Showing posts with label kasmir. Show all posts
Showing posts with label kasmir. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

Lenalah dalam doaku, sayang!

   Sewaktu entry ini aku siapkan, dah lebih sebulan Kasmir tinggalkan aku.Tinggalkan untuk selama-lamanya.Walau pun dah agak lama, aku masih rindu pada Kasmir.Aku rindu dengar suaranya.Aku rindu untuk melihat mata kuyunya.Aku juga rindu untuk memeluknya!Namun apa daya, Allah lebih sayangkan Kasmir.

   Sebenarnya aku terkilan kerana aku tak berpeluang lebih awal untuk menyelamatkan Kasmir.Selalunya setiap hai Kasmir balik bermanja dengan akuMenunggu aku di depan pintu dan kemudian minta didukung!Tetapi, minggu terakhir usianya, aku terlalu sibuk dengan kerja.Hinggakan aku tak sedar Kasmir tak pulang!Hanya selepas empat hari barulah aku sedar kehilangan Kasmir.

   Aku cari di mana-mana.Aku tanyakan di group WhatsApp barulah aku dapat tahu rupanya Kasmir ada tak jauh dari rumah.Kasmir di rumah jiran sebelah.Dengan segera aku pergi dapatkan Kasmir.Malangnya Kasmir langsung tak mahu keluar dari bawah meja tempat persembunyiannya.Kasmir kenapa?Selalunya Kasmir segera dapatkan aku bila ku panggil.Kemudian, aku alihkan meja tempat Kasmir bersembunyi.Ya Allah!Rupanya Kasmir cedera parah!

   Luka di belakang Kasmir dah melarat.Ku lihat ulat memenuhi luka tersebut.Kesian Kasmir.Kalaulah aku tahu lebih awal, akan ku jaga lukanya agar segera sembuh.Kemudian, tanpa menghiraukan bau busuk akibat luka yang terrdedah, aku segera mendukung Kasmir.Hari itu juga ku bawa Kasmir ke klinik.Keadaan Kasmir kritikal.Rupanya Kasmir dah terhidrat.Doktor beri harapan 50-50.Aku tinggalkan Kasmir untuk rawatan dan aku bergegas ke sekolah.

   Belum pun sehari ku tinggalkan, Kasmir tak mampu terus bertahan.Akhirnya Kasmir pergi juga. Walau pun aku masih ada 4 lagi saudara Kasmir di rumah, bagiku ia tetap takkan sama.Takkan pernah ada lagi kucing kurang upaya yang terteleng-teleng tak cukup imbangan.Takkan ada lagi makanan bersepah akibat susahnya Kasmir untuk makan.Takkan ada lagi si gagah yang setia menanti setiap kali aku pulang sekolah.Meskipun aku terkilan, jauh di sudut hati... aku berdoa moga Kasmir tahu betapa aku sayangkannya.Takkan ada dua atau pun tiga.Selamat tinggal Kasmir!



















Lenalah dalam doaku...

Friday, December 12, 2014

Harimau tak simpan kuku lagi

   Alhamdulillah hari ni,12 Disember 2014, aku makin sihat.Demam dah kurang cuma tinggal sakit tekak.Mentari pagi ni pun nampaknya cukup ceria menyebarkan cahaya.Rakyat Malaysia aku percaya sedang seronok selepas lena diulit mimpi malam tadi kerana HARIMAU MALAYA kembali mengaum malam tadi dengan menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4.

   Malam tadi, aku tak mengikuti perlawanan Timbal balik separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam.Bukan tak sudi menyokong, tapi mengantuk giler lepas makan ubat.Walau bagaimanapun, aku ikuti perkembangan yang sentiasa dikemas kini oleh teman-teman sekerja di ruang WhatsApp.Siapa kata WhatsApp tu buang masa?Kan.Apa pun, aku doakan Harimau Malaya takkan terus menyimpan kuku di perlawanan akhir menentang Thailand nanti.Tahniah sekali lagi Harimau Malaya.


Harimau aku si Kasmir masih berselimut lagi.

   

   

Thursday, November 20, 2014

Kesian muka senget.

