati... sesekali terdetik rasa alangkah ruginya aku mendidik anak-anak 'orang' sedangkan 'anak aku sendiri' tak mampu aku didik!Sedih!Tambah lagi bila di wall FB aku, asyik lalu je kisah anak-anak didik aku yang 'anak orang' dengan kejayaan masing-masing sedang 'anak aku' selesa dengan apa yang ada.(Soalnya aku 'tak selesa') Aku selalu nasihatkan 'anak orang', beri motivasi tentang betapa perlunya mengejar ilmu setinggi mana yang mampu.Tapi... aku tak mampu lakukan perkara yang sama dengan 'anak aku sendiri'.... Sedih!Tapi... siapa yang tahu? Salah ku sendirikah?
Terabai 'anak sendiri' kerana aku lebih komited didik 'anak orang'!Aku ikhlas... bukan tak ikhlas... Cuma aku sedih... Mungkin ada sedetik dalam hati aku tak ikhlas semasa mendidik 'anak orang' yang aku sendiri tak perasan maka Allah beri padaku 'rasa sedih kerana tak mampu didik anak sendiri'... Maka sebagai hambaNya yang amat lemah tak berdaya, aku redha... pasrah ... Moga-moga 'anak aku sendiri' akan berjaya dengan caranya sendiri... Meskipun saat itu aku tak mampu turut sama kerana perpindahanku ke alam lain....
0 comments:
Post a Comment