Sunday, February 6, 2022

Bila rebung berjaya dilentur...

      Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Begitulah kata peribahasa kita.Betul sangat-sangat.Aku setuju.Sebab itulah di sekolah, selain pendidikan mengikut sukatan @ silibus yang telah ditetapkan, pengisian rohani (untuk anak-anak beragama Islam) setiap hari diterapkan.Kami bukan mahu membentuk generasi ekstrim yang semata-mata bijak dalam agama.Tidak!Tidak sama sekali!Tetapi kami inin membentuk generasi yang seimbang dunia dan akhirat.

     Oleh itu, setiap hari semasa perhimpunan, sementara menunggu masa masuk ke kelas, anak-anak di sekolah aku akan bersama-sama membaca surah Yaasin atau pun Al Mathurat.Biasanya dibimbing oleh pemimpun-pemimpin murid seperti pengawas sekolah, pengawas surau, ketua kelas dan sebagainya.Tetapi hari ini, oleh kerana banyak kelas yang telah dicutikan kerana persediaan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia,seorang murid bukan dari kalangan pemimpin murid, telah diminta untuk mengetuai bacaan Yaasin. 

     Masya Allah.... Bila keluar saja suara anak tersebut, seperti ada sesuatu menjentik hati aku dek kerana merdunya suara dan bacaannya.Meski ada sedikit kesalahan Tajwid, namun ia cukup baik bagi seorang anak tingkatan 2.Suara dan bacaannya mampu menginsafkan hati yang masih leka dengan hal dunia.Di luar sana, jangankan anak-anak seusia dia, orang dewasa pun masih ramai lagi yang buta Al Quran.Yang takkan mahu atau mampu menjadi pemimpin bacaan Al Quran dalam majlis atau pun di rumah.Paling malang, masih ramai yang terlalu alpa dengan urusan dunia!

     Anak sebaik itu, aku rasa mungkin telah biasa terdidik dengan suasana beragama di rumah.Maka dia tidak kekok seperti setengah-setengah yang lain.Mudah-mudahan, anak itu, Nurashraf Danish bin Mohd Khusni, akan terus terhindar dari tipu muslihat dunia dan terus membesar menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.Moga suatu hari nanti, Nurashraf Danish bin Mohd Khusni akan menjadi seorang bapa yang mampu mendidik dan menghasilkan lebih ramai Nurashraf Danish bin Mohd Khusni yang baru.Aamiin.....






Saturday, February 5, 2022

Covid, SPM dan guru

Salam habis cuti!(hehehe!)

      Esok, aku ke sekolah lagi.Dah tua pun masih lagi ke sekolah.Apa nak buat.Itu je yang aku tahu untuk mencari rezeki sesuap nasi.Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Sesungguhnya hati risau kerana kes Covid masih tinggi hari ini, iaitu 9117 kes terbaru.Alahai... Baru seronok dong dong ceng makan limau dah naik lagi kes.Tinggi pulak tu.Tapi aku tengok, rata-rata orang dah tak kisah dah.Ramai juga yang dah tak berapa jaga SOP terutama .... (Sila sambung sendiri) But I don't care!Aku akan tetap cuba sebaik-baiknya untuk jaga SOP!Orang nak kata ku bendul katalah!For me, prevention is better than cure!

     Bercakap tentang kes Covid yang makin meningkat, aku tak risaukan sambutan Hariraya yang masih lama lagi tapi aku bimbangkan SPM.Bukan setakat calon-calon SPM tetapi juga guru-guru yang bertugas termasuklah aku.Walau pun aku cuma sebagai assessor untuk Speaking Test, aku risau juga.Maklumlah bila berjumpa dengan ramai orang, macam-macam boleh berlaku.Minta dijauhkan ya Allah. Moga semuanya berjalan lancar hinggalah ke hari terakhir SPM.Bercakap tentang SPM, aku betul-betul kagum dengan guru-guru yang mengajar murid SPM.Bukan calang-calang orang mampu.Terlalu banyak cabaran yang mesti dilalui.Mereka adalah the unsung heroes @ wira tidak didendang.


Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Credit to Google