Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, November 6, 2014

Surat untuk pelajar SMKPG

  Sekolah akan mula bercuti hujung bulan November ni.Tapi tak bermakna sekarang ni masa untuk honeymoon atau masa untuk main-main di sekolah.Kelas tetap berjalan seperti biasa.Kalau sukatan pelajaran di tingkatan sekarang dah tamat, kita belajar untuk sukatan pelajarn tahun hadapan.Tak gitu, anak-anak?Janganlah buat andaian bila dah habis exam, tak payah datang kelas.Baik tinggal di rumah tengok Running Man.

   Tengok macam teacher.Bersemangat je nak masuk kelas.Tak de istilah berehat kalau nak berjaya.Ingat tak teacher kata, never feel tired for success?Kalau belum ambik PT3 pun dah merungut penat, macam mana nak ambik PhD nanti?Kan Bonda? (Pengetua Cemerlang kami) Janganlah bersikap negatif sayang.Kita kenalah sentiasa proaktif, optimis dan semua yang mis mis lah.Pendek kata, kita teruskan pelajaran hatta tinggal sehari je nak sekolah.Sekolah lain, sekolah lain punya budaya.Sekolah kita, belajar tetap belajar.Kan?

   Kalau kelas relief waktu hujung-hujung nak balik, memang ramai cikgu beri puzzle.Word search yang paling popular.Bukan namanya main.Itu pun belajar juga.Cikgu pun dah letih dari awal sesi lagi.Maklumlah sekarang ni musim SPM, dalam sehari campur dengan guru yang jadi pengawas SPM, lebih 20 orang yang tak hadir.Jadi, cikgu bagilah puzzle dll yang tak perlukan cikgu bercakap letih.Teacher pun kalau tak larat sangat beri puzzle juga.Kalau larat, masuk kelas relief, teacher suka beri quiz.Sape menang dapat hadiah.Ala... setakat sepuluh dua puluh ringgit, apa salahnya kongsi dengan anak-anak, kan?

   Ha... Bagi anak-anak yang dah dapat buku teks untuk sesi 2015, silalah curi masa baca dulu buku-buku tu.Terutama teks KOMSAS.Jangan nanti masa nak mula belajar dan bincang, ternganga mulut sebab tak baca.Memang kena pulas telingalah dengan teacher.Macam mana nak pandai kalau malas?Tak kan nak tengok oang lain je dapat A sedangkan kita cukup dengan D?Tak cool lah macam tu!

   Kepada emak ayah, cakap elok-elok yang masa ni belum masa cuti sekolah lagi.Wajib kena hadir ke sekolah.Semalam cuma 89% yang datang.Mana boleh macam tu.Tugas cari duit kan tugas emak ayah?Anak-anak tak payahlah kerja.Tumpu pada sekolah je.Kalau perlu sangat nak kerja, tunggu cuti sekolah nanti.Tapi ingat, bila dah penat kerja nanti, jangan pulak habiskan duit tu untuk beli handphone.Teacher pun pakai Lenovo je walau gaji ****.Jadilah.Belanja kena ukur di badan sendiri.

   Oklah.Itu jelah pesanan teacher.Oh ya!Masa hujung-hujung tahun macam ni, janganlah pulak dok merempit.Tiap-tiap tahun ada berita anak-anak dari sekolah kita meninggal kerana kemalangan.Kalau boleh tak nak lagilah ye.Teacher sedih.Jaga keselamatan, jaga kesihatan, tolong emak ayah, solat rajin-rajin dan jadilah anak yang soleh.Mana yang bercouple tu, tak payahlah dating selalu.Kalau rindu sangat datang je jumpa di rumah.Sentiasa jaga batasan sebagai muslim.Kepada anak-anak yang bukan muslim pun, jaga batasan pergaulan juga ye.Akhir kata, salam sayang dari teacher.Love you all....


Jangan ke Tasik Biru, ye anak-anak.
Bahaya!Ada 'anakonda'!

0 comments:

Let's have a break!