Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, January 8, 2014

Betul-betul buat naik darah!

   Dengan semangat berkobar-kobar, aku pun segera mengadap Cik Lenovo ku.Kerja bukan main banyak nak disiapkan dan aku harus mengejar 'masa aku sihat'Manalah tau, esok-esok, aku jatuh sakit, langsung tak mampu aku menyiapkan apa-apa.Aku ambil masa berhari-hari untuk menyiapkan segala macam dokumen yang diperlukan untuk sesi P&P aku.Terutama sekali, tentulah Daily Lesson Plan aku.Aku ingin menjadi 'aku yang dulu'.Tak pernah lewat menghantar E Rekod Mingguan untuk semakan.

   Tapi, kata orang, kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.Puas aku 'gode' printer jelita HP 2515 aku tapi dia tetap mogok tak nak kerja!Mesej yang sama berpuluh kali aku terima.Tray tak ditutup dengan betul.Puas aku jenguk, ketuk-ketuk sana-sini tapi masih juga ia merajuk.Kalau ikut hati, mau aku seligi!Cis!Baru je aku nak jadi pekerja cemerlang dah dia pulak bawa malang!Aduhai!Nampak gayanya terpaksalah aku tunda hasrat aku untuk aktiviti printing malam ni.


Gambar Google

Inilah printer yang tengah buat aku naik darah!

   

1 comments:

superVEE said...

Wooo.. Relax, teacher. Huhu. Ada hikmah, ada hikmahh :)

Let's have a break!