Sunday, February 6, 2022

Bukan Kerana Nama.....

 Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerna dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerna dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman, dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama, semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini
Dengarlah hai teman, dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama, semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Aah
Ini hanyalah satu kehidupan
Hanyalah satu kehidupan
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Dengarlah hai teman, dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama, semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Ta-ra-ra-ra-ra-ra-ra-ra-ra-ram
Ta-ra-ra-ra ta-ra-ra-ra-ra-ram

     Rasanya semua orang tahu dan pernah mendengar lagu Bukan Kerana Nama dendangan Ramli Sarip @ Papa Rock, seorang rocker veteran dari Singapura.Tetapi kupasan aku bukanlah tentang Ramli Sarip. Cuma kebetulan saja, dalam dingin hari ni kerana hujan, lagu itu tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga.Tak tau lah kenapa.

     Aku teringat zaman aku membesar sekitar tahun 80an, radio memainkan peranan amat penting bagi kebanyakan orang seperti aku.Maklumlah...orang kampung.Nak beli televisyen, memang tak mampu.Kalau ada pun cuma televisyen hitam putih yang menggunakan bateri kereta sebagai sumber tenaga.Bila habis, perlu ke pekan dalam jarak 15 km untuk cas bateri.Jadi, radiolah sumber utama hiburan kami.

   Sebagai anak Johor dan menetap di selatan Johor, jiran terdekat adalah Singapura.Jadi, radio Singapura lebih jelas didengar jika dibandingkan dengan radio Malaysia.Tapi ironinya, lagu yang kerap dimainkan adalah lagu-lagu dari Malaysia selain Indonesia.Kecuali beberapa nama popular seperti Ramli Sarip dan M.Nasir yang berasal dari Singapura.Hmm..... Oklah.Itu saja buat masa ini.Jumpa lagi.










Bila rebung berjaya dilentur...

      Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Begitulah kata peribahasa kita.Betul sangat-sangat.Aku setuju.Sebab itulah di sekolah, selain pendidikan mengikut sukatan @ silibus yang telah ditetapkan, pengisian rohani (untuk anak-anak beragama Islam) setiap hari diterapkan.Kami bukan mahu membentuk generasi ekstrim yang semata-mata bijak dalam agama.Tidak!Tidak sama sekali!Tetapi kami inin membentuk generasi yang seimbang dunia dan akhirat.

     Oleh itu, setiap hari semasa perhimpunan, sementara menunggu masa masuk ke kelas, anak-anak di sekolah aku akan bersama-sama membaca surah Yaasin atau pun Al Mathurat.Biasanya dibimbing oleh pemimpun-pemimpin murid seperti pengawas sekolah, pengawas surau, ketua kelas dan sebagainya.Tetapi hari ini, oleh kerana banyak kelas yang telah dicutikan kerana persediaan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia,seorang murid bukan dari kalangan pemimpin murid, telah diminta untuk mengetuai bacaan Yaasin. 

     Masya Allah.... Bila keluar saja suara anak tersebut, seperti ada sesuatu menjentik hati aku dek kerana merdunya suara dan bacaannya.Meski ada sedikit kesalahan Tajwid, namun ia cukup baik bagi seorang anak tingkatan 2.Suara dan bacaannya mampu menginsafkan hati yang masih leka dengan hal dunia.Di luar sana, jangankan anak-anak seusia dia, orang dewasa pun masih ramai lagi yang buta Al Quran.Yang takkan mahu atau mampu menjadi pemimpin bacaan Al Quran dalam majlis atau pun di rumah.Paling malang, masih ramai yang terlalu alpa dengan urusan dunia!

     Anak sebaik itu, aku rasa mungkin telah biasa terdidik dengan suasana beragama di rumah.Maka dia tidak kekok seperti setengah-setengah yang lain.Mudah-mudahan, anak itu, Nurashraf Danish bin Mohd Khusni, akan terus terhindar dari tipu muslihat dunia dan terus membesar menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.Moga suatu hari nanti, Nurashraf Danish bin Mohd Khusni akan menjadi seorang bapa yang mampu mendidik dan menghasilkan lebih ramai Nurashraf Danish bin Mohd Khusni yang baru.Aamiin.....






Saturday, February 5, 2022

Covid, SPM dan guru

Salam habis cuti!(hehehe!)

      Esok, aku ke sekolah lagi.Dah tua pun masih lagi ke sekolah.Apa nak buat.Itu je yang aku tahu untuk mencari rezeki sesuap nasi.Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Sesungguhnya hati risau kerana kes Covid masih tinggi hari ini, iaitu 9117 kes terbaru.Alahai... Baru seronok dong dong ceng makan limau dah naik lagi kes.Tinggi pulak tu.Tapi aku tengok, rata-rata orang dah tak kisah dah.Ramai juga yang dah tak berapa jaga SOP terutama .... (Sila sambung sendiri) But I don't care!Aku akan tetap cuba sebaik-baiknya untuk jaga SOP!Orang nak kata ku bendul katalah!For me, prevention is better than cure!

     Bercakap tentang kes Covid yang makin meningkat, aku tak risaukan sambutan Hariraya yang masih lama lagi tapi aku bimbangkan SPM.Bukan setakat calon-calon SPM tetapi juga guru-guru yang bertugas termasuklah aku.Walau pun aku cuma sebagai assessor untuk Speaking Test, aku risau juga.Maklumlah bila berjumpa dengan ramai orang, macam-macam boleh berlaku.Minta dijauhkan ya Allah. Moga semuanya berjalan lancar hinggalah ke hari terakhir SPM.Bercakap tentang SPM, aku betul-betul kagum dengan guru-guru yang mengajar murid SPM.Bukan calang-calang orang mampu.Terlalu banyak cabaran yang mesti dilalui.Mereka adalah the unsung heroes @ wira tidak didendang.


Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Credit to Google