   Assalamualaikum acik-acik!Hari ni Fiyya nak cerita pasal abang Panji.Kesian...... Kesian.... Kesian...... Hahaha!Fiyya kata kesian sebab abang Panji dah senget.Bukan otaknya senget tapi mukanya senget.Kesian abang Panji.Tapi masih lagi handsome .Tak caya?Jap lagi Fiyya tunjuk gambar abang Panji ye.Muka abang Panji senget sebab kena bisul.Mula-mula belah kanan.Kemudian belah kanan juga.Kesian....Meh Fiyya tunjuk abang Panji.



Kesian kan???Muka abang Panji dah senget.



Yang ni masa Abang Panji handsome.Masih pakai rantai.Hahaha!



Yang ni anak abang Panji.
Namanya abang Kasmir.
Abang Kasmir ni muka tak senget tapi otak senget.
Hahaha!
Maaf Cik Uji.



Fiyya belanja gambar Fiyya satu ye.

Monday, November 17, 2014

Rupa-rupanya dek chok dan lok ching tu....

   Alhamdulillah....Majlis jamuan akhir tahn peringkat sekolah semalam telah pun berjalan dengan lancar.Sepertimana yang dimaklumkan, macam-macam menu ada.Sampaikan cukup untuk dibungkus dan dibawa pulang.Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menyumbangkan wang dan juga pelbagai makanan.Moga-moga diberkati Allah atas keikhlasan kita bersama.Tahniah juga kepada semua guru yang berganding bahu menjayakan jamuan kita.Mmmm.... masih terasa enaknya trifle... Resipi dah mintak dah.Nanti aku share ye.

    Plan awal kononnya na main dek chok tapi oleh kerana masa terhad dan pelajar ramai yang nak join, de chok ditukar ke futsal lelaki dan perempuan.Cuaca kurang memuaskan jadi futsal perempuan dijalankan di dalam dewan.Oh ya.Tentang dek chok hari tu, rupa-rupanya permainan teng teng.Aku biasa sebut hopscotch.Cewahhhhh!!!Rupa-rupanya orang pantai timur panggil dek chok.Manalah aku tahu?Hehehehe!Ada yang tak tau teng teng? Alahai.... Ini ha  aku share gambar dari Google.



Dek chok @ teng teng @ hopscotch

   Selain itu, kami belajar mengenal sejenis lagi makanan orang Kelantan iaitu lok ching.Ingatkan kuih bentuk loceng ke apa.Rupa-rupanya ia sejenis sate bulat-bulat yang dibuat dengan ikan dan tepung, dicicah sos pekat macam sos cili tapi manis.Di Terengganu aku pernah nampak orang jual guna motorsikal tapi tak pernahlah pulak try.Orang kata sedap.Mmmm ..oklah.



Ni gambar lok ching dari Google.

Ok.Kita tengok gambar majlis jamuan semalam.

   

Trifle sedap lapis red velvet.


Yang sebelah kiri tu untuk mi kari.


Sebelum makan posing dulu ye nak. 



Kelas mana makan sate ni?Terbaiklah.



Nasi kerabu biru.Cantik sangat.Rasa pun sedap.



Bukan main budak-budak ni bergurau main beg jadi astranout.



Sate dan pizza.Popular sungguh si sate ni.



KFC dan kek.Budak-budak bukan main suka.Aku dah tak berapa budak, dah kurang suka.



Eh!Enterframe pulak anak aku si Kasmir ni.
Sejuk ek yang.Tu yang tidur tu.

Friday, November 14, 2014

Apa Fiyya kata...

   Assalamualaikum acik-acik semua!Maaflah sebab dah berapa hari entah Fiyya tak muncul.Bukan Fiyya sombong cuma Fiyya tak sihat.Sakit kena cucuk dengan misi.Mama kata sakit sikit je tapi bila acik misi tu dah tarik jarum dari peha Fiyya, adoiiii sakit sangat!!!Apa lagi!Fiyya pun melalaklah!Tapi Fiyya menangis sekejap je.Fiyya segan nak menangis lama-lama.Lagipun video Fiyya kena cucuk dengan acik misi tu mama hantar pada Whatsapp Anak Cucu Yai Nyai.Ramai yang tengok.Cik Uji pun tengok.Hehehe!Malulah Fiyya.Jadi, Fiyya tak kongsi kat sinilah ye! (Shhhh!!!Lagi pun gambar tu nampak aurat!Hehehe) Oh ya!Lupa nak beritahu.Masa acik misi tu cucuk Fiyya, papa yang pegang Fiyya.Terbaiklah papa.Mama tukang ambik gambar je.Mama tak sampai hati tengok Fiyya kena cucuk agaknya.Untung Fiyya ada papa macam papa.Alhamdulillah....

