Aku seorang penari.Juga penyanyi.Mmm....Maksud aku, aku melatih anak-anak muridku menari dan menyanyi.Sejak tahun-tahun awal perkhidmatan sampailah ke hari ini, tentu Kelab Kebudayaan, tarian, lakonan dan yang sepertinya menjadi tanggung jawab utama aku untuk ko kurikulum.Aku tak tahu kenapa.Seperti ada cop di dahi yang aku memang minat pada seni.Untuk majlis-majlis sekolah pun, nama aku jarang tercicir sebagai guru penasihat.Aku seronok.Aku suka sangat-sangat.Dari melatih koir sampailah lain-lain aktiviti seni.
Semasa di sekolah rendah, aku pernah melatih seluruh kelas untuk menjayakan taridra Ulik Mayang.Walau pun sekolah kami sekolah kecil dengan peralatan yang minimum, kami berjaya mempersembahkan taridra yang sangat menarik.Di sekolah rendah juga, aku pernah menjadi penyelaras Majlis Anugerah Cemerlang peringkat sekolah.Maka dengan kerjasama guru-guru lain, Hari Anugerah Cemerlang sekolah kami berubah menjadi pentas bangsawan.Dengan ibu bapa yang hadir bertindak sebagai rakyat jelata.Aduhai!Kenangan yang tak kan aku lupakan buat selamanya.
Di sekolah menengah, aku masih lagi penari, pelakon dan penyanyi.Maksud aku sebagai penasihat.Pasukan kami pernah menang pertandingan tarian rampaian inang, zapin dan joget serta tarian etnik pilihan iaitu Portugis.Aku puas hati walau pun terpaksa keluar duit sendiri untuk menampung kos pengangkutan, pakaian dan makanan selain bayaran untuk jurulatih khas yang aku bawa.Aku sanggup bersengkang mata menjahit sendiri pakaian tarian untuk mengurangkan kos.Aku puas hati bila kami menang.Walau bagaimana pun, aku kecil hati sedikit kerana kami dilabel sebagai puntung api neraka.Aku tahu kami salah tapi janganlah sesuka hati melabel kami.Aku menjalankan tugas pun atas tiket, Saya Yang Menurut Perintah.Bukankah pihak pentadbir sekolah yang menugaskan aku sebagai 'penari' dan 'penyanyi'?Kalau aktiviti kami salah, janganlah wujudkan kelab-kelab yang berkaitan di sekolah.Gantikan saja dengan kelab lain.Aku tak marah.Aku cuma kecil hati.Sedikit.Sekejap.
Walau bagaimanapun, aku bahagia dengan tugasku.Tahun 2015, aku lepaskan tugas penasihat kelab berkaitan seni hiburan yang menjurus ke api neraka.Aku tawar diri jadi kelab Rukun negara sajalah.Boleh aku latih budak-budak menyanyi lagu-lagi patriotik.Eh!Mana boleh!Menyanyi tak boleh!Untuk badan beruniform, aku mohon undur diri dari menjadi penasihat pancaragam.Aku dah puas mencurah bakti sejak 2007.Aku dah puas berjalan ke mana-mana bersama-sama anak-anak band.Aku pun dah letih untuk menghabiskan masa hujung minggu berlatih.Tapi nampaknya, permohonan aku ditolak.Maaf ye rakan-rakan setugas.Aku perlu menjadi penasihat pancaragam lagi.Jangan labelkan aku sebagai ahli neraka ye.
Rakan-rakan setugasku yang cemerlang.
0 comments:
Post a Comment