21 tahun.... Ye 21 tahun... Bukan usiaku tapi 21 tahun tempoh perkhidmatanku sebagai seorang pendidik.Sepanjang 21 tahun berkhidmat, pelbagai pahit maung dunia pendidkan telah ku himpun. Ibarat seorang bayi, 21 tahun telah menjadikannya seorang gadis mekar. Dengan kata lain, telah cukup lama aku berkhidmat.
Dengan tendang terajang dunia pendidikan masa kini, aku rasa mereka yang benar-benar berjiwa kental saja mampu menghadapinya.Bukan mudah mendidik insan baru kenal dunia dengan seribu satu ragam.Apatah lagi andai sekolah tempat berkhidmat, adalah sekolah buat anak-anak hampir tak menjadi.
Namun aku bersyukur kerana setakat hari ini, aku tak pernah menghadapi apa-apa masalah dengan anak-anak didikku.Ngeri bila ku dengar anak-anak yang baru belajar terbang, berani berkata lucah, memaki malah mengugut seorang guru!Kereta tercalar boleh dibaiki namun andai hati guru tercalar, mengajar pun jadi tak sepenuh hati!Namun aku percaya, para pendidik di luar sana cukup gagah menghadapi apa juga rintangan mendatang.Mudah-mudahan....
0 comments:
Post a Comment