   Selain dari tak sihat, Fiyya lama tak borak-borak dengan acik-acik semua sebab Cik Uji sibuk.Kata Cik Uji, cuti sekolah dah nak tiba.Banyak kerja yang mesti diselesaikan segera.Lagi pun Cik Uji hari tu susah hati sebab si Kasmir, anak Cik Uji yang tak sihat tu hilang.Puas Cik Uji cari.Sehari semalam Kasmir hilang.Esoknya masa Cik Uji siap-siap nak ke sekolah, Cik Uji jerit nama Kasmir kuat-kuat.Tiba-tiba bunyi Kasmir menyahut.Rupa-rupanya Kasmir di rumah jiran belakang rumah.Jatuh tebing dan tak pandai naik.Kesian Kasmir.Sekarang ni sekejap-sekejap Cik Uji jenguk Kasmir di luar.Takut hilang lagi.Sebelum tu, Cik Uji tengah buat projek kumbang.Ni Fiyya tunjuk.


   

   Oleh kerana risaukan Kasmir hilang, Cik Uji belum sempat sapu pengilat dan letak mata.Lagi pun tak berapa kering sangat lagi.Kumbang tu Cik Uji buat dari cengkerang kekapis yang Yai beli di Maslee.Cik Uji basuh, lap kering-kering dan lukis.Cik Uji kata nak guna untuk projek seni.Fiyya pun tak tahu projek seni apa.Cik Uji memang minat seni.Cik Uji ni kreatif.Abang sepupu Fiyya pun ada yang kreatif tau!Sekejap Fiyya bongkar album cari gambar sepupu Fiyya yang kreatif tu.Jap ek.......



   Inilah abang sepupu Fiyya yang kreatif tu.Namanya Muhammad Farhan.Tengok tu abang Farhan buat eksperimen guna hanger.Keatif kan?Ada sekali tu abang Farhan jadi robot guna kotak.Betul-betul macam transformer!Hahaha!Oklah.Fiyya nak berlatih merangkak lagi.Tak lulus-lulus dari minggu lepas.Angkat punggung je Fiyya pas.Lepas tu fail.Hahahaha!Penat sangat-sangat!Lagi pun Cik Uji banyak kerja sekolah nak kena siapkan.Ada masa nanti kita jumpa lagi ye.Tata!!!


Penatnya practise merangkak....


Inilah Kasmir kesayangan Cik Uji.


Ala... Papa Fiyya suka sangat buat lawak.Hahaha!



Saturday, October 25, 2014

Bobbi dah ke belum emak?

   Bobbi tak ingatlahlah emak.Bobbi dah cerita pasal diri Bobbi ke belum.Tapi tak pelah emak kan?Bobbi nak cerita pasal diri Bobbi Lagi.Umur Bobbi baru setahun jagung.(Setahun jagung tu bukan dah tua ke emak?Maaflah Bobbi tak tau) Bobbi sama umur dengan Louie dan Coco.Tapi Bobbi tak pelat macam Bobbi.Bobbi sihat cuma baru-baru ni mata Bobbi bengkak sikit.Emak jangan risau ye.

   Hobbi Bobbi lepak-lepak.Bobbi tak suka gigit ekor Abang Kasmir macam Coco.Bobbi sayang sangat dengan Abang Kasmir.Bobbi selalu tolong Abang Kasmir bersihkan badan dia.Bobbi suka tengok mata Abang Kasmir yang kuyu je tu.Agaknya Abang Kasmir rindu pada Kak Wa.Maklumlah..Kak Wa sekarang dah jadi editor di KL.(KL tu jauh tak emak?) Dua hari lepas, Abang Kasmir duduk bawah kereta.Puas emak dan Kak Adik panggil tapi Abang Kasmir tak nak keluar.Hai Abang Kasmir.Janganlah macam tu.Bobbi pun rindu Kak Wa Juga.Nanti bila cuti, Kak Wa baliklah.

