Monday, July 4, 2011

Bersih sangat le tu!

   Budak-budak form 1 kadang-kadang ada yang tak berapa matang.Umur je 13 tahun tapi ada yang berfikir macam budak 9 tahun.Tak boleh nak salahkan dia orang seratus peatus kerana kadang-kadang dia orang tak terdedah dengan isu-isu semasa contohnya kisah seorang budak India Form 1 yang aku jumpa tadi...

   Dari jauh lagi aku dah perasan kasut budak tu masyaallah, kotornya.Budak tu budak baik jadi biasanya kasut dia bersih.Apatah lagi di hari Isnin, hari pertama persekolahan.Untuk menghilangkan rasa ingin tahu aku, aku pun tanyalah kenapa kasut dia kotor yang amat sangat.Dengan muka suci langsung tak berdosa, budak tu jawab; Kalau bersih nanti kena tangkap.

   Aku masih tak faham.Gila ke cikgu nak tangkap budak pakai kasut bersih.Lepas tu budak tu kata;Hari-hari dia tengok tv kata kalau ikut bersih nanti kena tangkap.Opss!Barulah aku faham apa maksud dia.Dia ingatkan 'Bersih' yang sibuk diheboh-hebohkan di TV yang merancang untuk mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai ni, itulah bersih yang dia faham selama ni.Akibatnya, selama ni budak tu punyalah bersih sekarang jadi tak bersih.

   Kemudian aku pun jelaskan tentang 'bersih' yang sebenarnya.Lepas tu budak tu cakap; Apalah punya orang.Bagi susah orang je.Kasi tukarlah nama dia teacher(Dia maksudkan si Ambigai tu).Aku tanya nak tukar apa.Dia jawab; Ambingai lagi baiklah teacher!Terus aku terkelu seketika sebelum aku dan beberapa orang kawan budak tu gelak.(Cerdik jugak rupanya dia ni)

Bersih sangat le tu!


Audit jangan tak audit


Shh!Nak tau tak rupa siapa kat atas tu?
Itulah rupa cikgu-cikgu kat sekolah yang kena buat audit akademik sebab sekarang ni musim buat audit akademik.
Aku kena jugak tapi dah siap dah.
Tak sempat nak pening-pening sebab ramai kawan-kawan aku yang baik hati nak membantu.
Tak sabar nak bentangkan audit akademik subjek B.Inggeris Tingkatan 3 7 hb Julai ni.