Tajuk ganas sikit hari ni.Bukan apa, bila badan asyik tak sihat je, aku pun boleh jadi stress!Bila tanya doktor, doktor kata aku sakit sebab stress!Confuse sikit aku.Stress penyebab aku sakit atau sakit penyebab aku stress?Berikut adalah soal jawab yang aku ingat antara aku dan Dr Daneshkumar di sebuah klinik swasta.Harapkan klinik kerajaan, 12 September ni baru dapat jumpa doktor.Kalau aku nak mati, aku dah mati dululah.
Dr : ( Selepas membelek-belek kad bertimbun rekod kesihatan aku.Maklumlah aku dah terima rawatan di klinik tu sejak umur 13 tahun lagi.Sekarang dah tak berapa nak 13 tahun.Hehehehe!.Dialog dalam B.Inggeris tapi aku terjemahkan untuk entry ni) Masih sakit lagi?Ubat saya beri, makan tak?
Aku : Makan, doktor.Naik lemah badan saya sebab asyik tidur je.(Sambil muka berkerut-kerut menahan sakit.Sakit beranak pun tak macam ni, tau!)
Dr: Emmm...... Ada banyak penyebab sakit ni.Saya rasa awak kena Colitis.Ada makan makanan terdedah atau jual di pasar malam?
Aku: Tak de.Ala doktor.Jangankan makanan pasar malam, makan makanan masak sendiri pun saya muntah!Dah berapa lama saya tak makan betul-betul.Makan hati adalah.
Dr : (Tersengih je doktor ni sambil mengetuk-ngetuk perut aku.) Mana boleh tak makan!Badan jadi lemah.
Aku: Memanglah doktor.Saya lagi kebulur nak makan.Tapi makan je saya muntah!Aduh doktor!Bagi jelah ubat apa-apa!
Dr: Ok.Ok.Saya bagi satu injection ye.
( Kemudian Dr.Danesh mintak pembantunya sediakan jarum injection.Alah mak!Kena cucuk kat punggung ke?Cucuk pun cucuklah.Janji hilang sakit aku.Rasa macam nak putus jantung tahan sakit.Minggu lepas aku dah mc 3 hari.Malu dengan cikgu-cikgu dan anak-anak murid aku.Asyik cuti je.)
Selepas injection...
Dr : Macam nilah.Saya buat surat untuk awak check di hospital.Boleh periksa lebih lanjut.Saya rasa colitis tapi manalah tau, takut-takut penyakit lain.
Aku : ( Masih lagi muka berkerut tahan sakit.Tambah pulak sakit punggung kena cucuk)
Apa punca penyakit colitis tu doktor?
Dr: ( Mula cerita panjang lebar punca colitis) Salah satu punca utama adalah stress.Awak stress ke?
Aku: Tak kot.Tapi saya asyik mc je sebab sakit perut ni memang buat saya stress, doktor!Habis kerja saya tertangguh.Malu pun ada dengan kawan-kawan.
Dr: Saya rasa awak stress sebab itu awak sakit.
Aku : (Pulak!) Stress pun stresslah doktor.Yang penting saya tak terus sakit.
Dr.Ok.Saya bagi awak mc 3 hari.Makan ubat kemudian tidur.Jangan tak tidur.Kalau tak boleh makan, cuba minum air barli.(Ala.... Dah naik kembung perut aku minum air barli) Jangan lupa cepat-cepat ke hospital.Oh ya!Awak ada apa-apa hobi yang boleh buat awak releks?
Aku : Ada, doktor.Saya suka blogging.
Dr:Oh!Bagus!Ada masa, awak blogging.Rehat betul-betul.Rehatkan otak dan badan.Bila tak stress, badan pun sihat.Jangan lupa ye.STRESS BOLEH MEMBUNUH!
Aku :Ok,doktor.Terima kasih.
(Kemudian, aku pun diberi bekalan ubat yang memang akan membuatkan aku tidur lena selepas makan.Dan juga 2 pucuk surat ke hospital.Satu untuk refer tentang penyakit usus aku yang konon katanya Colitis dan satu lagi surat untuk refer ke Jabatan Psikiatris dan Sakit Mental.Ha?Kena ke? Fikir punya fikir, aku ambil positif jelah.Manalah tau, entah-entah aku memang stress tahap gaban tapi otak aku je kata tidak.Yang penting, aku betul-betul sihat.)
Terima kasihlah Dr Daneskumar kerana nasihat dan penerangan panjang lebar tu.
Bila aku ronda-ronda di alam siber, aku jumpa artikel ni.Memang ada tanda-tanda penyakit aku ni disebabkan stress.
Lebih kurang macam nilah bila aku sakit perut.
6 comments:
Hope x teruk sgt ler tu..
Take care.
Rajin2 le kne wat checkup pasni.
macam teruk je bunyinya.cool la cikgu,jgn la stress..makan ubat n jgn lupa refer hospital..semoga cpt sembuh
get well soon ya kak scar
Stree boleh membunuh.buktinya?
Putus ngan awek..stress.pastu terjun bangunan.
Hahaha terbukti stress mampu membunuh hohoh.jgn lupa mkn ubat ye :) cepat2 sembuh
P/s: since 13 tahun?err skrang umur bape?
alam...ada masa nanti singgah pula la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..
http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html
Umur dah masuk 4 series dah.
Post a Comment