Thursday, November 7, 2019

Cara buat pocong

   

   Tada!!!!Jangan terkejut ye.Bukan sambut Halloween ke apa.Cuma ambil peluang untuk membantu mereka yang nak buat hantu.Tahun ni, aku buat macam-macam hantu.Untuk entry kali ni, aku kongsikan macam mana cara untuk membuat hantu pocong.AMARAN.INI BUKAN UNTUK ILMU HITAM KE NAK SIHIR ORANG KE.Perkongsian ini untuk guru-guru (terutamanya) yang kadang-kadang terpaksa buat hantu.   Pertama sekali, pastikan anda seorang yang kuat semangat.Kalau tak nanti, hantu ke mana, awak ke mana.Kedua sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu:

1.Kertas suratkhabar.Banyak-banyak tau!
2.Telekung lama @ kain putih tak pakai.Tak payah beli.Membazir.Tapi jangan rembat mak punya pulak.
3.Selotape @ cellophanetape (Sama tak?)
4.Kain putih untuk dijasikan tali
5.Kayu ikut ukuran badan 

Cara-caranya:
1.Bentangkan kain putih atau telekung buruk tu.
2.Bentangkan suratkhabar banyak-banyak ikut saiz pocong yang dikehendaki.
3.Letakkan kayu di tengah-tengah, atas suratkhabar yang dibentang tadi.
4.Bentukkan badan pocong dengan membalut kayu tadi dengan suratkhabar.Perlu banyak surat khabar supaya dapat bentuk yang dikehendaki.
5.Bentukkan bahagian leher, pinggang dan kaki dengan membalut bahagian tersebut ketat-ketat menggunakan selotape.
6.Bila dah elok bentuknya, balut suratkhabar yang dah dibentuk tu dengan kain putih atau telekung buruk tadi.
7.Ikat bahagian atas kepala, leher, pinggang dan kaki dengan kain putih.
8.Akhir sekali, ikut suka la sama ada nak letak dalam keranda, kubur ke macam mana. Selamat mencuba.  



Pocong yang dah siap.Awas!Jangan sampai ikut balik rumah pulak!

0 comments:

Post a Comment