Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, October 30, 2014

Jangan gaduh!Tak baik tau!

   Sana sini orang cerita pasal bola.Hinggakan budak-budak nak SPM pun cerita pasal bola.Aku?Excitedlah juga.Aku anak Johor jadi dah tentulah aku harap JDT menang.Normallah tu kan?Tapi tak bermakna aku ada tiket untuk mengutuk, memaki, mengata dan yang sekeluarga dengannya akan negeri lawan JDT iaitu Pahang.Berperang di padang tak sama dengan berperang di medan peperangan.Jadi, aku rasa tak perlulah sampai nak 'tembak-menembak' di laman sosial.Sederhana, sudahlah.

    Kalau setakat kutuk mengutuk sesama rakyat jelata, aku marah sikit je.Tapi kalau dah sampai nak menghina kerabat Diraja kami, kira dah melampau!Budak-budak muda sekarang ramai yang ikut suka sesedap rasa je dok mengata.Dahlah mengata, disamakan pulak dengan Cik Bab!Lagilah aku hot!Itu dah melampau!Cikgu di sekolah penat ajar tentang hormat-menghormati.Takkan itu pun tak faham?Emak ayah pun tentu tak setuju dengan sikap kurang ajar tu.Yang di pihak kena kutuk tu, sabar jelah.Tak payahlah dilayan budak-budak setengah masak tu.Baiklah kita doakan yang baik-baik je.Johor dan Pahang kan dah lama bersaudara?


#finalpialamalaysiajdtlawanpahang

Gemuknya kau, Cik Lenovo!Meh bagi kempis perut tu!

   Patutlah Cik Lenovo aku berat semacam.Beribu-ribu lemon gambar yang aku simpan.Niat asal nak simpan sekejap je.Tapi maklumlah... Hehehe!Jadi, beberapa hari lepas aku ambil kesempatan upload gambar-gambar tu ke FB.Maka terpaksalah aku korban banyak GB jug untuk bulan ni.Hari ni 30 hb.Ada 2 hari lagi untuk ke bulan baru.Tapi Kuota dah nak habis 20 GB.But, it's ok.At least aku dapat bagi slim Cik Lenovo aku.Mudah-mudahan, selepas ni, akan bertambah lancar semua kerja sekolah dan dunia blogging aku.

   Kenapa kerja sekolah?Iyelah... Zaman sekarang ni mengajar banyak guna internet.Bukan macam zaman aku dulu.Cukup dengan chalk and talk!Zaman sekarang ni budak-budak buat kerja sekolah secara online.Cikgu menyemak pun guna online.Dah tu, kenalah pulak key in macam-macam maklumat.Jadi 20 GB tu sekejap je dah habis.Mengajar di zaman serba canggih ni, kadang-kadang bukan cikgu yang mengajar anak-anak murid, tapi, anak-anak murid yang mengajar guru.Terutama guru yang tak berapa nak remaja macam aku.Cuma, aku lebih bernasib baik sedikit kerana biasa menari di hujung jari.Tak delah kekok sangat.

    

Salah satu gambar yang aku jumpa semasa operasi mengempiskan perut Cik Lenovo.
Ala.... Rindunya pada anak-anak murid aku yang nakal-nakal manja ni.


Selamat datang kengkawan!

   Selamat datang aku ucapkan kepada kawan-kawan lama zaman persekolahan yang sudi singgah ke blog aku.Sekadar menyebut nama, aku ucapkan terima kasih kepada Naiem, Fadillah, Zaiton, Kamalita, Fauzi,Huzaini, Bahrin, Jumilah, Salmah, Rozita, Raja Rozilah,Rahmad Tohak,Kamarudin Otoh,Zuraina,Usman, Ahmad Osman dan lain-lain.Seganlah pulak bila kawan-kawan nak singgah.Kalau ada apa-apa yang untuk penambah baikan, silalah beritahu ye.Maklumlah, blog seorang blogger anchovy.Tak hebat macam blogger hebat negara. Hehehe!



Gambar kenangan kita bersama.

Yang tak de nama, bukan aku tak ingat tau cuma tak smepat.
Maklumlah, curi-curi update time kursus.
Jangan mare!!!!
Love you all.
Muahh!

Dashboard juga.

   Peliklah pulak.Time blogging, laju je aku masuk dashboard dll. Tapi time kursus VLE FROG ni , aku terkial-kila pulak.Hahahaha!ign of old aage agaknya.Takpelah. Sebab handout disediakan. Tapi kena study jugalah.Yang penting, aku dah biasa dengan dashboard VLE FROG ni cuma tak taulah kenapa. Time duduk ramai-ramai masa kursus ni aku macam lost track pulak.Jadi, aku curi masa blogging.Hahaha!Sorry.Sesekali langgar peraturan.Alamak!Penceramah ni tanya, how many of you are now working on your dashboard?Aku angkat tangan jugalah sebab, I'm working on my Scarlett's Petals dashboard. Hahaha!Tak tipu kan?

Lompat Si Katak Lompat.

   Oh My!Terpaksa langgar peraturan hari ni.Untuk pengetahuan, pada saat dan tika ini, aku sedang menghadiri Kursus VLE FROG.Untuk seorang guru bahasa Inggeris, tentu dah biasa dengar pasal si Katak dalam kelas ni.Ala... lebih kurang guna blog atau sites untuk kelas. Benda ni sebenarnya dah lama.tapi I wonder why baru hari ni dibuat kursus untuk si Katak ni.Kesian bagi mereka yang tak biasa sebab ketinggalan lama.kalau tak silap benda ni di sekolah aku dah lama diperkenalkan.Alahai!Aku pun naik confuse ni.Bukan apa, yang beri penerangan ni tak jelas pada aku.Kalau mengajar, fail kot.Opps!Sorry!

