Saturday, April 30, 2011

Aku ketuk dengan hammer baru tau! Grrrr!!!!!!

    Apalah nasibku!Yang dihajat tak tercapai dek tangan.Dek akal apatah lagi.(Sebab akal aku takde tangan.Macam mana nak capai?)Dahlah aku ada masa ciput je nak blogwalking!Tiba-tiba cik tenet ni mogok pulak.(Aku ketuk dengan hammer baru tau!)Tersengguk-sengguk macam orang mengantuk 2 hari tak tidur!habis rancangan aku nak membalas kunjungan kawan-kawan.Nak blogging lama-lama tak boleh sebab ada hal keluarga yang perlu aku selesaikan.Ada tak de pun petaaaaang nanti baru aku boleh blogging balik.Huaaaa!!!!! Sedihnya!!!! ( Dan bimbang jugak takut jumlah visitor drop) Harap-harap Cik Nuffy tak merajuk dengan aku.Begitu juga Belalang, Ellen, Kak Pah KPoh (Hua..aku rindu Kak Pah.Bila Kak Pah nak balik?), Ben Ashaari, yuyu, Marshmallow, Abg Terror, Sop, Pendekar Berkuda, Mak Legenda, Kak Chik Ella dan beribu-ribu limau ( aku tak guna lemon sebab anak murid aku kata, kita mesti gunakan buah-buahan tempatan.Lemon buah luar negara.Takut dia komplen lagi, maka aku guna limau pulak) lagi yang sudi memicit bell pintu rumahku.Sementara itu, silalah buat macam rumah sendiri ye!


Muka geram tak dapat blogging!

MEREKA ...

   Dulu MEREKA cukup lemah lembut.Jika ada apa-apa masalah, bincang cara elok.Takde buat rusuhan,takde buat demokrasi, hormat masjid dan saling mempercayai dan menghormati.Tapi sekarang?Tiap-tiap hari ada saja cerita tak elok tentang MEREKA.Rogol, bunuh, dadah, judi, pelacuran, demo, rasuah, dan 1001 macam lagi.Agama hanya setakat perhiasan.Ajaran agama langsung tak dihiraukan.Kalau pun ingin maju setanding bangsa-bangsa lain di dunia, janganlah sesekali menggadai maruah bangsa, menjual maruah diri.Akhir-akhir ini pulak, dek kerana seorang manusia yang entah betul entah tidak, MEREKA sanggup bertolak-tolak, berdemo, di masjid.Lepas tu solat hajat seolah-olah .... entahlah!Memberi sokongan bukan tak boleh, tapi biarlah berpada.Tak perlulah menggunakan agama untuk membela seorang manusia yang .......
(Fikirlah sendiri)

   Pendek kata, yang tua, tak betul dengan cara tuanya.Yang muda, tak betul, dengan cara mudanya.Akibatnya, daripada sebuah bangsa yang dihormati, mereka makin dipandang sepi.Bangsa yang mudah diperkotak-katikkan, mungkin itu persepsi bangsa lain.Jika MEREKA boleh telanjang depan kamera, maka apa bezanya MEREKA dengan bangsa-bangsa lain yang ada?

  p.s: MEREKA adalah bangsa Melayu, bangsaku.


'Melayu baru'


   

Thursday, April 28, 2011

Panas!Panas!

   Jam menunjukkan pukul 10.18 malam.Diulangi: MALAM. Tetapi aku rasa panas sungguh.Walau pun kipas ada dua yang sedang ligat berpusing, tak mapu menurunkan tahap kepanasan.Berapa darjah Celcius tak pasti pulak aku.Tetapi memang panas kerana langsung tak boleh berbaju.(Opps!) Jadi, sambil blogging, sambil aku mengelap peluh yang laju mengalir walau pun yang bersenam hanyalah jari jemari ku saja!Cuaca di tempat anda bagaimana?


Boleh tak nak duduk dalam sink macam ni?

   

Nyut!Nyut!Nyut!

