Benarlah kata orang...
Langit takkan selamanya cerah
Sekali kita di atas,
takkan selamanya di atas...
Nasib ayam, nampak di kaki
Nasib manusia, Allah saja yang tahu.
Contoh nyata adalah...
Dr.Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.
Suatu waktu dia di atas,
hari ini, Allah tentukan
nasibnya di bawah.
Apa pun,
aku doakan beliau dan keluarga
tabah menghadapi dugaan.
Kepada yang lain,
mesti selalu beringat
undang-undang negara
jangan sesekali dilanggar
apatah lagi undang-undang Allah!
Berita lanjut tentang hukuman Dr.Mohamad Khir Toyo, boleh dibaca di Utusan Malaysia.
SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut.
Beliau bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak itu ditangguh sehingga rayuan selesai didengar dan diputuskan. - Utusan
Jumpa pulak Dr.Mohamad Khir Toyo pakai baju purple.
Ini kah rumah yang dimaksudkan?
Cantik isteri Dr.Mohamad Khir Toyo.
Mudah-mudahan Datin tabah menghadapi dugaan.
Nenek dah ingatkan...
Jangan sesekali langgar undang-undang!