   

Saturday, October 25, 2014

Jaga!Ghimau nak mengamuk!!!

   Malam ni perang akan bermula.Penentuan hidup atau mati.Semua orang tak sabar.Belum-belum, dah ada yang pengsan dan patah kaki.Aku harap, malam ni tak de yang hilang nyawa pulak.Dengar kata, dari RM10,RM20 dan RM30, harga meningkat naik macam roket menjadi beratus-ratus!Penangan ulat t**k!!!Bilalah ulat-ulat ni mati ye?Sembur dengan Ridsect pun tak mati.

   Malam ni, aku pun nak berperang juga.Menyiapkan 15 lagi kertas exam yang belum bertanda.Semalam, sambil jeling-jeling gajah mengamuk di Pahang,dapatlah juga aku pulun menanda.Jadi, rasanya malam ni pun, sambil tengok harimau mengaum,dapatlah aku siapkan yang 15 lagi tu.Mudah-mudahan.Balik pada cerita berperang tu, aku harap, cuma perang di padang jelah.Tak payahlah terbawa-bawa sampai keluar padang.Tak sukalah gaduh-gaduh.

   Apa-apa pun, provokasi awal oleh segelintir penyokong ngimau (iye ke?) yang mengacau semasa pihak lawan berlatih, aku harap takkan melunturkan semangat kesukanan.Bak kata anak murid aku, apa kelas orang tua tengok bola bergaduh.Macam budak-budak!Iye juga kan? Sebagai pengakhir kata, sebagai anak Johor, aku harap Johor menang malam ni.(Dengan cara bersih.Tak naklah konon pengadil tak adil)  Jumpa di depan TV malam ni ye JDT!

Bobbi dah ke belum emak?

   Bobbi tak ingatlahlah emak.Bobbi dah cerita pasal diri Bobbi ke belum.Tapi tak pelah emak kan?Bobbi nak cerita pasal diri Bobbi Lagi.Umur Bobbi baru setahun jagung.(Setahun jagung tu bukan dah tua ke emak?Maaflah Bobbi tak tau) Bobbi sama umur dengan Louie dan Coco.Tapi Bobbi tak pelat macam Bobbi.Bobbi sihat cuma baru-baru ni mata Bobbi bengkak sikit.Emak jangan risau ye.

   Hobbi Bobbi lepak-lepak.Bobbi tak suka gigit ekor Abang Kasmir macam Coco.Bobbi sayang sangat dengan Abang Kasmir.Bobbi selalu tolong Abang Kasmir bersihkan badan dia.Bobbi suka tengok mata Abang Kasmir yang kuyu je tu.Agaknya Abang Kasmir rindu pada Kak Wa.Maklumlah..Kak Wa sekarang dah jadi editor di KL.(KL tu jauh tak emak?) Dua hari lepas, Abang Kasmir duduk bawah kereta.Puas emak dan Kak Adik panggil tapi Abang Kasmir tak nak keluar.Hai Abang Kasmir.Janganlah macam tu.Bobbi pun rindu Kak Wa Juga.Nanti bila cuti, Kak Wa baliklah.

   Sementara tunggu Kak Wa balik, meh kita main sama-sama.Lepas penat main, kita makan, nak?Emak kan sentiasa sediakan makanan kita.Kalau tak pun, meh kita tolong emak tanam bunga.Semalam kan, Bobbi nampak Abang Eli kunyah batang bunga ros yang emak baru tanam.Habis togel batang bunga ros tu.Bobbi pelik.Tak luka ke mulut Abang Eli.Kan banyak duri tu?Hiss!Macam-macam perangai adik-beradik Bobbi.

   Semasa Bobbi bercerita ni, emak tengah sedih.Bukan sebab Bobbi tau tapi sebab En.Lenovo emak yang tak nak bangun.Emak baru hantar ke kedai.Tapi dia buat hal lagi.Takkan asyik nak hantar kedai je?Kesian emak sebab kerja sekolah banyak kata emak.Dahlah seminggu cuti sempena Deepavali  (Deepavali tu apa emak?) emak sibuk menyemak kertas periksa.7 kelas tau!Satu kelas 35 orang.Kalau 7 kelas?Fuyooo!Hebatlah emak.Bobbi tengok pun kesian sebab emak sampai tertidur atas meja kerja semasa menanda.

   Oklah.Bobbi nak berehat dulu.Petang-petang macam ni, nak main kejar-kejar pun tak larat.Bobbi nak baring-baring sebelah Abang kasmir.Bobbi suka baring sebelah Abang Kasmir sebab Abang Kasmir suka peluk Bobbi.Sambil tu, kalau ibu Bobbi ada, Bobbi nak minta nenen.Ala... Bobbi kan tecik lagi.Hehehe.Nak minta dengan Ibu Putih alamat kena terajanglah Bobbi.Entahlah.Ibu Putih tu cantik tapi dengan Bobbi dan yang lain-lain garang bukan main.Oh ya.Emak dah belikan rantai baru untuk Bobbi.Nantilah Bobbi posing dengan rantai baru.Ooops!Lupa lagi.Acik MONALITA MANSUR apa khabar?



Kesian Louie demam.Tapi dah ok dah.



Louie dah sihat dah.



Yang ni Coco, yang suka gigit ekor Abang Kasmir tu.



Ehem.Inilah saya,Bobbi.
Handsome tak Acik MONALITA MANSUR?