   Sementara tunggu Kak Wa balik, meh kita main sama-sama.Lepas penat main, kita makan, nak?Emak kan sentiasa sediakan makanan kita.Kalau tak pun, meh kita tolong emak tanam bunga.Semalam kan, Bobbi nampak Abang Eli kunyah batang bunga ros yang emak baru tanam.Habis togel batang bunga ros tu.Bobbi pelik.Tak luka ke mulut Abang Eli.Kan banyak duri tu?Hiss!Macam-macam perangai adik-beradik Bobbi.

   Semasa Bobbi bercerita ni, emak tengah sedih.Bukan sebab Bobbi tau tapi sebab En.Lenovo emak yang tak nak bangun.Emak baru hantar ke kedai.Tapi dia buat hal lagi.Takkan asyik nak hantar kedai je?Kesian emak sebab kerja sekolah banyak kata emak.Dahlah seminggu cuti sempena Deepavali  (Deepavali tu apa emak?) emak sibuk menyemak kertas periksa.7 kelas tau!Satu kelas 35 orang.Kalau 7 kelas?Fuyooo!Hebatlah emak.Bobbi tengok pun kesian sebab emak sampai tertidur atas meja kerja semasa menanda.

   Oklah.Bobbi nak berehat dulu.Petang-petang macam ni, nak main kejar-kejar pun tak larat.Bobbi nak baring-baring sebelah Abang kasmir.Bobbi suka baring sebelah Abang Kasmir sebab Abang Kasmir suka peluk Bobbi.Sambil tu, kalau ibu Bobbi ada, Bobbi nak minta nenen.Ala... Bobbi kan tecik lagi.Hehehe.Nak minta dengan Ibu Putih alamat kena terajanglah Bobbi.Entahlah.Ibu Putih tu cantik tapi dengan Bobbi dan yang lain-lain garang bukan main.Oh ya.Emak dah belikan rantai baru untuk Bobbi.Nantilah Bobbi posing dengan rantai baru.Ooops!Lupa lagi.Acik MONALITA MANSUR apa khabar?



Kesian Louie demam.Tapi dah ok dah.



Louie dah sihat dah.



Yang ni Coco, yang suka gigit ekor Abang Kasmir tu.



Ehem.Inilah saya,Bobbi.
Handsome tak Acik MONALITA MANSUR?

Wednesday, October 15, 2014

Saya Coco.

    Syukur!!!Dapat juga saya tumpang bercakap dengan kawan-kawan emak yang baik hati terutama Acik MONALITA MANSUR.Terima kasihlah ACIK sebab rajin singgah blog emak.Emak kata emak akan balas kunjungan Acik secepat mungkin.Kalau tak silap 17 hingga 25 Oktober ni emak cuti sekolah.Masa tulah emak nak pulun jenguk Acik.(Acik!Oooo Acik!Pulun tu apa?) Oh ya.Lupa pulak saya nak perkenalkan diri.Nama saya Coco Chanel.Panggil Coco je.

   Saya ni sebenarnya abang kepada LOUIE yang cakap pelat tu.Seorang lagi adik-beradik kembar saya namanya Bobbi.Saya tak pelat sebab emak kata saya membesar bagai johan. (Acik....Johan tu apa?) Louie tu pelat sebab masa dia lahir ada masalah kot.Badan dia pun cinonet je tak macam saya dan Bobbi.Louie tu kalau emak tak paksa makan,bukan dia nak makan.Kalau saya, satu dulang pun habis!Emak belikan Pro Diet untuk kanak-kanak macam kami.Tu yang sedap tu.Kalau yang biasa, keras.Saya tak berapa suka.Sampai terteleng-teleng Abang Kasmir masa makan.Kruk krak kruk krak bunyinya.Hahahaha!

   Cerita pasal hobi pulak, saya suka gigit ekor Abang Kasmir.Terutama masa dia tidur.Bila saya gigit-gigit tu, Abang Kasmir toleh kiri kanan tapi tak nampak saya.Saya menyorok celah mesin basuh emak.Bila Abang Kasmir leka, saya serang dia lagi.Hahaha!Saya bukan buli tau cuma seronok-seronok je.Bila emak nampak, ingatkan emak nak piat telinga saya, tapi rupa-rupanya tak.Emak cuma angkat dan letak saya jauh-jauh dari abang Kasmir.Bila emak tak nampak, saya datang balik pada Abang Kasmir.Saya suka dia bersihkan badan saya.Kemudian, saya tidur sebelah Abang Kasmir.Sayang Abang Kasmir.

