Saturday, April 2, 2011

Mana aci?Tolonglah aku!!!

   Kalaulah esok aku tak payah ke sekolah, tentu aku paksa Cik Lenovo ungu aku ni berjaga sampai ke subuh.Mana aci orang lain blogwalking aku tengok je sebab aku tak boleh nak blogwalking!Jangankan blogwalking, blogcrawling pun tak boleh ni.Dahlah kat dashboard kata aku takde follow apa-apa blog.Hampeh!!!Geramnya!!!!!!!!Aku tak taulah apa yang tak kena.Line ok je.Tapi bila klik, could not be found lah, apa lah...Kang aku klik apa yang patut, aku jadi tikus membaiki labu pulak.Jadi, terpaksalah aku tarik nafas panjang-panjang.... sabar..... sabar...... blogging esok pulak.Mudah-mudahan keadaan lebih baik esok.Cis!!!Aku nak gosok baju untuk  gi sekolah esok pun aku malas.Nasib baik esok aku tak mengajar kat kelas.Kalau tak, tengok muka anak murid aku, terbayang pulak wajah En Ben, Kak Pah KPoh, Abang Terror, atau Pendekar Berkuda. Aduh!!!Sengsaranya mengalahkan orang putus cinta!!!Tolong aku ek!!!

Entry kali ni takde gambar sebab Cik Google pun merajuk dengan aku!
Waaaaaa!!!!!!
[ Dicatat pada jam 12.09 pagi.Setelah hampir 4 jam aku paksa Cik Lenovo aku bw]


Atas permintaan Cik Norazizah yang sudi mengomen ( pelik tak bunyinya?) dan teringin nak berkenalan dengan Cik Lenovo Unguku, maka dengan senang hati aku uploadkan gambarnya yang paling jelita.



Selamat berkenalan Cik Norazizah!Aku follow!!!!

Friday, April 1, 2011

Nasib baik ada Maharaja Lawak...

   Aku tak tahu apa jadi dengan aku sekarang ni.Aku geram sangat-sangat sebab aku tak dapat blogging puas-puas.Pertama:line ok tapi entah kenapa asyik 'cannot find server' je.(Tu yang aku tak dapat blogwalking tu) Kedua:Berlambak-lambak aku nak tulis tapi berlari mengejar masa.Minggu ni pulak aku kerja 7 hari seminggu.Bukan nak komplen sebab aku suka pergi sekolah tapi rasa nak tercabut jugaklah lutut aku.(Sape kata jadi cikgu senang?) Aku salute kat senior-senior aku yang.. fullamak!Ligat macam lipas kudung.Tak caya?Mehlah gi sekolah aku.Semua cikgu busy.Anak murid aku pun busy!

  Oleh kerana otak aku berserabut, aku pun kelam kabut, terpaksalah aku pos entry yang ini je dulu sebagai tanda aku blogging cuma aku tak dapat blogwalking.Aku sedih!Aku bengang!Aku geram!Nasib baik  ada Maharaja Lawak terutama R2 yang aku minat tu.Terhiburlah sikit hati aku ynag lara ni.Jom tengok Maharaja Lawak!

Sekarang Sepah tengah buat persembahan....
Kelako jugak.