Wednesday, October 15, 2014

Saya Coco.

    Syukur!!!Dapat juga saya tumpang bercakap dengan kawan-kawan emak yang baik hati terutama Acik MONALITA MANSUR.Terima kasihlah ACIK sebab rajin singgah blog emak.Emak kata emak akan balas kunjungan Acik secepat mungkin.Kalau tak silap 17 hingga 25 Oktober ni emak cuti sekolah.Masa tulah emak nak pulun jenguk Acik.(Acik!Oooo Acik!Pulun tu apa?) Oh ya.Lupa pulak saya nak perkenalkan diri.Nama saya Coco Chanel.Panggil Coco je.

   Saya ni sebenarnya abang kepada LOUIE yang cakap pelat tu.Seorang lagi adik-beradik kembar saya namanya Bobbi.Saya tak pelat sebab emak kata saya membesar bagai johan. (Acik....Johan tu apa?) Louie tu pelat sebab masa dia lahir ada masalah kot.Badan dia pun cinonet je tak macam saya dan Bobbi.Louie tu kalau emak tak paksa makan,bukan dia nak makan.Kalau saya, satu dulang pun habis!Emak belikan Pro Diet untuk kanak-kanak macam kami.Tu yang sedap tu.Kalau yang biasa, keras.Saya tak berapa suka.Sampai terteleng-teleng Abang Kasmir masa makan.Kruk krak kruk krak bunyinya.Hahahaha!

   Cerita pasal hobi pulak, saya suka gigit ekor Abang Kasmir.Terutama masa dia tidur.Bila saya gigit-gigit tu, Abang Kasmir toleh kiri kanan tapi tak nampak saya.Saya menyorok celah mesin basuh emak.Bila Abang Kasmir leka, saya serang dia lagi.Hahaha!Saya bukan buli tau cuma seronok-seronok je.Bila emak nampak, ingatkan emak nak piat telinga saya, tapi rupa-rupanya tak.Emak cuma angkat dan letak saya jauh-jauh dari abang Kasmir.Bila emak tak nampak, saya datang balik pada Abang Kasmir.Saya suka dia bersihkan badan saya.Kemudian, saya tidur sebelah Abang Kasmir.Sayang Abang Kasmir.

  Eh!Kenapa dengan Louie tu? Laaa.... Dia demam.Jangan-jangan jadi macam Abang Kasmir.Kesian.Dia menggigil.Sejuk kot.Kak Adik bawak dia masuk dalam bilik.Kakak Adik selimutkan Louie.Mudah-mudahan Louie cepat sihat.Janganlah Louie adik saya tu jadi macam Mocca Latte, kucing Acik Kak Pah KPoh.Saya sayang adik saya tu.Saya nak jenguk dan jaga adik saya tu dulu ye.Jumpa lagi.Selamat malam Acik Monalita Mansur!

Sunday, October 12, 2014

Bila si pelat bercakap...

   Gud nait temua!Hali ni taya pulak nak citer.Nama taya Louis Vutton.Tapi emak taya panggil Louie.Kata tatak taya Tak Wa, nama taya tu nama omputih.Tapi taya manalah tau.Tebab taya budak tecik lagi.Taya lahir 10 halibulan 3 2014.Talau tak tilaplah.Ingat-ingat lupa.Maaflah ye.Setalang ni umur taya baru 6 bulan tot?

   Oh ya!Nama ibu taya Kuning.Nama ayah taya Panji Temerang.Butan Temberang tau.T-E-M-E-R-A-N-G   Temerang.Ala....Tutahlah nak tebut.Taya pelat lagi.Taya ada tolang abang betar namaya Nunez.Tapi abang taya ni atik melayap je.Tah teminggu tak balik umah.Emak taya dah tutah hati.Taya juga ada 3 abang lain dan tolang tatak.Abang taya namanya Kachmir, ala yang tatit tu!Abang tolang lagi namanya Eli Davide.Tua-tua abang tandung.Tapi yang tolang lagi abang antat.Namanya Endo.Walau pun abang antat, taya tayang abang taya.Tatak taya tolang je.Namanya Mita.Taya juga ata 2 tembar.Namanya Bobbi tan Coco.

   Temalam emak taya pataitan taya lantai.Tantik wana pepel.Ata loceng pepel.Taya tuka tangat.Tima tatih emak.Taya tayang emak!Muah! Ala... Tutahlah taya nak catap.Tebab taya tecik lagi.Taya pelat tangat.Nanti tunggu taya betar tikit, taya telita lagi ye.Tayang temua!Cup!Cup!

Taya belum ata gamba.Taya tuluh emak tetak gamba nanti ye.

Saturday, October 11, 2014

Catatan peribadi Abang Long Kawasan.

   Salam.Kini tiba giliran saya pula untuk menyampaikan sepatah dua kata.Untuk pengenalan, saya adalah anak kepada Kitty yang emak bawa dari Bangi semasa emak menuntut di UKM.Ayah saya telah meninggal dunia.Ibu?Saya sendiri kurang pasti.Yang saya pasti, dari kecil hinggalah sekarang emak dan kakak-kakak saya telah menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh.Terima kasih emak.Terima kasih Kak Wa.terima kasih Kak Adik.

   Sekarang, saya ada dua isteri.Kedua-dua saya sayang.Nama isteri-isteri saya, Kuning dan Putih.Dengan Kuning saya mendapat 6 orang anak.Dengan Putih pulak, saya baru saja kematian 4 orang anak.Tak pelah.Tak de rezeki.Nak buat macam mana.Setiap pagi saya keluar tetapi bila tiba tengahari, saya akan balik untuk makan tengah hari.Kalau tiba waktu makan saya tak muncul, dari jauh lagi saya boleh dengar suara emak atau kakak-kakak saya memanggil saya.Saya sayang mereka.