  Eh!Kenapa dengan Louie tu? Laaa.... Dia demam.Jangan-jangan jadi macam Abang Kasmir.Kesian.Dia menggigil.Sejuk kot.Kak Adik bawak dia masuk dalam bilik.Kakak Adik selimutkan Louie.Mudah-mudahan Louie cepat sihat.Janganlah Louie adik saya tu jadi macam Mocca Latte, kucing Acik Kak Pah KPoh.Saya sayang adik saya tu.Saya nak jenguk dan jaga adik saya tu dulu ye.Jumpa lagi.Selamat malam Acik Monalita Mansur!

Saturday, October 11, 2014

Catatan peribadi Abang Long Kawasan.

   Salam.Kini tiba giliran saya pula untuk menyampaikan sepatah dua kata.Untuk pengenalan, saya adalah anak kepada Kitty yang emak bawa dari Bangi semasa emak menuntut di UKM.Ayah saya telah meninggal dunia.Ibu?Saya sendiri kurang pasti.Yang saya pasti, dari kecil hinggalah sekarang emak dan kakak-kakak saya telah menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh.Terima kasih emak.Terima kasih Kak Wa.terima kasih Kak Adik.

   Sekarang, saya ada dua isteri.Kedua-dua saya sayang.Nama isteri-isteri saya, Kuning dan Putih.Dengan Kuning saya mendapat 6 orang anak.Dengan Putih pulak, saya baru saja kematian 4 orang anak.Tak pelah.Tak de rezeki.Nak buat macam mana.Setiap pagi saya keluar tetapi bila tiba tengahari, saya akan balik untuk makan tengah hari.Kalau tiba waktu makan saya tak muncul, dari jauh lagi saya boleh dengar suara emak atau kakak-kakak saya memanggil saya.Saya sayang mereka.

   Dulu, semasa saya seorang,emak masakkan lauk ikan.Tapi bila dah ramai-ramai ni emak beri makan Pro Diet je.Mmm..Boleh tahan sedap untuk tekak orang kampung macam saya.kami makan ramai-ramai ala-ala nasi ambeng.Boleh mengeratkan silaturrahim, kan?Semua isteri dan anak saya emak paksa makan ubat cacing.Cuma saya je yang degil.Tapi, saya tau, emak gaul sekali dengan ikan yang emak beri.Pandai betul emak.

   Semasa saya seorang, saya tak pakai rantai.Tapi,bila dah ramai-ramai, emak paksa pulak pakai rantai.Emak takut saya diculik orang.Dengan badan sado macam saya, buat sup pun sodap.Eeiii!Selisih!Tak sanggup saya bayangkan.Kesian anak-anak saya kalau tak de ayah.Mula-mula pakai rantai, saya rasa pelik.Apa klas abang kawasan pakai rantai?Habis saya digelakkan kawan-kawan.Tapi, saya cool je.Demi emak yang sayangkan saya.

   Malang tak berbau.Suatu hari, semasa sedang mengejar jantan mana entah dok usha Putih, rantai saya tersangkut di pagar.Aduh!!!Dengan leher saya sekali tersangkut.Akibatnya, leher saya luka dan menanah.Salah saya juga sebab lambat beri tahu emak.Saya tak balik 2,3 hari.Takut emak marah.Tapi, bila emak dapat tahu, cepat-cepat emak cuci luka saya dan bubuh minyak gamat.Pedih tak usah cakaplah.Dahlah berlubang.Bau pun mula busuk.Nasib baik Putih dan Kuning masih setia.Saya bawa bersabar je.

   Lebih kurang sebulan kemudian, luka saya sembuh tapi pipi saya macam senget sikit.Tak kisahlah sebab emakmasih sayangkan saya sangat-sangat.Buktinya, bila saya balik, emak mesti dukung, peluk dan cium-cium saya.Padahal saya bukan pernah mandi macam anak-anak saya.Agaknya bucuk-bucuk sayang.Tapi kesian juga pada emak sebab lepas tu emak mesti achum achum dan muka jadi merah.Tapi itulah, emak degil juga nak cium.Hehehe!

