Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 10, 2011

Nak kawin ke nak halau hantu ni?

   Musim cuti sekolah, sinonim dengan musim orang naik pelamin.Kalau dulu, bila pengantin lelaki datang, akan disambut dengan silat pengantin.Terasa juga jati diri orang Melayu.Pengantin pun rasa betul-betul macam raja sehari.Tapi, aku perasan, sejak akhir-akhir ni, takde lagi dah silat pengantin tu.Tapi diganti dengan mercun merah bertingkat-tingkat macam yang biasa orang Cina guna untuk halau hantu tu.

   Mula-mula aku rasa biasa je.Ala... gimik!Kalau tak de mercun pun, ada majlis yang guna benda meletup yang keluar kertas warni-warni ala-ala birthday party tu.Tapi, bila aku dengar seorang anak kecil umur lebih kurang, 4,5 tahun bertanya pada ibunya, kenapa takde silat?Kenapa main mercun?Mercun kan bahaya?(Nasib baik budak tu tak tanya, mana ada hantu nak main mercun untuk halau hantu); aku mula terfikir... Trend main mercun untuk sambut pengantin tu tak sesuailah.Macam hilang jati diri orang Melayu.Apa pendapat anda?



 Mercun macam nilah maksud aku.
Ada jual ke? Opps!Mestilah ada.Takkan pengantin buat sendiri!
Tak haram ke dari segi undang-undang?
Perlu ke guna mercun ni?
Lainlah kalau kahwin dengan orang Cina.



Kan cantik kalau ada silat pengantin macam ni.
Barulah terbit aura raja sehari.
( Gambar credit to Tengku Syah )




Kucing ni pun tak happy kahwin ikut budaya orang.
Tu, muka masam je kena paksa.
Dia orang nak pakai kebaya dan tanjak.



5 comments:

LydSunshine said...

Ada ke org melayu kawen pasang mercun? Main mercun itu bahaya dan membazir.

Puan Kutu said...

haha kucing pun pandai nak pkai kebaya..

setuju jugak klu takde silat pun at least biarlah ada kompang.baru melayu...:)

Cik Rose Cute said...

hahaha...cam nak halau hantu pun ada...

API said...

hoo,, kawin, kawin...

Scarlett O'Hara said...

Sekarang ni dah macam trend pulak pengantin kat Pasir Gudang ni disambut dengan mercun.Tu yang terfikir nak buat entry tu!

Let's have a break!