Wednesday, May 24, 2017

Catatan seorang pengantin baru

   Baru-baru ini, seorang sahabat dengan beraninya bergurau agak keterlaluan dan bunyi tak senonoh di group exclassmate aku.Aku tahu gurauan itu untuk aku.Dah memang nama aku yang disebut.Lagi pun aku la seorang dalam group tu yang baru saja menerima 'mas kahwin'(Hihihi..Syukur).Kalau setengah orang, mungkin terasa hati aka sentap kata budak sekarang.Tapi aku relax je.Buat apa nak marah?Lebih baik perangai terus terang daripada hipokrit.Jadi, aku pun gelak je lah.

   Abang ipar aku pun dua kali lima.Mengusik bukan main.Amboi!Amboi!Mentang-mentanglah aku dan suami tak berapa nak muda, kau bahankan kami ye? Hihihi.... Tapi aku dan suami gelak je lah.Adat pengantin baru ke mana pergi jadi bahan usikan.Hari ni, walau pun hampir dua minggu aku jadi pengantin baru, kami masih lagi jadi bahan usikan.Lantak koranglah.Asalkan kami bahagia.Hahaha!Tiap-tiap malam dengar keroncong!Kau ada? Kali ni, mudah-mudahan tak de lagi entry aku yang emosi ala-ala ikan tercekik joran seperti suatu waktu dulu.

    Mudah-mudahan, istana yang kami bina, kekal utuh hingga ke syurga walau apa rintangan yang ada.Aku akui bukan mudah untuk membina istana kami kerana beza kami bagai langit dan bumi.Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami.Moga ikatan suci yang terjalin mampu membawa aku dan suamiku ke jalan Allah yang lebih diredhai.Terima kasih ayah kerana sudi menikahkan ku sendiri.Terima kasih mak,adik-adik dan kakak-kakakku,ipar-iparku, anak-anak saudaraku,teman-temanku dan semua saudara yang hadir di majlis kecilku. Terima kasih anak-anakku sayang kerana merestui dan menerima orang baru dalam hidup kalian.Terima kasih adik-adik iparku kerana bersusah payah menyediakan hantaran yang indah.Terima kasih ibu mertuaku kerana melahirkan suamiku, yang aku cintai sepenuh hati.

   Sesungguhnya ikatan dua jiwa yang kami bina, terbina di atas airmata.Maka airmatalah yang tumpah seusai lafaz keramat yang dibuat.Terima kasih suamiku kerana sanggup menerima diriku yang tak punya apa-apa.Aku tak punya harta atau pun rupa.Sesungguhnya, aku tidak pernah merancang untuk menzahirkan cinta kerana luka dalam yang parah.Terima kasih kerana menghidupkan kembali sesuatu yang telah lama mati dan menjadi belahan jiwaku.Andai ditakdirkan aku menutup mata, aku rela kerana aku telah merasa apa itu bahagia.Hadirmu di waktu aku hampir lemas kehabisan nafas.Dirimu penyembuh luka yang ku sangka takkan pernah sembuh.Andai bulan bisa berbicara, bulan akan nyatakan betapa aku telah putus asa untuk hidup suatu waktu dulu.

   Selama bertahun-tahun aku menghirup udara untuk hidup, aku tak pernah tahu suamiku wujud.Ironinya jarak kami tak sampai 15 minit perjalanan!Hatta ibu mertuaku tinggal hanya berjarak 5 minit dariku.Namanya pun tak pernah hadir dalam pengetahuanku apa tah lagi orangnya.Namun aturan Allah sangat indah.Kami bertemu di alam yang sangat indah yang akan kekal rapi dalam lipatan memori kami.Terima kasih ya Allah kerana menggantikan laraku dengan bahagia.Sesungguhnya aku redha dengan segala ujianMu dulu, kini dan selamanya.Hanya pintaku,berikan aku sedikit masa untuk membahagiakan dia yang ku cinta sebelum aku menutup mata. Berikan aku sedikit lagi masa. Apabila tiba masanya, Kau ambillah aku...

   Buat suamiku, bukan aku terlalu tegar dan tak sudi mengalirkan airmata tetapi aku telah terlalu banyak menangis.Sesungguhnya airmata yang mengalir keluar mampu menyakitkan mataku!Dan aku tak mampu menahan sakit!Biarlah ia mengalir jauh di lubuk hatiku saja tanda aku amat bahagia.Untukmu, akan aku cuba sama-sama membina istana yang sentiasa bahagia dengan rahmat Allah.Andai hati dan mataku buta kerana cinta pun aku rela kerana aku telah menjalankan tugasku dan ALLAH TAHU.  Doaku moga kita sama-sama kuat menghadapi apa juga gangguan yang datang kerana cinta kasihku itu adalah infinity............Moga kita kan terus menjadi embun dan pelangi yang saling memayungi, bersama dalam taman syurga cinta kita...


Image may contain: outdoor and nature


Moga jalan yang kita pilih membawa kita ke syurgaNya.

1 comments:

Reena Kamarudin said...

tahniah kak. berbahagialah akak, hingga ke syurga. doakan saya juga dipertemukan jodoh untuk ubat luka ini :)

Post a Comment