   Sob!Sob!Sob!Semalam aku tak blogging.Sesaat pun tak.Bukan aku tak rindu.Bukan aku tak cinta ( Tajuk lagu Saleem pulak ni) tapi aku tak boleh.Kepala aku main lagu dangdut.Bukan sejam tapi sehari suntuk.Nyut!Nyut!Nyut!Hari Isnin lepas, pun sama.Selasa, ok, Rabu juga ok tapi hari ini dia datang balik.

   Jumpa doktor, doktor kata aku stress.Mana ada!!!Aku happy dengan kerja aku.Aku bahagia dengan anak-anak murid aku.Walau pun kerja bertimbun ( ibarat kain baju yang malas dilipat), tapi aku tak stress!Serious!Jumpa doktor A, dia kata, aku tak boleh minum kopi.(Aku jarang sangat minum kopi).Jumpa doktor B, dia kata aku kena minum kopi.(Pulak?) Lagilah aku pening!Akhirnya aku telan je pain killer!Ni yang aku blogging ni!



P.s:Dr Hafiz!Tak pe ke selalu makan pain killer?


   

Tuesday, April 26, 2011

Sejambak bunga tanda kasih

   Selasa : 26 April 2011. Bermakna 12 hari lagi genaplah setahun usia blog aku yang tak seberapa ini .Ibarat seorang bayi, usia setahun, baru berjalan jatuh.Botol susu pun masih di mulut.Bercakap masih pelat dan masih lagi pakai diapers.Masih hingusan kata orang.Hari pertama aku berblog adalah pada 8 Mei 2010.Sebelum tarikh tersebut, aku cuma jadi pembaca setia blog-blog orang lain saja.

   Ibarat bayi yang baru dilahirkan, pengalaman banyak mengajar aku.Aku masih lagi ingat betapa aku duduk berjam-jam mengadap Cik lenovo ungu aku untuk update blog.Edit itu, edit ini, letak entah apa-apa widget, letak lagu dan macam-macam lagi.Yang paling aku suka dan rasa ralat untuk buang adalah lagu Love Story dendangan Andy William dan kemudian lagu Tiada Lagi dendangan Amy Search.Aku sayang sangat nak buang, tapi aku tahu, sesiapa pun yang blogwalking tak suka diganggu dengan apa-apa lagu.Demi blogwalking, aku berkorban..

   Dulu aku tertanya-tanya.Macam mana follower sesuatu blog itu boleh mencecah ribu.Ribu tu bukan sedikit.Tapi hari ini, follower aku pun dah 1493.Walau pun tak seramai follower En Ben Ashaari atau Yuyu Zulaikha, tapi aku puas.Kalau boleh, menjelang setahun usia blog aku, aku ingin mendapat 2000 orang follower.Dulu aku target 500 orang je.

   Dulu, bila ada je blogger cerita tentang BE, cepat-cepat aku baca entry mereka.teringin sangat nak dapat BE.Sekarang ni alhamdulillah, aku dah pun dapat 9 BE walau pun dalam sehari visitor aku purata dalam seratus orang saja.Maklumlah, aku hanya dapat aktif berblogwalking di hujung minggu saja.Hari-hari lain, aku terpaksa curi-curi masa rehat yang ada.

   Dulu, semasa mula-mula berblogging, aku menggunakan Bahasa Inggeris.Aku mula menggunakan Bahasa Malaysia mulai Oktober kerana menghormati bulan bahasa kebangsaan.Niat hati untuk terus menulis dalam B.Inggeris selepas bulan Oktober tetapi niatku terpaksa diubah atas permintaan pembaca yang meminta aku terus menggunakan Bahasa Malaysia.

   Dulu semasa mula-mula menulis, aku takut tulisanku tiada siapa yang sudi membaca.Kini, andai aku tak menulis dalam sehari, pasti ada yang ternanti-nanti.Setakat hari ini, masih banyak lagi ilham yang tersimpan di fikiran menanti untuk aku luahkan.Mudah-mudahan apa yang aku kongsikan dapat memberi manfaat pada semua.

   Setelah hampir setahun, rasanya aku mesti meletakkan bloglist untuk teman-teman blogger yang amat rajin berkunjung ke mari.Insyaallah, hujung minggu ini, akan aku tunaikan hajatku untuk menyenaraikan blog-blog pengunjung setia blogku.

