Showing posts with label Lenovo. Show all posts
Showing posts with label Lenovo. Show all posts

Friday, April 22, 2016

Encik Lenovo merajuk!

   Alahai En Lenovo!Time kerja tengah menggunung ni lah kau nak merajuk!Aku baru sempat menaip sikit!Aku tinggal kejap kejar apek sayur.Bila tegur kau balik, tengok-tengok kau dah muncung macam itik tak pandai bertelur!Alahai!dahlah kerja banyak lagi.Ni dah dekat sejam aku tunggu kau merajuk!Rosak program!Merajuk sikit-sikit dah le!Nasib baik aku Cik Lenovo.Walau pun umur dah banyak, masih tetap setia menabur bakti.Aku kejut kejap je dah terus boleh berkhidmat.Terima kasihlah Cik Lenovo.Dapat aku sambung buat kerja balik.



Image result for en lenovo 
Encik Lenovo bujang trang-tang-tang tapi merajuk je kerjanya!Meluat!



Image result for lenovo purple
Cik Lenovo yang ungu tu.Walaupun dah andartu tapi masih setia menabur bakti.

Wednesday, May 7, 2014

Bangunlah sayang dari koma.... Huhuhu!

   Rasanya duniaku sepi tanpamu.Sejak 21 April lalu kau koma tak sedar-sedar.Doktor kata peluangmu untuk selamat 50-50.Aduh!Risaunya aku!Andai kau tiada, akan suramlah duniaku.Mana mungkin aku temui kekasih yang setia seperti dirimu.Biarpun usiamu meningkat tua, aku masih amat memerlukanmu.Sedarlah segera.Bangunlah sayang dari koma.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cik Lenovo kesayanganku mogok tak boleh on.
Koma dari 21 April lepas.
Huhuhu!

Wednesday, January 8, 2014

Betul-betul buat naik darah!

   Dengan semangat berkobar-kobar, aku pun segera mengadap Cik Lenovo ku.Kerja bukan main banyak nak disiapkan dan aku harus mengejar 'masa aku sihat'Manalah tau, esok-esok, aku jatuh sakit, langsung tak mampu aku menyiapkan apa-apa.Aku ambil masa berhari-hari untuk menyiapkan segala macam dokumen yang diperlukan untuk sesi P&P aku.Terutama sekali, tentulah Daily Lesson Plan aku.Aku ingin menjadi 'aku yang dulu'.Tak pernah lewat menghantar E Rekod Mingguan untuk semakan.

   Tapi, kata orang, kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.Puas aku 'gode' printer jelita HP 2515 aku tapi dia tetap mogok tak nak kerja!Mesej yang sama berpuluh kali aku terima.Tray tak ditutup dengan betul.Puas aku jenguk, ketuk-ketuk sana-sini tapi masih juga ia merajuk.Kalau ikut hati, mau aku seligi!Cis!Baru je aku nak jadi pekerja cemerlang dah dia pulak bawa malang!Aduhai!Nampak gayanya terpaksalah aku tunda hasrat aku untuk aktiviti printing malam ni.


Gambar Google

Inilah printer yang tengah buat aku naik darah!

   

Sunday, March 10, 2013

Aku tengah marah tapi Hahahahahaha!!!Hohohohoho!!!!Hihihihihi!!!!

   Otak tengah berserabut.Peluh mula menitik.Panas walau pun kipas berpusing ligat.Bahu dah mula rasa sakit sebab dah terlalu lama mengadap CIK LENOVO aku ni.Bukan blogging ye.Sekarang ni manalah ada masa nak blogging berjam-jam.Kadang-kadang nak makan pun tak sempat.Suhu luar dalam dah makin meningkat.Menyesal aku jadi cikgu.Kalau aku tau teruk macam ni, baik aku jadi isteri cikgu je.Duduk rumah jaga anak.

   Tiba-tiba .... Hahahahahaha!!!Hohohohoho!!!!Hihihihihi!!!! Bersahut-sahut.Mula-mula aku buat donno je tapi lama-lama mana boleh tahan.Aku pun nak join sekaki juga.Lalu, aku pun tinggalkan sekejap CIK LENOVO JELITA aku.Oooooo!!!!!Rupa-rupanya anak-anak buah aku sedang asyik menonton filem.Kelakar sungguh.Kalau tak, takkan riuh rumah emak aku.Tak teringat pun budak-budak tu nak main basikal di luar.Kalau tidak.....Aku rasa, kita pun sama minat filem ni kan? Kan?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini dia filem yang telah membuang rasa nak mengamuk aku hari ni.


Lakonan Tan Sri P.Ramlee


dan Syarifah Aminah  (Kalau tak silap)

Ok.Off dulu.
Nak menonton Ibu Mertuaku pulak ni di ASTRO PRIMA.
  Bolehlah hilangkan tegang urat kepala aku kejap.

Friday, April 6, 2012

Aku terpaksa rujuk balik, walau pun aku tak suka!

