Sunday, September 29, 2013

Andai kata aku pergi...

   Alhamdulillah.... Dapat juga membelai Cik Lenovo ungu aku malam ni setelah hampir seminggu tak boleh nak online.Betul-betul minggu yang mencabar.Hari Isnin,23 September, aku sekolah tapi mulai jam 10 pagi, perut aku sakit lagi.Terpaksalah aku makan ubat yang memang akan membuatkan aku tidur.Mujur aku tak de kelas sampai jam 12.30 tengah hari.Hari Selasa pun, serupa juga.Sakit datang menyerang semasa di sekolah.Mampu bertahan untuk mengajar hingga waktu ke 3 kemudian aku terpaksa telan ubat dan zzzzzzzzz.Hari Rabu aku tewas.Terpaksa mc kerana sakit tak tertanggung sejak malam.Hari Khamis, aku kuatkan semangat untuk hadir kerana sukan sekolah tapi aku terpaksa telan ubat lagi dan zzzzzzzzzzzzz.
   
   Jumaat, Sabtu dan Ahad, sakit langsung tak berkurang.Ya Allah!Perut dah naik kembung makan bubur kerana langsung tak boleh makan benda lain.Allah saja yang tahu sakitnya.Kalaulah aku budak, dah lama aku menangis mengongoi tapi ......  aku kuatkan iman kerana sakit adalah penebus dosa.Mungkin banyak dosa aku selama ini yang aku tak sedari.Ubat hospital aku makan ikut aturan tapi entah kenapa sakit langsung tak berkurang.Betullah kata orang, sakit bila datang macam ribut tapi perginya macam semut.Maka, dengan reda aku terima sakit ujian tuhan.Mudah-mudahan dosa aku diampunkan.

   Semasa aku menulis entry ni, sakit berkurang sedikit tapi aku masih risau ia akan tetap datang bertandang.Kesian anak-anak murid aku yang akan mengambil SPM.Banyak kelas aku tertinggal.Kesian kawan-kawan sekerja yang terpaksa relief aku.Pada mereka yang tak jemu-jemu sms dan bertanya khabar, terima kasih aku ucapkan.Aku bukan tak sudi nak jawab call atau balas sms, tapi bila aku makan ubat, aku ah tak sedar dunia lagi dah.Dengan kata lain aku 'ditidurkan'.

   Semasa aku sakit ini juga entah kenapa selalu terfikir yang tidak-tidak.Manalah tahu, umur aku pendek.Bertambah seorang lagi blogger yang meninggal.Tapi, tak siapa kisah kot maklumlah, aku blogger anchovy...Pun demikian, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang setia singgah di sini kerana bila aku check, jumlah visitor lebih kurang sama walau pun hampir seminggu aku tak update.Katalah aku pergi tanpa sempat mengucapkan apa-apa, aku ingin kalian semua tahu, detik terindah dalam hidup aku adalah detik aku bergelar seorang blogger.Ampun maaf andainya ada kesalahan yang tanpa sedar aku lakukan.Semoga hidup kalian semua dirahmati yang maha esa.

   Buat anak-anak murid kesayanganku, bukan teacher tak sudi menerima kunjungan kalian, cuma teacher malu dilihat dalam keadaan sakit.InsyaAllah, kalau teacher sihat, teacher akan tetap datang ke sekolah.Maaf kerana tahun ini teacher tak dapat all out seperti tahun-tahun sudah.Moga kalian semua menjadi insan berguna dan berjaya dunia dan akhirat...........

1 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

Scar, rajin2 makan ubat yer,,,semuga cepat sembuh. Miss you...

Post a Comment