   Hari ini, separuh hatiku puas dengan apa yang telah ku capai dalam dunia seorang blogger namun separuh lagi, masih tidak puas kerana aku tahu aku boleh menjadi seorang blogger yang jauh lebih baik seandainya aku punya lebih banyak masa.

   Sementara itu, jutaan terima kasih buat semua, pembaca atau follower ku yang setia kerana tanpa kalian Scarlett's Petals takkan ke mana.Doakan yang terbaik buat anak usia setahun yang baru belajar bertatih ini.


Sejambak bunga tanda terima kasih

   

   

Monday, April 25, 2011

Abis tu camno?

     Di mana silapnya?Sistem pendidikan negara kita yang salahkah atau didikan ibu bapa di rumah yang perlu diubah?Dari tadika, cantik, manis bertudung.Baju pun berlengan panjang.Bertepuk bertampar dengan lelaki jauh sekali.Bila ditanya,jawabnya,'Ustazah kata haram!Nanti masuk neraka!

   Bila masuk sekolah rendah, masih lagi molek bertudung. Masih takut masuk neraka.Bila masuk sekolah menengah, tudung labuh jadi tak labuh.Jeling-jeling manja, bertepuk bertampar dah mula tak apa.Bila ditanya,'Tak takut api neraka ke?' Jawabnya,'Ah!tak apa kita masih muda.Muda cuma sekali.Mati lambat lagi.'

   Bila habis sekolah,dah mula bekerja,'Eh!Tudung entah ke mana!Laa.... baju singkat, sendat yang disarungnya!Bertepuk, bertampar, jangan katalah!Berpeluk pun agaknya tak apa.'Bila ditanya,'Tak takut dosa ke?' Dijawab,'Ala... mak ayah kata tak apa.Taubatlah bila dah tua!'Kalau dulu bila ada anak-anak dara seksi, orang akan kata,'Ala...budak tak sekolah agama.Biasalah tu!' Tapi akhir-akhir ini, budak lulusan sekolah agama pun dua kali lima!Abis tu camno?

p.s: Penat-penat cikgu didik kat sekolah, bila nak ditegur, ... alamak!Emak dia pun pakai seluar pendek!


Sunday, April 24, 2011

Aku belum layak

    Separuh hatiku berkata, joinlah!Tunggu apa lagi!Namun separuh lagi hatiku berkata,'Jangan!Kau belum layak!Siapalah yang sudi mengundi blog engkau yang suam-suam kuku je tu.Jadi tak jadilah aku nak tumpang sekaki.Tapi aku ambil keputusan untuk menyokong kawan-kawan yang telah pun mendaftar untuk turut serta.Antaranya adalah :Sop. Jom kita sama-sama sokong Sop.



Gnesop Poseng
Alamak!Lupa nak beritahu Sop aku pinjam gambar dia dari Facebook.

Inilah awardnya.

Saturday, April 23, 2011

Cinta dan keju

   Cinta itu indah.Kata-kata kononnya romantik yang aku dengar zaman sekolah dulu.Ceh!Indah konon!Cinta itu perangkaplah!Silap haribulan engkau terperosok jauh ke jurang dalam yang bakal merobek dada dan menikam jantungmu!Jangan senang-senang percaya pada indahnya cinta.Ibarat kaca, dipandang cantik dipegang luka.Cinta itu cuka getah bukan gula-gula getah.Cinta ibarat sekuntum mawar yang cantik dipandang tapi berduri bila dipegang.Jadi jauhkan dirimu dari cinta.

  Petikan di atas khas buat anak-anak didikku yang memang besar-besar tapi tetap kecil kerana belum cukup umur.Aku geli geleman bila nampak anak murid aku berdua-duaan.Dulu berdua-duaan di shopping complex depan sekolah sekarang depan bilik darjah!Tak boleh jadi ni.Bercinta boleh tapi dalam hati cukuplah.Tak payah dok tunjuk, bertonyeh berdua kalah orang laki bini.Itu semua keindahan sementara.Tak ke mana cinta yang ibarat aiskrim cornetto yang bila-bila akan cair.Ibarat menghulur kepala di tali gantung!Ibarat lengkung atau agar-agar yang belum keras.Terlanggar sikit je tumpahlah dia. 

