Monday, December 26, 2011

Selamat kembali ke sekolah...

    Tak lama lagi dah naik sekolah.Aku pasti ramai emak-emak yang sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak.Cuma aku nak ingatkan satu perkara lagi iaitu, jangan lupa ajak sekali bapak-bapak untuk ikut sama merasa susahnya + penatnya menguruskan persekolahan anak-anak.Bukan apa, aku selalu jumpa emak-emak je yang bawak anak-anak.Mana dengan anak baby lagi, yang umur 2,3 tahun lagi.Kesian aku tengok.Bila tanya, mana ayahnya, emak-emak jawab, ada dalam kereta, malas nak turun!Ada ke patut!

   Perkara kedua, bukan pakaian je kena baru.Azam untuk belajar pun kena baru.Bagi yang bakal menduduki peperiksaan besar, mula dari awal.Di sekolah aku, hari pertama persekolahan dah mula belajar. Kena mula belajar bersungguh-sungguh dari awal.Jangan sesekali tunggu last minute.Buku-buku kena sampul.Barulah ada semangat nak belajar.Taklah bila bukak beg, mood terus hanyut ke laut sebab buku ...ya Allah!

  Kepada cikgu-cikgu pulak, bila dah tau mengajar kelas apa, cepat-cepatlah bersedia dengan segala macam mak nenek.Jangan last minute.Lebih-lebih lagi yang mengajar kelas peperiksaan.Bagi guru English, harap-harap dah pun selesai membaca poem ke short story ke novel untuk diajar.Taknaklah nanti, anak-anak murid lebih tahu dari cikgu!

  Kesimpulannya, elok buat checklist mana yang dah dibuat dan mana yang belum dibuat.Barulah sempurna kerja kita.Kepada blogger-blogger yang juga cikgu, terpaksalah kita bahagikan masa sebijak mungkin kerana maklumlah awal-awal tahun ni tiap-tiap sabtu kita kena kerja.Ok.Of dulu.Aku nak pergi cari lipstik.Eh!Tu penting juga tau!Taknaklah nanti masuk kelas muka macam vampire sebab bibir pucat.Ala... buat syarat je.Bukan merah menyala pun!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!


0 comments:

Post a Comment