   Sekarang ni saya lebih manja dengan emak dan kakak-kakak.Jangankan seminggu tak balik, sehari pun emak dah sibuk cari.Lepas saya kenyang, saya suka baring rehat-rehat.Masa tulah saya selalu dengar emak beritahu anak-anak saya supaya jangan buat bising sebab saya nak tidur.Padahal saya pun suka tengok anak-anak saya lompat sana lompat sini.Lebihlebih lagi si Kasmir.Comel sangat.Walau pun dia cacat dan asyik terteleng-teleng, saya tahu Kasmirlah yang bakal mengikut ketampanan saya.Hahaha!Tak jadi abang kawasan pun tak pelah nak.Asalkan anak ayah sihat dan boleh jaga emak.

    Ops!Dah lama sangat saya berceloteh.Kesian emak banyak kerja.Malam semalam sampai pukul 3 pagi emak cuba nak ubatkan En.Lenovo tapi sia-siap.Nasib baik ada Cik Lenovo.Boleh juga saya tumpang berceloteh.Akhir kata, saya doakan emak dan kakak-kakak serta isteri dan anak-anak saya semua sihat walafiat.Khas buat Putih, walau pun anak kita semua mati, abang tetap sayangkan Putih.Muah!Bye.



Yang ikhlas,
Panji Semerang
Abang Kawasan hati ada taman.

#kelabbloggerbenashaari

Friday, October 10, 2014

Catatan saya yang hodoh.

   Hari ni,Jumaat, bersamaan 10 Oktober 2014.Bermakna hampir seminggu emak tak boleh nak update blog.Kesian emak.Dahlah laptop baru beli.Buat hal pulak!Hish!menyampah!Kesian emak sedih tak dapat nak siapkan lesson plan awal-awal dan blogging.Penat emak on En.Lenovo tu tapi hampeh.Asyik keluar skrin biru tanpa apa-apa tulisan.Sebelum ni, emak beli Cik lenovo cantik warna ungu tu elok je.Nasib baik hari ni, Cik Lenovo sudi nak berkhidmat semula walau pun agak nazak.Kalau tak, tak sempatlah saya nak kongsikan isi hati saya.

   Oh ya!Nama saya Mika.Saya adik-beradik si Kasmir dan Eli Davide tapi saya pompuan.Sebab tu emak namakan saya Mika.Kata emak, emak suka nama Mika selepas menonton sebuah filem tentang seorang gadis bernama Mika dan kudanya.Emak memang suka menonton filem yang pelik-pelik.Filem pasal Mika ni pun pelik sebab saya tak tahu filem tu guna bahasa apa.Maklumlah, saya tak pernah ke sekolah.Tapi, walau apa pun saya nak ucap terima kasih pada emak kerana walau pun rupa saya paling hodoh, tapi emak beri juga nama yang cantik.Terima kasih emak.Saya suka nama Mika.

   Seperti adik-beradik yang lain,saya pun lahir pada 22 Januari 2014.Ibu kami namanya Kuning.Ibu pandai sangat jaga kami.Dari kecil sampailah besar ibu selalu pastikan kami bersih.Sekarang ni walau pun saya dah anak dara, ibu masih lagi beri kami hisap susu.Eiii!!!Kelakar!Tapi saya suka kerana sambil menyusu, ibu suka peluk kami.Sayang ibu.Kalau nak tahu, ibu saya cantik.Matanya kuning macam guli.Kata emak, kadang-kadang mata ibu keluar cahaya tapi ayah kata, eh!Merepeklah.Tapi betullah!Mata ibu keluar cahaya!

   Cakap tentang hobi, hobi saya pun macam yang lain.Suka kacau emak masa emak berkebun.Hahaha!Suka dengar emak membebel manja sambil dukung kami letak tepi.Kalau tak, alamat basahlah kami kena siram air jirus bunga.Emak sayang sangat pada kami sebab tu emak alihkan kami walau pun kami tak kisah kalau emak jirus je kami.Hehehe!Sayang emak!Masa emak layan pokok-pokok bunga emak, saya suka lari susup-sasap di kaki emak.Tapi kadang-kadang saya malu sebab rupa saya hodoh.Tapi emak tetap kata saya comel.Emak tak pernah beza-bezakan kami.Kalau emak ciumkasmir dan Eli, emak cium saya juga.