   Kalau dulu anak-anak ubun-ubun lembik asyik bercinta, alamat naik tangan ke pipi.Tapi zaman sekarang, ibu bapa pulak lebih-lebih buat promosi.'Anak saya tengah bercinta dengan si polan cikgu.Baik budak tu.Boleh buat menantu.Anak orang kaya pulak". Garu kepala aku!Ingatkan emak ayah tak tau.Rupa-rupanya saban hari bertunggu tangga di rumah.Sebab tu kat sekolah tak kisahpun bila cikgu marah.Dapat lesen besar emak ayah.Habis tu macam mana cikgu nak didik supaya utamakan pelajaran dari cinta?Kalau kandas exam sebab asyik berkepit cikgu juga yang dipersalahkan.

Inilah cinta dari sudut pandanganku yang rabun bermata empat ni.
Warnanya je indah ( ada warna favourite Justin Bieber lagi) tapi hakikatnya buruk sebab berlubang-lubang.Sekali pandang macam keju pun ada.
Jadi JAUHILAH CINTA
( kepada budak tak cukup umur.Yang dah cukup tu, go ahead)


Tengok keju tu.Burukkan?Ada makhluk perosak pulak tu.

Bila rasa nak berdating je, cuba gambarkan gambar ni.
Mesti tak jadi dating punya!!!

[Gambar pertama hak milik aku, sebab aku yang lukis.Gambar yang lain, selongkar rumah Cik Google]

Friday, April 22, 2011

BE ke 9.Tq daun keladi...


Adegan1 : Aku kepenatan balik dari sekolah



Adegan 2 : Kalau ada orang tolong urut, kan best!



Adegan 3 : Menggeliat je lah.Untung-untung hilang lenguh badan!
Hilang lenguh, aku pun start blogging..



Tiba-tiba!Aku terkejut besar!Tak sangka pulak!


Malu nak cerita tapi aku nak cerita jugak.
AKU DAPAT BE LAGI!
( YANG KE 9 )


Adegan terakhir : Aku senyum sorang sebab dapat BE.Happy tu!!


tqlah ye Cik Nuffy bagi aku BE Hypp TV Bloggers' Party LB


Bila samseng baca novel cinta..

   Jam hampir 11.40 am.Tepat 11.40 a.m, kelas aku yang terakhir di hari Jumaat yang mulia ini akan bermula.Biasanya waktu-waktu akhir begini kelas riuh rendah.( maksudku kelas yang berjiran dengan kelas yang ku tuju) Namun pagi tadi keadaan sangat terkawal.Mungkin pelajar ada kelas di bilik-bilik khas.

   Tetapi telahanku jauh terpesong.Budak-budak ada di kelas tetapi kebanyakannya sedang asyik membaca.Amboi!Rajin sungguh anak-anakku hari ni.Biasanya kalau tak memekak tak sah!Aku sempat menjenguk ke seorang pelajar lelaki yang juga sedang asyik menunduk membaca sebuah novel.Pelajar tersebut terkenal dengan samsengnya (Ala... samseng budak-budak.Apalah sangat.Tapi dia manja dengan aku) Anak murid aku tu rupa-rupanya sedang hanyut dibawa watak-watak dalam novel yang dibacanya.Puas aku pujuk untuk melihat tajuk novel di tangannya.Tetapi langsung tak ditunjukkannya.

   Tiba-tiba, seorang pelajar berkata, "Ala teacher!Dia malu sebab tengah baca novel cinta.Siap menangis lagi tadi tu!"

   Ooo...Itu kisahnya.Kata aku dalam hati.Patutlah dia malu, dia biasanya bukan main lagi samseng tiba-tiba menangis baca novel cinta!Tak macholah!Tapi aku salute pada novelis yang telah berjaya mencairkan hati jantan anak murid aku yang kononnya samseng tu.Cayalah!!!


