Yeah!Hari ni aku nak kongsikan resipi kek Gula Hangus @ kek Sarang Semut resipi turun temurun.Sebenarnya ada banyak cara untuk buat kek ni.Jadi terpulang la cara masing-masing.Bagi aku, aku cukup suka dengan resipi ni.Sesedap rasa je dan yang penting banyak rongga aka rupa sarang lebah @ sarang semutnya.Ok kita mulakan kelas memasak kita hari ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. 2 cawan gula pasir
2. 2 cawan air panas
3. 2 cawan tepung gandum
4. 2 sudu teh potas
5. 2 sudu teh baking powder
6. 1 cawan minyak masak
7. 1 cawan susu pekat manis (Kurangkan kalau tak suka manis)
8. 5 biji telur gred A
9. 1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya:
1. Masak gula dengan api perlahan hingga perang kehitaman. Perlu jaga betul-betul supaya tak hangus rentung tapi hangus manja-manja je dengan bau yang lazat.
2. Bila gula hangus tu dah meruap, masukkan air panas.
AMARAN:HATI-HATI KERANA MASA NI AGAK BAHAYA SEDIKIT.
3.Biarkan air gula hangus tu sejuk sesejuk-sejuknya sesejuk air mata ibu.Eh!Suhu bilik tau!Jangan masukkan dalam peti sejuk pulak!
4.Ayak tepung, potas dan baking powder.Pastikan udara terperangkap semasa mengayak tu.Ayak dalam mangkuk yang bersih dan bebas dari minyak atau air ye.
5.Gaul sehala menggunakan senduk kayu hingga campuran sebati dan rata.
6.Masukkan minyak sedikit-sedikit dan gaul rata.Guna teknik kaup dan balikkan sehala.
7.Dengan cara yang sama, masukkan pulak susu.
8.Masukkan esen vanila
9.Masukkan telur sebiji-sebiji dan gaul rata guna teknik di atas.
10.Masukkan air gula hangus dan kacau sampai betul-betul rata dan sebati.Kesabaran yang tinggi adalah diperlukan semasa mengacau.Jangan lupa guna teknik yang sama iaitu kaup dan balikkan sehala supaya udara yang terperangkap kekal terperangkap.
10.Biarkan selama 5 jam.(Yang ni terpulang la.Nak perap ke tak)
11.Panaskan oven api bawah dengan suhu 165-175 celcius selama 15 minit.
12.Sementara itu, lenser loyang diameter 7 inci dengan margerin.
13.Tuang adunan dalam loyang
14.Kalau rajin, guna la baking paper untuk alas.
15.Bakar kek selama 35 minit api bawah.
16.Selepas 35 minit, bakar lagi 10 minit dengan api atas bawah.
17.Kalau nak kukus pun boleh.Didihkan air dulu sebelum masukkan adunan .
18.Kukus selama sejam.
19.Dah sejuk baru la potong.
Gambar tunggu aku masak kek ni la ye. Weekend kot.
2 comments:
fav ni sarang semut ni.
Try la buat, Cik kaella.
Post a Comment