   Sekarang ni, selain Kasmir dan Eli, saya ada tiga adik lagi.Tiga-tiga cantik.Tak macam saya.Gemuk-gemuk dan sedap dipeluk kata emak.Nama adik-adik saya Louie,Bobbi dan Coco.Saya tengok adik-adik saya suka sangat main wrestling dengan Eli.Saya dan Kasmir tengok je sebab saya perempuan dan Kasmir pulak tak sihat.Masih terteleng-teleng.Hehehe!
Macam saya beritahu awal-awal tadi,saya ni pemalu.Jadi, saya pun tak tau apa lagi saya nak kongsikan.Harap berpuas hatilah ye.Saya nak teman emak saya buat kerja sekolah lepas ni.Bukan tak tau, emak saya tu kalau boleh tidur pun dengan buku sekolah.Hahaha!



Ni ibu saya dan adik-beradik saya.Dari kiri,saya (muka pun tak nampak.Seganlah, awak!),abang Nunez yang tengah asyik bercinta sampai dah seminggu tak balik rumah, abang kasmir dan abang Eli.
Saya sayang emak dan keluaga saya.

Friday, October 3, 2014

Bicara hati Endo si gelandangan.

   Selamat pagi Jumaat semua.Pagi ni, giliran saya pulak bercerita di blog emak saya ni.Terima kasih emak sebab beri saya peluang berkata sepatah dua kata walau pun saya cuma anak pungut.Huhuhu!Tapi, emak marah kalau kata saya anak pungut.Emak sayang saya walau pun emak tak tahu asal keturunan saya.Terima kasih emak.Oh ye!Lupa perkenalkan diri.Nama saya Endo.Nama ni kak Adik saya yang beri.Kak Adik tengok cerita Indonesia.Tajuk apa entah.Berkenan pulak nama Endo tu.Emak saya kurang minat cerita Indonesia tapi hantu cerita Philippines.Sampaikan emak beli 2 lagi kamus bahasa Tagalog.Hehehe.

   Cerita lanjut tentang asal usul saya, bila saya lahir, saya pun tak tahu.Saya dipungut di sekolah berdekatan rumah emak.Terima kasih emak sebab sudi pungut saya.Terima kasih juga pada abang Eli, abang Kasmir, kak Mika dan abang Nunez.Eh!Dah lama abang Nunez tak balik.Emak dah start risau tu.Terima kasih juga pada ayah angkat saya yang garang tapi baik hati, Si Panji.Kalau tak entah-entah, merempat hidup saya,makan sisa makanan orang buang.Sekarang ni, bila-bila saya lapar, makanan sentiasa ada.seronok makan ramai-ramai style ambeng.


   Inilah dulang makan kami.Pantang kosong emak mesti tambah lagi.Emak beli mahal tau.Jenis baik katanya.Tapi kata emak berbaloi sebab anak-anak emak semua montel-montel kecuali adik Louie yang lahir tak cukup berat.Waktu saya bercerita ni, adik-beradik saya semua sedang berlari-lari dalam rumah.Seronok bukan main.Emak jarang-jarang benarkan masuk rumah.Maklumlah, emak alergik pada kami.Tapi emak selalu je peluk, cium kami walu pun lepas tu emak achuum achuum tak berhenti sambil garu-garu lengan dan muka yang jadi merah.Kesian emak.

   Eh!Eh!Mengacau pulak abang Kasmir!Asyik nak naik atas riba emak je.Macam mana emak nak menaip?Manja sangat abang Kasmir ni.Kadang-kadang menyampah tapi bila fikir abang Kasmir tu ada CP, saya redha je lah.Perangai macam budak-budak!(Ops!Maaf emak).Balik semula cerita pasal saya, selepas emak sudi pelihara saya, badan saya pun dah sado (hehehe) dan makin handsome.Ewah!Maklumlah!Sampai-sampai je rumah emak, kaka Adik mandikan saya dan buang kutu-kutu saya.Cuma emak belum sempat lagi belikan saya rantai leher yang ada loceng macam adik-beradik saya yang lain.Cantik sangat!

   Oklah.Saya nak keluar jenguk adik-adik baby 3 beradik anak ibu Putih.Asyik berbunyi je dari tadi.Nak menyusu agaknya.Esok-esok, bila adik-adik baby ni dah besar, saya ajak main lari-lari dan kejar-kejar keliling rumah semasa emak tanam bunga.Oh ya!Bunga petunia emak mati.Emak sedi sangat.Nak salahkan kak Adik pun tak boleh juga sebab manalah kak Adik tahu petunia tu perlu disiram setiap hari?Dah jadi kering dah kawan tu.Tak pelah emak.Nanti kak Wa balik, kita beli yang baru di Tesco ye.(Ops!Di luar Tesco) Jumpa lagi kawan-kawan.Muah!