   
Bila aku tanya anak-anak murid aku, novel apa yang popular, Coke and Sundae, dia orang jawab.Aku pun google dan dapatlah gambar kat atas tu.Ooo..ada kat blog rupanya dan aku pun terus follow.
( Kalau nak follow jugak novelis yang ramai peminat di kalangan anak-anak murid aku tu, klik je kat gambar tu)

Anak Ke-2
Yang tadi tu versi e-novel. Ini barulah novel yang telah pun diterbitkan.
Teringin jugak nak baca tapi aku sedang sibuk baca novel kat bawa tu.


Jom kita baca sama-sama!

p.s: Novelis yang melayu tu nama dia Ilya Abdullah.

Thursday, April 21, 2011

Blogging mesti pakai uniform dan naik bas!

   Aku yakin bukan aku seorang yang blogging dengan memakai uniform lengkap.Selain uniform, aku ( juga blogger-blogger lain) juga blogging dengan menaiki bas.Tanpa uniform dan bas aku yakin takde siapa pun dapat blogging.Tak kiralah blogger famous macam En.Ben Ashaari atau blogger cute comel macam Yuyu Zulaikha. Jangan tak percaya statement aku ni ye.Kalau tak percaya, maknanya kalian belum cukup ilmu menjadi seorang blogger.Tak percaya?Sila scroll down...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

URL = Uniform Resource Locator
[ a website address ]

&

USB = Universal Serial Bus 
[ A way of connecting equipment such as a mouse and printer to a computer using wires so that all the equipment can work together ]

( Betul tak apa aku kata?Takde uniform dan bus tu macam mana kita nak blogging kan?)

Contoh url

Contoh usb

Saya pun guna bas!

( Semua gambar dari album Cik  Google)

p.s: Ejaan uniform dalam BM ada 'r' tak?
[Banyak sangat cakap omputih, sampai confuse aku]

Wednesday, April 20, 2011

Hantu bungkus muncul di Pasir Gudang

   Hujan turut makin lebat.Kira-kira 5 minit lagi sampailah aku ke rumah.Sebelum itu, aku terpaksa melalui sebatang jalan yang terkenal dengan angker! (berhantu!)Ramai orang yang dah jumpa macam-macam.Tak peliklah kerana mula-mula tanah perkuburan Kristian kemudian selang 1 km tanah perkuburan Islam pulak.Jalan pulak tu fuhhh berombak-ombak!Kalah ombak tsunami lepas gempa bumi.

  Aku nak balik cepat!Selain untuk solat zohor, aku nak tengok Marimar!Apa entah khabar si Sergio yang hensem tu!Tapi dek kerana hujan dan keadaan pun agak gelap + berkabus, tak bolehlah kereta dipandu laju-laju.Kena slow and steady...Tiba-tiba, Ya Allah!!!!Apa tu?mengurut dada aku dibuatnya.

   Hantu!!!!!Bagai nak terkeluar jantungku!Betul-betul di tanah perkuburan Islam!Melambai-lambai di tepi jalan.Nak kata warna putih, tak pulak nampak putih.Makin lama makin hampir. 
Betul-betul nampak macam hantu bungkus.Jam waktu itu baru 2.00 petang tetapi suasana amat suram dengan hujan dan keadaan agak gelap.

   Oleh kerana aku tiada pilihan, kereta pun terus meluncur laju.Bila semakin hampir, aku makin berdebar.Rupa-rupanya.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pakcik tua ( penjaga kubur kot) pakai baju hujan.
Serious aku takut sebab aku memang penakut kot!


Tuesday, April 19, 2011

Dia bukan Ben Ashaari

   Aku nak minta tolong.Tapi aku tak tau nak minta tolong pada siapa.Aku tak sanggup kehilangannya.Kalaulah aku berpisah dengan si jantung hatiku ini, rasanya duniaku takkan berseri lagi.Bukan mudah aku membina hubungan yang telah terjalin sekian lama.Aku tak rela cinta kasihku diragut dari pelukanku!Biar putih tulang, namun putih mata tidak sekali!Selama ini setiap hari aku berdating dengan si jantung hatiku ini.Aku tau, dia tidaklah sehebat En.Ben Ashaari badan berketak-ketak atau sekacak Abg Terror yang akui memang terror.Tapi dia segala-galanya bagi aku kerana aku cintakan dia!