   Dulu, semasa saya seorang,emak masakkan lauk ikan.Tapi bila dah ramai-ramai ni emak beri makan Pro Diet je.Mmm..Boleh tahan sedap untuk tekak orang kampung macam saya.kami makan ramai-ramai ala-ala nasi ambeng.Boleh mengeratkan silaturrahim, kan?Semua isteri dan anak saya emak paksa makan ubat cacing.Cuma saya je yang degil.Tapi, saya tau, emak gaul sekali dengan ikan yang emak beri.Pandai betul emak.

   Semasa saya seorang, saya tak pakai rantai.Tapi,bila dah ramai-ramai, emak paksa pulak pakai rantai.Emak takut saya diculik orang.Dengan badan sado macam saya, buat sup pun sodap.Eeiii!Selisih!Tak sanggup saya bayangkan.Kesian anak-anak saya kalau tak de ayah.Mula-mula pakai rantai, saya rasa pelik.Apa klas abang kawasan pakai rantai?Habis saya digelakkan kawan-kawan.Tapi, saya cool je.Demi emak yang sayangkan saya.

   Malang tak berbau.Suatu hari, semasa sedang mengejar jantan mana entah dok usha Putih, rantai saya tersangkut di pagar.Aduh!!!Dengan leher saya sekali tersangkut.Akibatnya, leher saya luka dan menanah.Salah saya juga sebab lambat beri tahu emak.Saya tak balik 2,3 hari.Takut emak marah.Tapi, bila emak dapat tahu, cepat-cepat emak cuci luka saya dan bubuh minyak gamat.Pedih tak usah cakaplah.Dahlah berlubang.Bau pun mula busuk.Nasib baik Putih dan Kuning masih setia.Saya bawa bersabar je.

   Lebih kurang sebulan kemudian, luka saya sembuh tapi pipi saya macam senget sikit.Tak kisahlah sebab emakmasih sayangkan saya sangat-sangat.Buktinya, bila saya balik, emak mesti dukung, peluk dan cium-cium saya.Padahal saya bukan pernah mandi macam anak-anak saya.Agaknya bucuk-bucuk sayang.Tapi kesian juga pada emak sebab lepas tu emak mesti achum achum dan muka jadi merah.Tapi itulah, emak degil juga nak cium.Hehehe!

   Sekarang ni saya lebih manja dengan emak dan kakak-kakak.Jangankan seminggu tak balik, sehari pun emak dah sibuk cari.Lepas saya kenyang, saya suka baring rehat-rehat.Masa tulah saya selalu dengar emak beritahu anak-anak saya supaya jangan buat bising sebab saya nak tidur.Padahal saya pun suka tengok anak-anak saya lompat sana lompat sini.Lebihlebih lagi si Kasmir.Comel sangat.Walau pun dia cacat dan asyik terteleng-teleng, saya tahu Kasmirlah yang bakal mengikut ketampanan saya.Hahaha!Tak jadi abang kawasan pun tak pelah nak.Asalkan anak ayah sihat dan boleh jaga emak.

    Ops!Dah lama sangat saya berceloteh.Kesian emak banyak kerja.Malam semalam sampai pukul 3 pagi emak cuba nak ubatkan En.Lenovo tapi sia-siap.Nasib baik ada Cik Lenovo.Boleh juga saya tumpang berceloteh.Akhir kata, saya doakan emak dan kakak-kakak serta isteri dan anak-anak saya semua sihat walafiat.Khas buat Putih, walau pun anak kita semua mati, abang tetap sayangkan Putih.Muah!Bye.



Yang ikhlas,
Panji Semerang
Abang Kawasan hati ada taman.

#kelabbloggerbenashaari

Bila Putih berbicara...Saya tak gedik.

   Hai semua!Saya Putih.Hobi saya berehat sambil membersihkan badan saya supaya sentiasa kelihatan cantik.Waau pun saya bukan lagi si manis 17, tetapi kecantikan sangat penting bagi saya.Sebab itulah saya kurang suka teman ibu berkebun.Maklumlah, bila berkebun, tentu bergelumang dengan tanah dan cacing.Eiii!Saya geli sangat.Takut kalau terkena jangkitan fungus seperti penyakit SPOROTRICHOSIS.Ala... penyakit yang telah membunuh Belang tu!

   Saya pernah ada anak.Belang pun anak saya juga.Yang terkini, saya baru saja melahirkan 4 anak merdeka.Betul-betul pada tarikh 31 Ogos lalu.Tapi, malangnya, 3 telah meninggalkan saya.Seekor lagi pun nampaknya tak panjang umur.Bukan saya suka anak-anak saya mati, tapi dah itu yang ditakdirkan.Saya memang tak reti dok susukan anak lama-lama.Saya rimas.Saya tengok ibu Kuning tu tak habis-habis susukan anak.Sampaikan anak dah besar panjang pun nak disusukan juga.Lebih baik saya jaga penampilan saya supaya nampak cantik.Maklumlah, saya kan bermadu dengan Kuning.