   Tengok tajuk, jangan cepat-cepat buat kesimpulan ye.Kena baca dulu sampai habis.Kang jadi fitnah pulak. Ye.Memang betul aku dah rujuk balik selepas 2 tahun bercerai.Apa nak buat, masa tu aku ada orang baru.Tapi, semalam kekasih aku mogok pulak.Tu yang aku rujuk balik tu.Mudah-mudahan, Mak Temah Samsung aku dapat terima balik aku rujuk dengan dia....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sebijik rupa Mak Temah Samsung aku.

-
-
-
-
-
-


Inilah kekasih baru aku tu,
Tengah mogok sekarang.
Nape entah!
(Gambar Google punya)





Saturday, February 4, 2012

Bila dah tegar vs Panji dan Tuwu!

   Syukur alhamdulillah.... Sehari lagi Allah berikan peluang pada kita untuk menghirup udara segar miliknya... Seperti biasa, jam 5 pagi aku dah tercelik mata.Tak perlu jam loceng kerana jiran aku tiap-tiap hari hidupkan enjin basnya jam 5 pagi.Tambah lagi dengan 'lolongan' seekor burung hitam bermata merah yang sekali dengar boleh menaikkan bulu roma!

  Oleh kerana hari ni hari Sabtu dan aku tak perlu menghadirkan diri ke sekolah, maka aku merancang untuk ke rumah mak.Kesian mak dah seminggu aku tak datang jenguk.Tapi sebelum tu, wajib bagiku untuk update blog ( walau pun ada kawan aku kata aku bakal masuk  neraka kerana blog) Oleh kerana aku ni tegarlah jugak, jadi sebelum dapat menyiapkan post ni, aku tak sedar aku telah melawat ke bermacam-macam blog kawan-kawan!Maklumlah, bila nampak je blog kawan-kawan tu, rasa bersalah pulak bila tak jenguk!

   Oklah.Aku nak mengemas rumah dulu.Lepas tu ke rumah mak.Tapi Cik Lenovo tetap akan ku bawa.Anak aku si Panji ni pulak dari adi tak henti-henti berbunyi.Nak minta dukung le tu.Bukan dia tak tau yang aku ni alergik dengan bulu dia yang gebu tu.Sekejap lagi, bersinlah aku tak henti-henti.Tapi takpe, aku sayang anak aku tu jadi.... bersin pun tak apalah................




Inilah anak bujangku Panji.
Handsome tak?



Jam tak berlocengku yang berbunyi tiap-tiap pagi.
Konon namanya Tuwu!

    

Friday, December 2, 2011

Jaga mak sambil buat kraf felt.

   Dah lebih seminggu rasanya aku tak jadi burung hantu.Malam-malam dating dengan Cik Lenovo.Jadi malam ni, walau pun badan letih yang amat sangat, aku gagahkan juga untuk jadi burung hantu.Mudah-mudahan dapatlah aku bertahan hingga jam 1.

   Seminggu ni memang aku sibuk dan letih sebab jaga mak yang sakit.Walau pun keadaan mak takkan sama dengan keadaan sebelum mak sakit, aku bersyukur kerana ada sedikit kemajuan.Mak dah boleh makan nasi dan dah mula nak berbual berbanding minggu lepas.Masa mak senyap je dan tak de respon bila aku ajak bercakap, sedihnya hati Allah saja yang tahu.Siapa yang pernah alami tentu faham maksud aku.Sesiapa yang maknya masih sihat, gembirakanlah hati mak masing-masing kerana merekalah satu-satunya mak kita.

  Oleh kerana keadaan mak yang sedikit pulih, dapatlah aku memulakan hobi yang aku plan untuk cuti sekolah iaitu kraf menggunakan kain felt.Semalam aku berjaya menyiapkan satu beg duit dan satu keychain.Walau pun tak secantik buatan mereka yang arif,aku puas hati jugalah dengan hasilnya.Cuba tengok.Ok tak?




Ok tak keychain yang aku buat ni?



Yang ni projek baru start lepas isyak tadi.Nak buat beg duit untuk anak sedara aku si Hanis.
Peminat Angry Bird tu yang dia mintak aku buat Angry Bird tu.
Angry Bird aku wajib ada warna purple



Ni bahagian belakang beg duit yang belum siap.



Beg duit ni dah siap semalam tapi aku lupa nak beli riben untuk gantung love tu.
Aku ada riben biasa warna purple tapi anak sedara aku Si Izzah tu tak nak.High demand betul budak bertuah tu.
Design tu dia yang reka.
Oklah bagi budak berumur 9 tahun.



Inilah beg duit Si Izzah jika dilihat bahagian belakang.



Keychain ni aku siapkan semalam.

   Lepas siap beg duit Si Hanis anak sedara aku tu,aku plan nak buat penyepit rambut atau pin tudung pulak.Mesti comel bunga-bunga dan ada butterfly kesukaan aku.Yang pasti tentu ada design aku tu yang warna purple.Apa nak buat.... Aku ni memang minat sangat warna purple.Oleh kerana Ombak Rindu sedang hot, aku plan nak buat something ala-ala Ombak Rindu.

   Opps!Mak aku terjaga dari tidur pulak.Aku mintak izin jenguk mak jap ye!
p/s: Ada yang tanya, nak order beg duit, key chain atau lain-lain tu, boleh tak?
Jawapannya:Boleh.Send je email kat aku.
scarlett_j1@yahoo.com