  .... oleh kerana darjah kerisauanku akan kehilangannya semakin memuncak, otakku pun seakan-akan kecut untuk terus bermain dengan bahasa.Jauh di lubuk hati, ku harap cinta kasihku akan tetap bersama menerangi hidupku selama-lamanya!Dia yang aku maksudkan adalah ....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Scarlett\
Scarlett's Petals , blog cinta hatiku...

Kesimpulan luahan hatiku
Bagaimana untuk menjamin supaya blog aku ni takkan hilang tiba-tiba?Manalah taukan!Jadi aku nak back up camana? 

Monday, April 18, 2011

Aku yang menurut perintah!

   Guru diwajibkan mencatat / merekod BMI pelajar dalam buku rekod supaya ibu bapa tahu sama ada anak mereka gedempol atau cikeding.Itulah lebih kurang terjemahan berita yang aku dengar di Nightline TV3 jam 12 malam tadi.Nampak gayanya bertambahlah lagi kerja guru. Bagi guru yang ikhlas bekerja, tentu 'No problem.Saya yang menurut perintah.' Tetapi bagi guru yang tak berapa nak ikhlas, tentu , 'Alah!Ingat cikgu ni nurse ke?Ada ke kita pulak yang kena rekodkan?Emak bapak goyang kaki je. Bab pendidikan oklah, bab kesihatan pun nak letak kat bahu cikgu jugak?Grrrr!!!!'

   Fikir pendek, aku setuju dengan kata-kata 'guru yang tak berapa nak ikhlas' tu.Orang cuma nampak guru banyak cuti.Orang tak nampak guru kena marah dengan laki sebab time nak tidur pun asyik nak menanda buku lagi.Tak siap menanda karang, emak bapak komplen kenapa tak menanda?

   Tetapi, fikir panjang, bukan semua ibu bapa berpendidikan. Suruh ibu bapa rekodkan BMI karang, ibu bapa minta gomen beri subsidi beli alat penimbang pulak.Bertambah pulaknanti budget gomen.Jadi jalan paing mudah, gurulah yang sepatutnya beli alat penimbang setiap seorang. Nak harapkan alat penimbang hak milik sekolah, karang kena ambil nombor pulak.Maklumlah satu kelas jumlah pelajar ada yang jejak 5o orang!Tapi... No problem!Sebab di dahi cikgu dah tercop,'Aku yang menurut perintah.' 

p.s: Tiba-tiba aku terbayang, seorang ibu tua dengan kain batik lusuh dan baju kuung yang telah kusam serta hilang bunga dan warnanya, dengan kaki berbekas selut kering, sedang terkial-kial mengira BMI 5 orang anaknya.( Hisss!!!Adegan yang tak sanggup aku tengok!)


Kami menurut perintah tau bukan lembu dicucuk hidung!

Apa komen cikgu Shida?
(Beri masa cikgu Shida fikir.Untung-untung dapat ilham buat video!)

Sunday, April 17, 2011

Mentor 5 TV3 dan ajinomoto

   Sambil-sambil blogging , aku jeling-jeling jugak Mentor di TV3.Not bad! ( Sebab ada Jejaka Hensem Malaya aka Salih Yaacob! dan Jefrideen ) Tambah pulak dengan persembahan Shiha ( betul tak aku eja ni) yang mantap.(Jealous aku tengok dia pakai kebaya.Macam kerengga badan dia!) 

  Tapi masa persembahan Ayish dan Uji Rashid, aku rasa macam ada sesuatu yang kurenggg!!! Macam lauk takde ajinomoto!Uji Rashid tu menyanyi entah apa-apa.Agaknya sebab umur dah meningkat kot jadi pitching pun semua dah lari.Sedangkan dulu, fulamak!Suara dia punyalah lemak merdu!Tak caya cuba klik kat sini.
  