   Tentang makan, kalau boleh saya nak PRO DIET je.Bukan saya tak suka makanan lain, tapi semasa saya hidup merempat dulu, saya dah puas makan macam-macam benda.Jadi, berilah peluang saya makan mewah sikit.Oh ya!Sebenarnya asal saya pun gelandangan.Saya bawa diri ke merata tempat sampailah saya singgah di sebuah rumah.Tapi, ramai sungguh orang!Rupa-rupanya rumah itu adalah masjid.Mula-mula saya takut sebab di masjid manalah ada makanan tapi ayah emak baik hati sangat.Ayah emak atau saya panggil Yai, selalu beri saya makanan.Jadi, suatu hari saya ambil keputusan ikut Yai balik ke rumah.

   Saya hidup bahagia dengan yai.Makanan hari-hari ikan rebus atau bakar.Fuh!Sekejap je saya dah gemuk.Tapi, saya masih trauma lagi dengan manusia pada masa tu.Mula-mula, emak yang berjaya dekati saya.Emak gosok-gosok kepala saya.Lama-lama,saya rasa selesa dan selamat dengan emak.Selepas saya beranakkan Belang, yai mintak emak bela saya.Emak ok je.Mula-mula, 4,5 kali saya lari balik rumah yai.Tapi, lama-kelamaan, saya kasihan melihat emak sebab bila saya balik rumah yai, emak datang balik ambil saya.Lagi pun tinggal dengan emak, hari-hari emak peluk dan cium saya.Sampailah sekarang saya tinggal dengan emak.Syukur sangat.

   Sebelum saya tamatkan bicara hati saya, ingin saya tegaskan yang saya tak gedik.Saya tak mengada-ngada.Saya cuma tak suka main golek-golek atas tanah.Kotor!Tentang jaga anak, saya dah cuba jadi ibu terbaik tapi apa nak buat, semua anak saya mati.Tak de rezeki saya anaknya.Kadang-kadang saya cemburu juga tengok Kuning main dan bergurau dengan anak-anaknya.Abang Panji pun tentu suka sebab dapat anak.Dahlah anak-anak Kuning tu gebu-gebu belaka!Mmmm...Oklah.Saya nak berehat dulu.Cuaca pun nampaknya mendung.Emak saya pulak sedang sibuk menyiapkan sarung En.Lenovo dia.Oh ya!Sama seperti yang lain, emak belikan saya rantai cantik.Rantai ibu warna kuning, rantai saya warna putih sesuai dengan nama kami.Ok.Jumpa lagi.Bye!!!



Bonus setengah bulan gaji.Cukup ke?

   Hari ni, esok dan lusa, di mana-mana orang cakap pasal bajet 2015.Aku nak mengulas panjang lebar, aku tak reti.Yang aku reti, cerita pasal bonus setengah bulan gaji je.Kwang!Kwang!Kwang!Sebagai seorang 'yang menurut perintah',dapat bonus ke tidak aku syukur je.Takdelah sampai terpaksa ikat perut.Walau pun kadang-kadang aku terpaksa ikat perut sebab tak suka makan di kedai.Tapi badan membuntal juga.Opps!Alhamdulillah....

   Cerita pasal bonus setengah bulan gaji tu, walau pun macam sikit, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu terutama mereka yang masih menanggung anak-anak sekolah.Walau pun bayaran persekolahan dihapuskan, tetapi banyak belanja lain yang perlu dikeluarkan.Tambang bas, duit buku, duit uniform, beg, kasut dan macam-macam lagi.Sebagai seorang yang biasa dengan sepak terajang dunia pendidikan, aku harap sangat yang ibu bapa sanggup mengeluarkan sedikit belanja untuk anak-anak.Jangan pulak nanti, bonus tu habis ke lain pulak.Kesian anak-anak.

   Tentang bonus ni juga, ada yang cakap, alah... setengah bulan gaji je pun!Tapi, bagi aku yang tak berapa nak kaya ni, dengan bonus setengah bulan gaji itulah aku plan nak bayar macam-macam.Lebih-lebih lagi awal tahun.Bukan yang ada anak sekolah je perlu keluar belanja.Aku pun perlu keluar belanja juga untuk ' anak-anak sekolah ' aku. Aku nak beli stiker untuk label buku anak-anak sekolah aku.Aku nak beli pen lebih-lebih sikit.Maklumlah kadang-kadang budak-budak ni berebut pen.Kalau ada pen lebih, boleh juga aku sedekah.Begitu juga dengan buku tulis.Ada anak-anak yang menulis atas 'kulit buku' sebab emak ayah belum ada duit nak beli buku.

   Selain daripada itu, aku nak standby beli bekas air ke, bekas makanan ke.Manalah tau,ada anak sekolah aku yang bawa bekal guna bekas Axion.Tahun 2011 kalau tak silap aku ada belikan bekas makanan untuk anak sekolah aku yang bekal guna bekas Axion.Aku cadang, nak beli kain felt lebih sikit dan buat brooch ke keychain.Bila buat kuiz di kelas, sesiapa yang menang, aku berilah keychain atau brooch yang aku buat tu.Anak murid aku seronok sangat!

   Duit bonus setengah bulan gaji tu juga aku cadang nak beli kertas A4 banyak-banyak.Letak di mesin fotostat dalam bilik aku.Khas untuk guru-guru Bahasa Inggeris yang lain.Dapat juga aku tambah pahala.Mudah-mudahan makin bersemangat adik-adik dan kakak-kakak aku mengajar.Bukan senang nak mengajar B.Inggeris kata orang.Tu yang tak ramai sanggup mengajar Bahasa Inggeris tu!Oklah..Aku nak baca whatsapp pasal bajet 2015 lagi sambil-sambil buat kerja sekolah.Manalah tahu, dapat ilham lain untuk kembangkan bonus tu jadi pahala di akhirat.Saham untuk aku yang tak berapa sedia nak mati lagi ni.Amiin!!!


