Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, November 6, 2014

Papa Fiyya hebat!

   Cik Uji!Cik Uji!Fiyya nak cakap sikitlah.Hari tu kan Papa pergi mancing.Papa dapat ikan besar sangat!Dengan Fiyya pun lebih kurang besar.Papa kata ikan tu 6 kilo lebih.Fiyya berapa kilo ye? Fiyya lupalah.Papa Fiyya kuat sebab dapat pancing ikan besar.Fuyoooo!!!!!Kalau Fiyya besar nanti, Fiyya nak ikut memancing.Tapi Mama kata, No!No!No!Hehehe!Cik Uji pun kata No jugakan?Ala.... Zaman sekarang orang perempuan pun boleh memancing tau!

   Fiyya tak taulah Papa memancing di mana.Tapi Papa kata ikan tu ikan darat.(Aik?Ikan kan hidup di air.Macam mana nak hidup kalau di darat?Fiyya tak fahamlah.Nanti Fiyya besar, Fiyya nak google) Ikan tu Papa kata ikan Tioman.Eh Tioman tu pulau kata Mama.Ikan Toman.... Mmmm baru betulMaaflah ye.Fiyya tak tau pasal ikan.Cik Uji suka ke ikan toman?Ooo.... Cik Uji tak tau ye.Tak pernah makan ye?Tak pelah.Nanti, kalau Papa dapat tangkap ikan toman lagi, Fiyya suruh hantar balik Johor ye.Hehehe!

   Cik Uji nak tau, Papa bukan main sukabila dapat ikan manyak busat tu.Terus Papa kongsi di Whatsapp Anak Cucu Yai Nyai.Yai tentu seronok tengok ikan besar tu.Tapi nyai agaknya risau sebab Papa gila memancing lagi.Cik Uji beritahu Nyai ye.Sekarang Papa dah tak kaki mancing sebab kaki Papa dah kena ikat dengan Mama.Hahaha!Taklah!Fiyya buat lawak je.Sebab Papa sibuklah layan Fiyya!Mana boleh lebihkan Fiyya dengan ikan.Fiyya merajuk nanti.Oklah Cik Uji.Fiyya nak tidur dulu.Fiyya kena tidur awal supaya cepat besar.Fiyya tunjuk gambar ikan manyak busat tu ye.Bye Cik Uji!Tata!!!


Inilah Papa kesayangan Fiyya dan ikan manyak busat!
Fuyooo!!!
Clap!Clap!Clap!
Hebat Papa Fiyya!
-
-
-
-
-
-
-
-
Fiyya belanja gambar Fiyya satu ye!



Comel tak Fiyya?
Tak cukup?
Ok.Fiyya belanja satu lagi.


Hebat tak Fiyya?

0 comments:

Let's have a break!