Friday, December 2, 2011

Cintailah dia seadanya...

   Aku rasa dah berlambak aku baca entry tentang wedding anniversary.Potong kek, tiup lilin, buat pulut kuning,beli hadiah, candle light dinner dan maam-macam lagi benda-benda biasa yang dibuat.Kebanyakannya terpengaruh dek cerita-cerita barat sebab tu sangat kurang entry anniversary yang sentuh tentang baca doa atau buat kenduri doa selamat sebagai tanda syukur.

   Tetapi pada 28 November lepas, aku terjumpa entry tentang wedding anniversary yang sangat menyentuh hatiku.Ia sangat tulus dan dapat aku bayangkan betapa si penulis mencintai si isteri walau pun telah 17 tahun melayari bahtera bersama.Alangkah bertuahnya isteri si penulis.Kalau akulah menjadi si isteri, entry penuh jiwa itu pasti akan membuatkan aku mengalirkan air mata gembira kerana ia lebih bermakna dari emas atau intan permata.Sebagai seorang sahabat, aku doakan dari jauh moga-moga 17 tahun itu akan menjadi berpuluh-puluh tahun.Dengan kata lain, aku doakan kebahagiaan Si penulis dan isteri.

   Walau pun agak terlewat, aku ucapkan Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke 17.Hargailah cinta dan kasih yang kalian miliki kerana tak semua beruntung memiliki sebuah cinta.



Cintailah dia seadanya...

6 comments:

Nurul Jannah said...

betul tu. skrg org Islam pun dah terikut-ikut dengan cara orang barat. =.=

safurara said...

hmmm terharunya.untung dpt husband cm tu.dh 17tahun pon ttp kasih dan cinta.

uncle gedek said...

Terima kaseh kerana menghargai entri tersebut...

She deserves it, sebenarnya....

terima kaseh sekali lagi...

mas saari said...

saya sambut anniversary hanya ucap i love je kat husband, pastu dia kucup dahi saya...huhuhuhuuu

tak nak terikut cara barat ni!

ch000tz said...

ubat islam sekarang ni banyak dah yng lupa diri!

byway ngegadanyer kucin tu! lempank kang hahahah

Cikrosecute said...

akak pun sokong....adat kita dah kurangkan....

Post a Comment