Dapat bonus?
Senyum itik nampak?

p/s:Kalau kena caranya, jangankan bonus setengah bulan gaji, 
tak de bonus pun, dengan izinNya,akan cukup.
Asalkan ukur baju di badan sendiri.
Faham?
Tak faham tanya Cik Itik.


Rindu Nunez!!!

   Nunez dah hampir seminggu tak balik.Orang kata kucing jantan memang macam tu.Tapi, dulu Panji tak pulak macam tu.Tiap-tiap hari balik rumah.Risau pulak.Makan ke tidak anak bujang aku tu.Alahai Nunez.Baliklah nak oi!!!Tak payahlah merayap jauh-jauh.Tengok macam ayah Panji tu.Merayap-rayap juga, tapi time makan, mesti balik rumah.Bolehlah emak check sihat ke tidak.Ini tidak.Dah macam kucing gelandangan.Emak nak tukar rantai Nunez tu.rantai tu kan dah buruk.Baliklah nak ye.Emak rindu Nunez... Huhuhu!

Friday, October 10, 2014

Bicara hati ibu 7 anak yang gelandangan.

   Hai semua!Kini tibalah masanya untuk saya berkongsi isi hati saya sebagai seorang ibu kepada 7 orang anak.Ramai!Memanglah...Anak kan anugerah.Sekurang-kurangnya itulah harta saya.Maklumlah...sebelum ini, saya seorang ibu gelandangan.Tidur di mana sempat.Berbumbung langit berlantaikan tanah.Anak-anak selalu menangis kesejukan.Tapi, apakan daya saya kerana setiap kali saya singgah berteduh di mana-mana, saya dan anak-anak akan dihalau macam kucing kurap walau pun saya dan anak-anak tak tau pun apa itu kurap.

   Hinggalah suatu hari saya dan anak-anak membawa diri ke sekolah.Waktu itu hujan renyai-renyai.Tubuh saya lemah sangat.Apatah lagi, anak-anak saya yang masih kecil.Dengan makan tak tentu, air susu saya juga kering.Kesian anak-anak menangis kelaparan.Nasib baiklah saya dan anak-anak dipungut dan dibawa balik ke rumah emak.Emak dan kakak-kakak merawat saya dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.Emak belikan kami makanan yang cukup berkhasiat.Kata orang, makanan yang emak beli mahal tapi emak tak kisah.Aku cuma dapat doakan muda-mudahan rezeki emak bertambah murah.

   Mula-mula, saya dan anak-anak, emak mandikan.Emak letak syampu yang wangi.Emak beli syampu khas untuk kami.Kemudian emak sikat dan buang semua hama-hama dan kutu yang selama ini menghisap darah kami.Lega sikit saya rasa kerana kalau tidak gatalnya bukan main.Maklumlah, bukan seekor!Kemudian emak belanjakan duit lagi dengan belikan saya dan anak-anak ubat cacing.Walau pun emak paksa, saya tak kisah sebab saya pun tak nak ada cacing.Saya nak anak-anak saya sihat macam anak orang lain.

   Yang paling saya bersyukur, selepas ditinggalkan oleh bapa anak-anak saya, saya mendapat ganti pasangan baru, anak kesayangan emak.Orangnya segak.Walau pun nampak garang, tapi abang sayang anak-anak saya, iaitu anak-anak tirinya.Tak lama kemudian, kami dianugerahkan 3 anak sendiri.Syukur!Saya makin sihat dan tambah cantik.Kata emak mata saya macam ada cahaya.Saya tak pelik sebab saya bahagia sangat tinggal dengan emak.

   Tentang hobi pulak,sebagai seorang ibu, saya suka pastikan anak-anak saya bersih dan sihat sentiasa.Bila hari petang, saya suka temankan emak melayan pokok-pokok bunganya.Emak sayang sangat pokok bunganya terutama yang nama petunia.Emak kata bukan senang nak hidup.Jadi, bila pokok tu mati, emak sedih sangat.Waktu berkebun ni, saya selalu ingatkan anak-anak saya supaya jangan menyakat emak.Tapi, maklumlah anak-anak.Berlari ke sana berlari ke sini.Sampai tergolek pasu orkid emak.Saya nak tolong angkat, manalah saya kuat.Maafkan saya ye emak.

   Suatu hari, emak bawa balik si Putih.Putih ni dahlah putih, cantik pulak tu.Saya cemburu.Hari-hari saya gaduh dengan Putih.Abang pulak dah mula sayang pada Putih.Menyamah saya.Putih ni gedik.Mentang-mentang orang sayang kat dia, mengada-ngada!Tapi, lama-kelamaan, saya dapat terima hidup bermadu.Emak dan abang pun tak pernah pilih kasih.Kami hidup aman damai bersama-sama.Syukur....Oklah.Saya minta izin dulu.Nak teman emak menonton Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias.Ada masa, saya kongsi lagi pengalaman saya hidup dengan emak.Bye!

 Inilah abang Panji.



Saya dan anak-anak.


Catatan saya yang hodoh.

   Hari ni,Jumaat, bersamaan 10 Oktober 2014.Bermakna hampir seminggu emak tak boleh nak update blog.Kesian emak.Dahlah laptop baru beli.Buat hal pulak!Hish!menyampah!Kesian emak sedih tak dapat nak siapkan lesson plan awal-awal dan blogging.Penat emak on En.Lenovo tu tapi hampeh.Asyik keluar skrin biru tanpa apa-apa tulisan.Sebelum ni, emak beli Cik lenovo cantik warna ungu tu elok je.Nasib baik hari ni, Cik Lenovo sudi nak berkhidmat semula walau pun agak nazak.Kalau tak, tak sempatlah saya nak kongsikan isi hati saya.