Segan pulak saya nak tengok kamera.

p/s:Syukur!Dulu saya gelandangan sekarang saya kesayangan.

Wednesday, October 1, 2014

Eli Davide orang kampung.

   Ehem!Ehem!Nama saya ELI DAVIDE.Saya orang kampung je.Tapi, saya pun handsome tau!Sebab tu saya ramai peminat.Kakak-kakak saya pun saaayang sangat kat saya.Walau pun dia lebihkan adik saya si Kasmir yang ada CP tu.Tapi tak kisahlah asalkan bahagia.Oh!Emak saya pun sayang sangat kat saya.Tu yang kadang-kadang saya bawak balik hadiah untuk emak.Nasib baik emak saya jenis tak penggeli.Apa pun yang saya bawak, dia relax je.Tapi, kalau Kak Wa saya, saya bawak lipas, lintang-pukang dia lari walau pun lipas tu sama besar dengan jari dia je.Hahahaha!Sebab tu saya suka usik kak Wa.Kak Adik saya, orangnya cool.Jenis tak kisah sangat.(Cuma kisah jerawat kat pipi dia je)

   Saya bersyukur hidup dengan emak dan kakak-kakak saya.Hari-hari perut kenyang.Emak tak beri saya makan benda kotor.Emak beli sekali 8 kilo di kedai.Baik punya.Tu yang saya makin sihat ni.Berkilau badan saya tanda sihat.Bila saya sakit, cepat-cepat emak beri ubat.Saya pernah gigit tangan emak sebab emak paksa saya makan ubat cacing.Maaf ye emak.Masa tu saya tak tau ubat cacing tu baik untuk saya.Maklumlah masih budak-budak.Kalau tak silap saya baru 3 bulan masa tu.Saya lahir pada 22 Januari 2014.Masih bujang trang tang tang.

   Hobi saya adalah berlari-lari di kaki emak saya semasa emak menanam pokok bunga ros.Bukan apa.Saya cemburu tengok emak bercakap dengan bunga ros.Peliklah emak saya tu.Tapi, lepas emak bercakap dengan bunga ros, eh, banyak pulak bunga yang kembang.Hebat emak saya, kan?Waktu emak berkebun, saya pernah kais cacing di tanah yang emak longgok.Saya beri pada emak.Selama ni emak cool je tak kira apa pun saya beri.Tapi, rupa-rupanya emak takut sangat pada cacing!Hahaha!Saya ketawa golek-golek tengok emak.Maaf ek mak.

   Hari raya haji ni, kak Wa balik.Dah 2 minggu kak Wa saya jadi editor di Kuala Lumpur.Saya tak tau editor tu apa tapi saya tau kak Wa tentu suka sangat.Sebelum tu puas emak pujuk dia jadi teacher tapi dia tak nak.Kesian tengok emak.Kadang-kadang, orang lain dah tidur tapi emak masih lagi mengadap laptop siapkan kerja sekolah.Sampai jadi mata panda mata emak sebab selalu jaga malam.Tu belum kira nak menyemak buku anak-anak murid emak yang kadang-kadang macam roti kirai pun ada.Opps!
  
   Oklah.Saya tak nak ganggu emak.Emak nak buat lesson plan tu.Emak kalau buat kerja bukan boleh cincai-cincai.Mesti nak perfect je.Tu yang saya tak nak ganggu tu.Oh ya.Saya nak beritahu satu lagi hobi saya iaitu mengetuk pintu rumah sampai emak atau kakak benarkan saya masuk.Bukan apa, kalau dah lama tak masuk saya rasa rindu sangat kat emak dan kakak.Kadang-kadang saya cemburu sebab emak dan kakak asyik bawak masuk si Kasmir yang CP tu je ke dalam rumah.Tapi, bila fikirkan saya faham.Kasmir tu adik saya juga.Takkan emak nak pilih kasih.Kan?Sayang emak.Sayang kak Wa dan kak Adik.Bye!


Inilah wajah tampan saya.Cantik tak saya pose?