Sebenarnya dah lebih seminggu aku hadapi masalah ni.Tak taulah nak luah kat siapa.Jadi jalan terbaik adalah dengan menyiarkan entry khas tentang masalah aku tu.Aku pun tak tau apa penyebab masalah aku tu iaitu aku tak boleh langsung masuk umah Abg Terror.(Aku nk letak link pun tak berani) Puas aku cuba tapi tetap pintunya berkunci.Dengan mangga besar pulak tu.Aku tak sedap hati kerana bagi aku aku wajib singgah umah Abg Terror tu.Bukan sebab kami ada hubungan istimewa ke apa, tapi kerana bagi aku dialah mentor aku dalam dunia senyap tanpa suara ni.Ala-ala mentor gitu.Jadi tak manislah kalau aku langsung tak singgah umah dia sedangkan aku tau dia nampak nama aku di merata rumah yang aku singgah.Entah-entah dia kata aku tak kenang jasa pulak.Header aku tu pun dia yang tolong buat.
Aku tak tau kenapa tiap kali aku ketuk pintu umah Abg Terror tu, Cik Lenovo ungu aku ni mesti mogok.Terus hanging!Lepas tu keluar mesej 'Kill the page' lah, not responsivelah... geram betul aku.Nak kata Cik Lenovo Ungu aku ni demam, ok je bila aku ajak berjalan ke rumah orang lain.Tapi bila ajak je gi umah Abg Terror, dia mula tarik muka masam.Hiss!Tak faham betul aku.Nak tanya sebarang doktor, aku ni jenis yang kurang percaya kat orang yang aku tak biasa.Doktor yang biasa tolong aku pulak bilalah nak balik dari UIA!Adik aku aka doktor tulah satu-satunya yang aku percaya untuk buat medical check up atas Cik Lenovo aku ni.Nak check sendiri, takut pulak masuk ICU jadinya.Terus aku tak dapat blogging.Mau pitam aku!Cik Nuffy pun bye, bye kat aku nanti.
Kesimpulannya : Aku nak minta maaf kat Abg Terror sebab kurang gi umah dia akhir-akhir ni.Bukan aku tak sudi, tapi tulah yang aku cerita masalah aku tu.Kalau ada sesiapa boleh tolong rekomen apa-apa ubat, rekomenlah kat aku.Aku guna Google Chrome.Rasa macam kena sihir pulak!
Inilah Abg Terror yang aku maksudkan tu.
12 comments:
cik scarlett pakai chrome ek? try guna mozilla... mesti boleh masuk... saya masuk blog abg teror guna mozilla... ok... takdak masalah punya..
ada virus ekkk... oo.. guna chrome je boleh detect.. kalo guna mozilla takde kuar pape rasanya... ngee... kena gtau abang yang terer niii
akak pun bila masuk blog abgteror lambat jer tapi tak de lah hang...ramai yg kena dgn blog abgteror ni..mesti ada yg tak kena..
Aik..ingatkan Ellen ja ada masalah ni..tu pasal bila nampak abg terror p umah ellen...ellen tenung ngan sedih sekali sebab tak nak lappy ni hang...sebenarnya bukan bang terror tu ja..kat blog Amboi pun sama...tlg sampaikan ni pada abg terrer tu ya,,suh dia jampi serapah..hahahhaa
haa sama jugak dgn bee blog lain tk pernah kena cam tu , tapi kalau pakai mozilla firefox dan pergi ke blog abg teroro tu ok ler pulak!..tapi bee suka pakai chrome tk best pakai firefox..
To sayanakhiburan:Mula-mula dulu guna Internet Explorer.Pastu guna Firefox.Skrg guna Chrome pulak.
To cekodok:Mintak2 Abg Terror dah maklum masalah ni.
To Kak Pah : kalau Kak Pah jumpa Abg Terror, tlg maklumkan kat Abg Terror ye.
To Ellen: Yelah Ellen.Sediiiiiih sangatkan?Tu yang buat saya tulis entry ni.
To Puan Bee:Mmg best pakai Chrome kan?Selalu alert bila ada apa2 kan?Kalau musang tu asyik tdo je kan?
assalam scarlett..akk pun sama, semlm masuk umah abgteror guna chrome gak....terus hang. x tau apa sbbnya. 2x pg, 2x hang, ingatkan akk je
Semalam saya dah sms Abg Teror dan hari ni dia dah letak kat blog dia ttg masalah yang dihadapi tu. Better guna Mozilla jika nak kesana.
Post a Comment