   Oh ya!Nama saya Mika.Saya adik-beradik si Kasmir dan Eli Davide tapi saya pompuan.Sebab tu emak namakan saya Mika.Kata emak, emak suka nama Mika selepas menonton sebuah filem tentang seorang gadis bernama Mika dan kudanya.Emak memang suka menonton filem yang pelik-pelik.Filem pasal Mika ni pun pelik sebab saya tak tahu filem tu guna bahasa apa.Maklumlah, saya tak pernah ke sekolah.Tapi, walau apa pun saya nak ucap terima kasih pada emak kerana walau pun rupa saya paling hodoh, tapi emak beri juga nama yang cantik.Terima kasih emak.Saya suka nama Mika.

   Seperti adik-beradik yang lain,saya pun lahir pada 22 Januari 2014.Ibu kami namanya Kuning.Ibu pandai sangat jaga kami.Dari kecil sampailah besar ibu selalu pastikan kami bersih.Sekarang ni walau pun saya dah anak dara, ibu masih lagi beri kami hisap susu.Eiii!!!Kelakar!Tapi saya suka kerana sambil menyusu, ibu suka peluk kami.Sayang ibu.Kalau nak tahu, ibu saya cantik.Matanya kuning macam guli.Kata emak, kadang-kadang mata ibu keluar cahaya tapi ayah kata, eh!Merepeklah.Tapi betullah!Mata ibu keluar cahaya!

   Cakap tentang hobi, hobi saya pun macam yang lain.Suka kacau emak masa emak berkebun.Hahaha!Suka dengar emak membebel manja sambil dukung kami letak tepi.Kalau tak, alamat basahlah kami kena siram air jirus bunga.Emak sayang sangat pada kami sebab tu emak alihkan kami walau pun kami tak kisah kalau emak jirus je kami.Hehehe!Sayang emak!Masa emak layan pokok-pokok bunga emak, saya suka lari susup-sasap di kaki emak.Tapi kadang-kadang saya malu sebab rupa saya hodoh.Tapi emak tetap kata saya comel.Emak tak pernah beza-bezakan kami.Kalau emak ciumkasmir dan Eli, emak cium saya juga.

   Sekarang ni, selain Kasmir dan Eli, saya ada tiga adik lagi.Tiga-tiga cantik.Tak macam saya.Gemuk-gemuk dan sedap dipeluk kata emak.Nama adik-adik saya Louie,Bobbi dan Coco.Saya tengok adik-adik saya suka sangat main wrestling dengan Eli.Saya dan Kasmir tengok je sebab saya perempuan dan Kasmir pulak tak sihat.Masih terteleng-teleng.Hehehe!
Macam saya beritahu awal-awal tadi,saya ni pemalu.Jadi, saya pun tak tau apa lagi saya nak kongsikan.Harap berpuas hatilah ye.Saya nak teman emak saya buat kerja sekolah lepas ni.Bukan tak tau, emak saya tu kalau boleh tidur pun dengan buku sekolah.Hahaha!



Ni ibu saya dan adik-beradik saya.Dari kiri,saya (muka pun tak nampak.Seganlah, awak!),abang Nunez yang tengah asyik bercinta sampai dah seminggu tak balik rumah, abang kasmir dan abang Eli.
Saya sayang emak dan keluaga saya.

Friday, October 3, 2014

Bicara hati Endo si gelandangan.

   Selamat pagi Jumaat semua.Pagi ni, giliran saya pulak bercerita di blog emak saya ni.Terima kasih emak sebab beri saya peluang berkata sepatah dua kata walau pun saya cuma anak pungut.Huhuhu!Tapi, emak marah kalau kata saya anak pungut.Emak sayang saya walau pun emak tak tahu asal keturunan saya.Terima kasih emak.Oh ye!Lupa perkenalkan diri.Nama saya Endo.Nama ni kak Adik saya yang beri.Kak Adik tengok cerita Indonesia.Tajuk apa entah.Berkenan pulak nama Endo tu.Emak saya kurang minat cerita Indonesia tapi hantu cerita Philippines.Sampaikan emak beli 2 lagi kamus bahasa Tagalog.Hehehe.

   Cerita lanjut tentang asal usul saya, bila saya lahir, saya pun tak tahu.Saya dipungut di sekolah berdekatan rumah emak.Terima kasih emak sebab sudi pungut saya.Terima kasih juga pada abang Eli, abang Kasmir, kak Mika dan abang Nunez.Eh!Dah lama abang Nunez tak balik.Emak dah start risau tu.Terima kasih juga pada ayah angkat saya yang garang tapi baik hati, Si Panji.Kalau tak entah-entah, merempat hidup saya,makan sisa makanan orang buang.Sekarang ni, bila-bila saya lapar, makanan sentiasa ada.seronok makan ramai-ramai style ambeng.


   Inilah dulang makan kami.Pantang kosong emak mesti tambah lagi.Emak beli mahal tau.Jenis baik katanya.Tapi kata emak berbaloi sebab anak-anak emak semua montel-montel kecuali adik Louie yang lahir tak cukup berat.Waktu saya bercerita ni, adik-beradik saya semua sedang berlari-lari dalam rumah.Seronok bukan main.Emak jarang-jarang benarkan masuk rumah.Maklumlah, emak alergik pada kami.Tapi emak selalu je peluk, cium kami walu pun lepas tu emak achuum achuum tak berhenti sambil garu-garu lengan dan muka yang jadi merah.Kesian emak.

