Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, February 2, 2012

Ooo... mengata blogger ye?

   Aku tak suka orang mengata pasal blogger.Bukan kerana aku pun blogger, tapi kerana yang mengata tu sebenarnya tak tau pun blogger tu apa.Contohnya seorang kenalan aku ni.... dia anggap blogger adalah seorang penulis tanpa identiti atau sengaja menyorokkan identiti yang hanya menulis tentang keburukan orang!Pada hal, dia tak tau pun blog tu apa.Dia tau coolblog je tu pun cuma yang coklat!Negatif betul makna blogger bagi kenalan aku tu.

   Kebetulan, dia tahu aku pun seorang blogger jadi dengan muka ala-ala seorang ustazah ( walau pun diri dia pun masih belum 'berapa ustazah'), dia minta aku berhenti dari menjadi seorang blogger.Berdosa katanya sebab asyik dok mengata orang!Panas sekejap telinga aku.Bila masa pulak aku mengata orang?Aku selongkar post-post aku yang lama yang dah hampir jejak 2000 jumlahnya tu.Takdelah pulak aku jumpa post tentang mengata orang!

   Hari ni dia bertanya lagi sama ada aku masih terus menulis di blog.Aku kata 'ye' maklumlah sebagai blogger tegar, sehari tak blogging 'bagai tercabut nyawaku'.Sesiapa yang berada di situasi aku, tentu faham bagaimana rasanya.Respon kawan aku tu... ' Alamat masuk nerakalah kalau terus blogging tak henti-henti!' Aku terkedu sekejap.Rasa aku kalaulah adik aku si Afzalsukasuki yang dengar, mau diseliginya kenalan aku tu.Memandai je hukumkan kami, blogger-blogger, sebagai orang yang tak masuk syurga!Cis!!!

   Dek kerana aku ni jenis yang cool,( walau pun dalam hati, aku tengok kenalan aku tu macam sebiji donat yang gebu) , aku pun tanyalah, bila kali terakhir dia baca blog.Tak kiralah blog aku ke bukan.Dengan muka bagai nak kena penyepak sebiji, ...dia kata; Macam mana nak bukak blog tu kak? Cissss!!!!!%&$#(*)) Macam ni punya spesis pun ada??? Aku rasa dia perasan yang aku rasa nak telan dia hidup-hidup sebab aku tahu muka aku berubah kerana aku adalah seorang blogger yang tak pandai nak berpura-pura!

   Teman-teman bloggerku sekalian!Pernah tak jumpa spesis yang sama macam apa yang aku jumpa tu?


Kalaulah kenalan aku tu sebiji donut, 
memang aku kunyah-kunyah..
aku telan!

   

11 comments:

laskar pelangi said...

tu la kan.kalau tak kenal or tak tau pasal seseorang blogger tu,xyah nak tuduh je kan.siasat btol.ni pakai suka hati depa jer nak mengumpat blogger itu ini

Fathiah Hamim said...

huwaaaaa nak nanges sebab tak leh nak tumbuk orang nehhh.
macam mana nak bukak blog dia tanya?
siap masuk neraka bagai.
berasap nyaaaa

Mia Liana said...

uikkk... scarlett. mia pun sama juga terkena dengan rakan satu ofis.

mula-mula dulu tahun 2007, siap cakap lagi, buat per buat blog? membazir masa je. ada orang nak baca ke? sedih mia dengar, nak nangis pun ada. hampir suku ofis boikot mia.

la ni tahun lepas, baru terbukak biji mata diorang. dan diorang adalah silent reader mia senyap2.. sebab bila lalu terperasan buka blog mia. bangga betul dalam hati...

Miss Purple Ungu said...

ada jugak org spesis gini ye
menghentam org tanpa usul periksa...

jemarisuri said...

sabarlah je awak...setakat ni js takde plak kwn camtu sbb depa pun tak tahu js ada blog..hehe..

sbb tu js suka tulis tanpa muka js..sbb rasa tak privacy plak kalau org dh tau blog js...maybe pandangan berbeza kan..

***pasal tempahan watermark tu awak ke blog dia istana cinta :http://shafaaliaa.blogspot.com..

apix said...

erkk .. ni kes x kenal dan hanya mendengar serta mengetahui kisah2 blog dari mulut orang ni .. haishh .. rilek2 ..

Cik Ina Do Do Cheng said...

,menyampahkan ngan orang yang cakap ikut sedap mulut, dengar khabar angin je tu, berlagaklah cam dia tau.opssss.

MULAN said...

pernah kena.. depa ni tak tau ujung pangkal dok kata blog ni dok hantam orang lain.. siap kata boleh kena tangkap kalo ada blog..!!! tak tau apa isi perur blog, ringan je mulut tu kaa macam2.. buat pot je la..

cik bulan said...

kalau diowang tu xde dalam situasi macam kite ni xlayak la nak menghentam ye dak.kite pon manusia gak..tp sampai nk bukak blog pon tataw mmg mlmpau.=='

aanie said...

kekeke..camni pun ada ke?? lempang sebijik...hehe...

mrs adam said...

ntah ape2 fikiran orang macam tu.negatif dan sempit.tu bukan ciri2 muslimat sebenar a.k.a ustazah pun.

Let's have a break!