Saturday, August 20, 2016

Lenalah dalam doaku, sayang!

   Sewaktu entry ini aku siapkan, dah lebih sebulan Kasmir tinggalkan aku.Tinggalkan untuk selama-lamanya.Walau pun dah agak lama, aku masih rindu pada Kasmir.Aku rindu dengar suaranya.Aku rindu untuk melihat mata kuyunya.Aku juga rindu untuk memeluknya!Namun apa daya, Allah lebih sayangkan Kasmir.

   Sebenarnya aku terkilan kerana aku tak berpeluang lebih awal untuk menyelamatkan Kasmir.Selalunya setiap hai Kasmir balik bermanja dengan akuMenunggu aku di depan pintu dan kemudian minta didukung!Tetapi, minggu terakhir usianya, aku terlalu sibuk dengan kerja.Hinggakan aku tak sedar Kasmir tak pulang!Hanya selepas empat hari barulah aku sedar kehilangan Kasmir.

   Aku cari di mana-mana.Aku tanyakan di group WhatsApp barulah aku dapat tahu rupanya Kasmir ada tak jauh dari rumah.Kasmir di rumah jiran sebelah.Dengan segera aku pergi dapatkan Kasmir.Malangnya Kasmir langsung tak mahu keluar dari bawah meja tempat persembunyiannya.Kasmir kenapa?Selalunya Kasmir segera dapatkan aku bila ku panggil.Kemudian, aku alihkan meja tempat Kasmir bersembunyi.Ya Allah!Rupanya Kasmir cedera parah!

   Luka di belakang Kasmir dah melarat.Ku lihat ulat memenuhi luka tersebut.Kesian Kasmir.Kalaulah aku tahu lebih awal, akan ku jaga lukanya agar segera sembuh.Kemudian, tanpa menghiraukan bau busuk akibat luka yang terrdedah, aku segera mendukung Kasmir.Hari itu juga ku bawa Kasmir ke klinik.Keadaan Kasmir kritikal.Rupanya Kasmir dah terhidrat.Doktor beri harapan 50-50.Aku tinggalkan Kasmir untuk rawatan dan aku bergegas ke sekolah.

   Belum pun sehari ku tinggalkan, Kasmir tak mampu terus bertahan.Akhirnya Kasmir pergi juga. Walau pun aku masih ada 4 lagi saudara Kasmir di rumah, bagiku ia tetap takkan sama.Takkan pernah ada lagi kucing kurang upaya yang terteleng-teleng tak cukup imbangan.Takkan ada lagi makanan bersepah akibat susahnya Kasmir untuk makan.Takkan ada lagi si gagah yang setia menanti setiap kali aku pulang sekolah.Meskipun aku terkilan, jauh di sudut hati... aku berdoa moga Kasmir tahu betapa aku sayangkannya.Takkan ada dua atau pun tiga.Selamat tinggal Kasmir!



















Lenalah dalam doaku...

0 comments:

Post a Comment