   Masa tiga-tiga protege tu menyanyi lagu Jefrideen tu, aku tengok Ratna bukan main sakan menari.Sakit mata aku tengok sebab seluar merah dia tu ketat sangat.Macam tak pakai seluar!Keluarga dia kena tegur tu!Menyanyi, menyanyi jugak tapi kenalah jaga mana yang boleh dijaga.Kalau budak baru nak hidup takpe jugak, tapi Ratna tu dah 28 tahun dah!(Patutnya tak layak pun masuk sebab dah kebih 26.TV3 tak adil!!!)


   Keputusannya : Ratna - 76, Shiha - 63, Ayish - 45.  ( kalau silap maaf ye.Maklumlah, jeling-jeling TV sambil blogging) Apa-apa pun, kesimpulannya :Aku bukan suka sangat tengok Mentor!


p.s:Amboiiii!!!Tingginya sanggul Kak Pah (Bukan Kak Pah K-Poh tapi Kak Sharifah Aini).Cuba tanya hukumnya pada anakanda Alif tu.


     
Uji Rashid zaman dulu

    
Uji Rashid zaman sekarang
( Tiba-tiba lebat pulak bulu matanya)

Kak pah zaman dulu


Kak Pah zaman sekarang.

p.s: Aku pun Uji jugak!  ;-)

Bibirku bengkak akibat didera sidia...

   Telah lama benar aku ingin bercumbu rayu dengan dia.Rindu sangat-sangat.Bukan sebulan malah dah berbulan-bulan aku tak menyentuhnya.Bukan aku tak sudi tapi aku takut!Aku takut sangat-sangat.Aku tak sanggup terus-terusan didera.Hati dan perasaanku sakit!!!

   Tapi hari ini aku tak sanggup lagi menanggung rindu.Meskipun aku tahu akibatnya, aku sentuh juga dia.Dan akibatnya, kenikmatan yang sesaat meninggalkan kesengsaraan yang entah berapa jam akan berbekas di wajahku terutama bibirku!Aku sentuh dia jam 5 tadi dan serta-merta aku didera lagi!Dan kini, bibirku bengkak umpama bibir artis dot dot dot tersalah suntik botox!

    Namun biar wajah dan bibirku bengkak, blogging tetap blogging!

Inilah wajah penderaku!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... cik Otong!!!
Aku alergik sotong!!!

(Gambar hak milik shashinki.com)


Saturday, April 16, 2011

Macam anak kera...

    Aku baru je sampai ke rumah selepas bertugas di stadium membantu, memantau anak-anak band aku berlatih.Kebetulan ada pulak Majlis Penutup Karnival Sukan JCorp 2011.Jadi kami pun tumpang sekaki menonton persembahan pancaragam SIGS.Teruja nak tengok maklumlah siapa tak kenal pancaragam SIGS yang dah termashyur tapi persembahan dia orang hari ni macam kurang sikit terutama Colour Guard yang pakai baju oren skaf hijau berskirt hitam dan legging hitam tu.(Dah macam elf pulak aku tengok dia orang) Colour Guard yang aku cakap tu macam tak bersedia je.

   Tapi yang aku tak sabar nak tulis ni bukan tentang Colour Guard tu.Aku geram sangat nak tulis pasal tanggung jawab ibu bapa muda sekarang.Bayangkan ye.Majlis tadi tu kalau pun tak sepenuhnya majlis rasmi, sekurang-kurangnya hormatlah pada majlis dengan mengawal anak-anak yang belum pandai berfikir tu supaya duduk setempat.Ini tidak, bertentangan dengan pentas VIP tu aku tengok seorang budak perempuan dalam umur lebih kurang 5 tahun dan seorang budak kecik 3,4 tahun dibiar je main entah apa-apa.Bergayut di palang stadium pun ada.Kalaulah jatuh budak tu tak ke huru hara majlis?Dan yang paling parah, kalaulah budak tu cedera parah.Lepas tu kang sibuk nak saman MPPG sebab tak sedia persekitaran yang selamat.Bising jangan katalah, ibarat kera baru keluar hutan!(Kasar bahasa aku tapi itulah kenyataannya)

