Friday, November 21, 2014

Surat Terbuka untuk pelajar SMKPG

    Salam muafakat 1 Johor anak-anakku sayang.Hari ini, 21 November 2014, secara rasminya bermulalah cuti sekolah kita.Cuti lebih kurang sebulan ini merupakan masa terbaik untuk anak-anak menjadi pelajar cemerlang di tahun-tahun hadapan.Mari teacher terangkan apa maksudnya.

1.Masa cuti panjang inilah anak-anak perlu ambil peluang untuk membaca buku teks tahun 2015.Buat nota ringkas untuk setiap bab bagi setiap subjek terutama sekali untuk subjek Sejarah.Teacher berpeluang melihat markah Sejarah anak-anak di tingkatan 2.Ramai yang gagal.Bila teacher tanya, jawapan sama iaitu tidak membaca.Kenapa tidak membaca?Jawapannya kerana tak cukup masa.Kenapa tak cukup masa?Jawapan anak-anak kerana belajar di saat akhir.Kan?Jadi bukan salah guru atau salah subjek yang dikatakan membosankan tetapi salah diri anak-anak sendiri yang tak punya jadual belajar yang betul.Tiada kejayaan yang datang bergolek, sayang.Jadi, bulatkan tekat untuk MEMBACA DAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN TAHUN HADAPAN.Bila dah tahu nanti, bolehlah fikirkan soalan-soalan KBAT atau HOTS untuk ditanyakan pada guru.Bagi subjek teacher, teacher minta anak-anak bacalah dulu dan fahami sungguh-sungguh sukatan kita terutama Literature component.Kena rajin sayang.Kalau buat catatan dalam buku latihan biasa, teacher tak kisah kalau anak-anak nak guna buku tu juga sebagai buku latihan di tahun 2015 nanti.Yang penting buku tu kemas.

2.Semasa cuti ni, tolonglah jaga keselamatan anak-anak.Boleh dikatakan setiap tahun ada kawan-kawan kita yang meninggal dunia kerana kemalangan.Tak sanggup rasanya kehilangan kawan-kawan kita.Jadi, teacher ingatkan sentiasalah jaga keselamatan.Yang ada lesen memandu tu, pandulah atau tungganglah dengan berhemah.Sentiasa hati-hati.Yang tiada lesen, tak payahlah ye anak-anak.Kena saman nanti emak ayah juga yang kena bayar.Kesian kan?

3.Kepada anak-anak yang mengambil peluang bekerja, teacher nasihatkan bekerjalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.Jangan ikutkan sangat hati muda.Jaga pakaian dan penampilan tak kiralah anak-anak islam atau bukan.Gunakanlah gaji yang anak-anak dapat tu untuk membantu ibu bapa menampung belanja persekolahan tahun hadapan.Sambil bekerja tu,jangan lupa untuk belajar ye.

4.Kepada anak-anak tingkatan 1,2,3, kalau boleh janganlah keluar ke JB tanpa orang tua.Memang ada ibu ayah yang izinkan tetap sebagai seorang yang lebih berpengalaman, teacher rasa lebih banyak buruk dari baik jika anak-anak keluar tanpa pengawasan orang dewasa.Kalau nak keluar juga dengan kawan-kawan, sentiasalah berhati-hati.Jangan terlalu mudah percaya orang asing.Minta dijauhkan kes culik dan yang sepertinya.

5.Nasihat terakhir buat anak-anak sayang, masa cuti panjang inilah anak-anak patut ambil peluang untuk membantu ibu dan ayah.Jaga hati mereka ye.Bangun awal-awal.Solat subuh dan kalau boleh buatlah solat dhuha.Jangan liat solat terutama solat subuh.Bagi yang bukan muslim, buatlah apa yang terbaik ye.Untuk anak-anak muslim, kalau boleh ambilllah peluang untuk menghadiri kem-kem ibadat sebagai bekal di akhirat.Doa teacher moga kita semua diberkatiNya dan berjaya dunia akhirat.Akhir kata, salam sayang dari teacher.Jom kita jadi yang terbaik untuk tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya.



Belajar rajin-rajin ye.



Buat yang terbaik untuk ibu dan ayah.



Cuba tanya Tuan Bilal Rahman atau anakandanya Iqbal tentang peluang-peluang untuk kem-kem ibadat.

Jumpa lagi ye.
Assalamualaikum.

1 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

dulu masa belajar saya paling tak suka subjek sejarah dan geografi (ehhhh ada ke subjek aku suka? hahaha) tapi bila dah kerja dan tumbuh minat pada hal2 dunia, saya belajar sendiri subjek sejarah dan geografi tu... sampai kan saya baca balik buku2 sekolah anak2 sedara

Post a Comment