   Eh!Eh!Mengacau pulak abang Kasmir!Asyik nak naik atas riba emak je.Macam mana emak nak menaip?Manja sangat abang Kasmir ni.Kadang-kadang menyampah tapi bila fikir abang Kasmir tu ada CP, saya redha je lah.Perangai macam budak-budak!(Ops!Maaf emak).Balik semula cerita pasal saya, selepas emak sudi pelihara saya, badan saya pun dah sado (hehehe) dan makin handsome.Ewah!Maklumlah!Sampai-sampai je rumah emak, kaka Adik mandikan saya dan buang kutu-kutu saya.Cuma emak belum sempat lagi belikan saya rantai leher yang ada loceng macam adik-beradik saya yang lain.Cantik sangat!

   Oklah.Saya nak keluar jenguk adik-adik baby 3 beradik anak ibu Putih.Asyik berbunyi je dari tadi.Nak menyusu agaknya.Esok-esok, bila adik-adik baby ni dah besar, saya ajak main lari-lari dan kejar-kejar keliling rumah semasa emak tanam bunga.Oh ya!Bunga petunia emak mati.Emak sedi sangat.Nak salahkan kak Adik pun tak boleh juga sebab manalah kak Adik tahu petunia tu perlu disiram setiap hari?Dah jadi kering dah kawan tu.Tak pelah emak.Nanti kak Wa balik, kita beli yang baru di Tesco ye.(Ops!Di luar Tesco) Jumpa lagi kawan-kawan.Muah!



Segan pulak saya nak tengok kamera.

p/s:Syukur!Dulu saya gelandangan sekarang saya kesayangan.

Wednesday, October 1, 2014

Eli Davide orang kampung.

   Ehem!Ehem!Nama saya ELI DAVIDE.Saya orang kampung je.Tapi, saya pun handsome tau!Sebab tu saya ramai peminat.Kakak-kakak saya pun saaayang sangat kat saya.Walau pun dia lebihkan adik saya si Kasmir yang ada CP tu.Tapi tak kisahlah asalkan bahagia.Oh!Emak saya pun sayang sangat kat saya.Tu yang kadang-kadang saya bawak balik hadiah untuk emak.Nasib baik emak saya jenis tak penggeli.Apa pun yang saya bawak, dia relax je.Tapi, kalau Kak Wa saya, saya bawak lipas, lintang-pukang dia lari walau pun lipas tu sama besar dengan jari dia je.Hahahaha!Sebab tu saya suka usik kak Wa.Kak Adik saya, orangnya cool.Jenis tak kisah sangat.(Cuma kisah jerawat kat pipi dia je)

   Saya bersyukur hidup dengan emak dan kakak-kakak saya.Hari-hari perut kenyang.Emak tak beri saya makan benda kotor.Emak beli sekali 8 kilo di kedai.Baik punya.Tu yang saya makin sihat ni.Berkilau badan saya tanda sihat.Bila saya sakit, cepat-cepat emak beri ubat.Saya pernah gigit tangan emak sebab emak paksa saya makan ubat cacing.Maaf ye emak.Masa tu saya tak tau ubat cacing tu baik untuk saya.Maklumlah masih budak-budak.Kalau tak silap saya baru 3 bulan masa tu.Saya lahir pada 22 Januari 2014.Masih bujang trang tang tang.

   Hobi saya adalah berlari-lari di kaki emak saya semasa emak menanam pokok bunga ros.Bukan apa.Saya cemburu tengok emak bercakap dengan bunga ros.Peliklah emak saya tu.Tapi, lepas emak bercakap dengan bunga ros, eh, banyak pulak bunga yang kembang.Hebat emak saya, kan?Waktu emak berkebun, saya pernah kais cacing di tanah yang emak longgok.Saya beri pada emak.Selama ni emak cool je tak kira apa pun saya beri.Tapi, rupa-rupanya emak takut sangat pada cacing!Hahaha!Saya ketawa golek-golek tengok emak.Maaf ek mak.

   Hari raya haji ni, kak Wa balik.Dah 2 minggu kak Wa saya jadi editor di Kuala Lumpur.Saya tak tau editor tu apa tapi saya tau kak Wa tentu suka sangat.Sebelum tu puas emak pujuk dia jadi teacher tapi dia tak nak.Kesian tengok emak.Kadang-kadang, orang lain dah tidur tapi emak masih lagi mengadap laptop siapkan kerja sekolah.Sampai jadi mata panda mata emak sebab selalu jaga malam.Tu belum kira nak menyemak buku anak-anak murid emak yang kadang-kadang macam roti kirai pun ada.Opps!
  
   Oklah.Saya tak nak ganggu emak.Emak nak buat lesson plan tu.Emak kalau buat kerja bukan boleh cincai-cincai.Mesti nak perfect je.Tu yang saya tak nak ganggu tu.Oh ya.Saya nak beritahu satu lagi hobi saya iaitu mengetuk pintu rumah sampai emak atau kakak benarkan saya masuk.Bukan apa, kalau dah lama tak masuk saya rasa rindu sangat kat emak dan kakak.Kadang-kadang saya cemburu sebab emak dan kakak asyik bawak masuk si Kasmir yang CP tu je ke dalam rumah.Tapi, bila fikirkan saya faham.Kasmir tu adik saya juga.Takkan emak nak pilih kasih.Kan?Sayang emak.Sayang kak Wa dan kak Adik.Bye!


Inilah wajah tampan saya.Cantik tak saya pose?

Let's have a break!