  Gejala ibu bapa seronok lepas tangan tengok anak buas tak bertempat ni pun aku tengok selalu berlaku di masjid terutama di majlis-majlis ilmu.Apalah salah, ibu atau bapa jegil ( ke jengil?Lupa pulak BM aku) kan mata bagi warning kat anak-anak supaya jaga disiplin dan hormatkan majlis.Kalau degil sangat beri je cubitan ketam manja sikit supaya kecik-kecik lagi dia orang tau apa itu disiplin.Ini tidak, emak bapak tumpang bangga dan tak malu senyum tengok keletah anak yang buat orang lain gerammmm je.Akibatnya sampai ketua lah budak-budak tu takde disiplin.Maka macam nak terlerailah tulang cikgu-cikgu nak mengawal disiplin budak-budak tu bila dah sekolah!Siapa yang susah?Akuuuu juga! ( Mewakili cikgu-cikgu lain)

Yang tak tau elf tu apa,tengoklah gambar yang aku pinjam dari Cik Google ni.


  
Seksi pulak elf ni

Yang pakai skaf hijau tulah budak Colour Guard SIGS.
( Macam elf tapi comel)

Anak kera pun tau duduk diam!
(gambar semua Cik Google punya)

Hentian Puduraya :Maafkan aku..

   Puduraya, semua orang tahu.(Rasanyalah)Hari ini, 16 April 2011, Hentian Puduraya yang telah dinaik taraf, akan mula beroperasi semula.Walau pun aku bukan anak jati Kuala Lumpur, namun Puduraya membawa seribu kenangan buatku.Selama setahun aku berulang alik setiap minggu dari Bandar Tun Razak ke Pasir Gudang.Hinggakan penjual tiket Zulco ( kemudian ditukar Zuco) pun dah cam muka aku.

   Habis kuliah biasanya dalam pukul 12 tengah hari.Kemudian aku terus ambil bas ke Puduraya.Tiket jam 4.00 petang.Maknanya lama juga aku terpaksa menunggu di Puduraya.Jika surau dibuka, aku duduk di luar surau.Jika surau ditutup ( aku tak beranilah lepak-lepak kat luar surau tu sorang-sorang) aku duduk je di platform 16 sambil membaca buku.Banyak kenangan yang tersimpan tetapi satu-satunya yang tak mampu aku lupakan adalah kenangan didatangi seorang anak remaja belasan tahun.

   Waktu itu aku sedang duduk membaca di paltform.Anak remaja lelaki tu datang padaku dengan wajah sedih.Dia beritahu datang dari Kelantan mencari abang di Kuala Lumpur.Kononnya dompetnya dicuri orang.Dia meminta duit untuk tambang balik ke Kelantan.Kebetulan waktu itu, memang aku  bawa wang lebih.Tapi, syaitan telah menghasutku agar tidak menolongnya dengan pelbagai prasangka buruk.Jadi aku tak menolong.Bila bas tiba, aku pun terus bergegas menaiki bas tanpa mempedulikannya yang terus merayu dan kemudian aku langsung tak ingat pada anak remaja tersebut.

   Beberapa minggu kemudian, seperti rutinku yang biasa, aku duduk lagi di Platform 16 menunggu waktu bertolak.Tiba-tiba aku terlihat kelibat anak remaja yang sama, dengan baju dan kopiah putih yang sama ( namun jelas kelihatan lusuh).Dan alangkah terkejutnya aku kerana dia kelihatan seolah-olah hanya tinggal kulit dan tulang.Mungkin selama beberapa minggu selepas aku berjumpa dengannya, hidupnya tak tentu dan merempat.Mungkin benar dompetnya dicuri.Mungkin aku silap berprasangka buruk padanya.Lalu aku cuba dekati dia namun, orang berpusu-pusu dan kebetulan bas yang ku tunggu pun tiba.

   Sehingga kini, aku benar-benar menyesal kerana gagal membantu orang yang memerlukan.Betapa aku terlalu mementingkan diri sendiri.Tapi bak kata orang, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.Aku hanya mampu memohon kemaafan dari jauh dan mendoakan keselamatannya.

Bila terlihat saja bangunan ini dari bas 122, hatiku berdebar-debar kerana bimbang tiket bas habis untuk pulang.


Beginilah sesaknya Hentian Puduraya yang aku kenal dulu.


Inikah rupa Hentian Puduraya yang baru?