Showing posts with label blogger Afzalsukasuki. Show all posts
Showing posts with label blogger Afzalsukasuki. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Ooo... mengata blogger ye?

   Aku tak suka orang mengata pasal blogger.Bukan kerana aku pun blogger, tapi kerana yang mengata tu sebenarnya tak tau pun blogger tu apa.Contohnya seorang kenalan aku ni.... dia anggap blogger adalah seorang penulis tanpa identiti atau sengaja menyorokkan identiti yang hanya menulis tentang keburukan orang!Pada hal, dia tak tau pun blog tu apa.Dia tau coolblog je tu pun cuma yang coklat!Negatif betul makna blogger bagi kenalan aku tu.

   Kebetulan, dia tahu aku pun seorang blogger jadi dengan muka ala-ala seorang ustazah ( walau pun diri dia pun masih belum 'berapa ustazah'), dia minta aku berhenti dari menjadi seorang blogger.Berdosa katanya sebab asyik dok mengata orang!Panas sekejap telinga aku.Bila masa pulak aku mengata orang?Aku selongkar post-post aku yang lama yang dah hampir jejak 2000 jumlahnya tu.Takdelah pulak aku jumpa post tentang mengata orang!

   Hari ni dia bertanya lagi sama ada aku masih terus menulis di blog.Aku kata 'ye' maklumlah sebagai blogger tegar, sehari tak blogging 'bagai tercabut nyawaku'.Sesiapa yang berada di situasi aku, tentu faham bagaimana rasanya.Respon kawan aku tu... ' Alamat masuk nerakalah kalau terus blogging tak henti-henti!' Aku terkedu sekejap.Rasa aku kalaulah adik aku si Afzalsukasuki yang dengar, mau diseliginya kenalan aku tu.Memandai je hukumkan kami, blogger-blogger, sebagai orang yang tak masuk syurga!Cis!!!

   Dek kerana aku ni jenis yang cool,( walau pun dalam hati, aku tengok kenalan aku tu macam sebiji donat yang gebu) , aku pun tanyalah, bila kali terakhir dia baca blog.Tak kiralah blog aku ke bukan.Dengan muka bagai nak kena penyepak sebiji, ...dia kata; Macam mana nak bukak blog tu kak? Cissss!!!!!%&$#(*)) Macam ni punya spesis pun ada??? Aku rasa dia perasan yang aku rasa nak telan dia hidup-hidup sebab aku tahu muka aku berubah kerana aku adalah seorang blogger yang tak pandai nak berpura-pura!

   Teman-teman bloggerku sekalian!Pernah tak jumpa spesis yang sama macam apa yang aku jumpa tu?


Kalaulah kenalan aku tu sebiji donut, 
memang aku kunyah-kunyah..
aku telan!