Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, September 4, 2013

DIY bekas kuih felt

   Tak sihat dan bz melampau maka dah hampir habis Syawal baru aku sempat kongsikan gambar bekas kuih felt yang aku buat sendiri.Dah namanya DIY maknanya memang buat sendirilah kan.Kalau beli, tak taulah berapa harga sebiji.Buat sendiri banyak faedahnya.Selain dapat menambah koleksi, dapat juga jimat duit.Tengok gambar dululah ye

.


   Cara nak membuatnya mudah je.Kalau ada sesiapa nak cuba buat, cuba ikut cara di bawah.Harap-harap fahamlah ye.

Bahan / alat-alat mesti ada:

Gunting
Glue gun
Span 1 cm
Benang biasa ikut warna yang sesuai
Jarum jahit biasa
Jarum felt
Bekas kuih plastik
Renda atau riben
Benang khas untuk felt yang tebal dan kilat tu.Tapi semasa nak guna, ambil sehelai je.
Kain felt beberapa jenis sama ada yang keras, tebal atau lembut.Namanya aku tak pasti pulak.
Foam ke apa namanya yang sesuai disumbat dalam soft toy tu.
Pen untuk melakar.

Step pertama ( untuk penutup bekas kuih) :
1.Gunting span 1 cm untuk ditampal atas penutup bekas kuih.Gunting sama besar je dengan penutup tu.Guna glue gun untuk menampal.Hati-hati jangan terkena kulit.

2.Gunting pulak kain felt untuk ditampal atas span tadi.Kali ni besarkan sedikit supaya dapat menutup leher penutup bekas kuih tu.Tampal dengan glue gun dan kemaskan dengan menggunting atau trim.Jangan sampai menutup bahagian dalam penutup bekas tu kerana susahlah nak tutup bekas kuih tu nanti kalau dah terlebih.

3.Kemudian, gamkan riben atau renda di keliling penutup bekas tu.Guna glue gun juga.Gam lain tak berapa kuat kot.

Step kedua ( untuk hiasan atas penutup bekas kuih):

Cara buat strawberi:
1.Lakarkan bentuk separuh bulatan atas kertas.Gunting dan tekap atas kain felt merah.Gunting kain felt kemudian gunakan benang kilat warna putih (ambil selembar je) dan buat jahit pangkah secara berselerak sebagi corak strawberi.

2.Lipat dua kain felt tu dan lekatkan dengan jahit insang pari.Kemudian sumbat foam apa entah namanya tu.Tekan-tekan sikit dengan jari sambil tu jahit jelujur di keliling leher strawberi.Kemudian tarik dan cerut supaya jadi sebiji buah strawberi.Jahit kemas-kemas supaya isi yang disumbat tak terburai.

3.Lakarkan 3 helai daun yang bersambung.Tekap atas kain felt hijau dan gunting.Bentuk daun 3 helai ni macam 3 segi.Kemudian letak gam di tengah-tengah daun tu dan letakkan buah strawberi yang siap atas daun tu dan tambahkan gam supaya daun kemas dan lekat pada buah.

Step ketiga ( untuk buat biskut Oreo dan lain-lain)

1.Buat bentuk bulat ( untuk Oreo) di kain felt coklat.Gunting 2 helai.Gunting span 1 cm ikut bentuk biskut tetapi kecilkan sedikit sebagai inti biskut.Tampal dengan glue gun.Kalau nak buat biskut bentuk lain, caranya sama je cuma tukarkan warna kain dan bentuk biskut.Contohnya tengok dalam gambar tu, selain biskut Oreo, aku buat biskut 4 segi warna hijau dan biskut beras yang bentuk oval tu.

Step keempat ( untuk buat biskut gulung atau 'love letters')

1.Gunting kain bentuk 4 segi tepat.Warna dan saiz,ikut suka.Gulung kemas-kemas kemudian jahit dengan benang biasa.

2.Ambil benang kilat selembar dan balut keliling biskut gulung.Jangan lupa jahit di hujung supaya kukuh dan tak tercabut.

Step kelima ( untuk buat kuih tat nenas)

1.Lakar bentuk bunga 5 kelopak macam tat nenas.Tekap pada kain felt kuning dan gunting.
2.Gunting bentuk bulat sebagai inti untuk ditampal atas kuih tat.Warna sesuai tentulah oren, macam jem nenas.

Step keenam:
1.Susun semua strawberi, love letters, biskut dan kuih tat atas penutup bekas tadi.
2.Gam kuat-kuat dengan glue gun.
3.Dah pun siap.

* Kalau nak tambah kuih samperit ke, kuih sampan ke, boleh je.Janji kreatif.Selamat mencuba!




4 comments:

nadia said...

Sukanya tgk benda2 mcm ni. Cantik dan kreatif.

Keli Menari said...

RAJIN RAJIN ! hehe

Cik Itah@RRP said...

cantikk..

Zyra Roxx said...

awhhh comeyy! ^_^

Let's have a break!