Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, December 4, 2014

Apa kata Fiyya hari ni...

   Assalamualaikum acik-acik!Hari ni Fiyya muncul lagi.Ada yang rindu tak pada Fiyya?*Wink* Hari ni Fiyya ada berita baik.Fiyya nak balik Johor pada 11 haribulan nanti.Yeah!!!Fiyya suka balik Johor sebab ramai yang suka Fiyya.Macam selebriti tau!Lagi pun Fiyya dapat melawat abang sepupu Fiyya, anak Mak Cak, abang Rujhan yang baru je memasuki alam dewasa.Alam dewasa tu apa ye acik-acik?Fiyya tak faham.Kenapa kena sunat baru boleh masuk alam dewasa?Maaflah.Fiyya kecik sangat lagi.Banyak perkara yang Fiyya tak faham.

   Selain jumpa Abang Rujhan, bila balik Johor, Fiyya boleh jumpa Yai,nyai, Mak T, Mak Cak dan dah tentulah Cik Uji, tuan punya blog tempat Fiyya tumpang berceloteh ni.Fiyya pun nak jumpa abang Zarif, kak Hanis, kak Izzah an abang Farhan.Heeee.... seronoknya Fiyya rasa!Papa apatah lagi.Tentu seronok beribu-ribu lemon.Oklah... Fiyya nak mamam dulu.Hari ni Fiyya kena makan apa agaknya.Hari tu puri avokado, puri kurma dan lain-lain.Jangan mama beri puri kari sudahlah.Fiyya kecik lagi belum boleh makan kari.Betul tak?Sebelum Fiyya mamam, Fiyya belanja gambar dulu ye.Tapi hari ni Fiyya tak de gambar ostajah.


Opps!Cekci pulak Fiyya pakai drypers.
Fiyya kekenyangan lepas makan.
Burrpp!Alhamdulillah.
Kak wa kata Fiyya budak care less.
Apa tu?



Sampai tertidur Fiyya dibuatnya.
Yang ini mama Fiyya.
Cik Pijah namanya.
Mama Fiyya ni baik sangat.
Lembut, cantik, sabar dan lain-lain.



Cik Puan Fiyya sedang beri taklimat dalam meeting lembaga pengarah.
Fiyya kena fokus.



Alahai acik.Lama sangatlah pulak meeting Fiyya tu.
Akhirnya terlentuk leher Fiyya.
Habis sebotol susu Fiyya pun zzzzzzzzzz...


0 comments:

Let's have a break!