Saturday, April 16, 2011

Macam anak kera...

    Aku baru je sampai ke rumah selepas bertugas di stadium membantu, memantau anak-anak band aku berlatih.Kebetulan ada pulak Majlis Penutup Karnival Sukan JCorp 2011.Jadi kami pun tumpang sekaki menonton persembahan pancaragam SIGS.Teruja nak tengok maklumlah siapa tak kenal pancaragam SIGS yang dah termashyur tapi persembahan dia orang hari ni macam kurang sikit terutama Colour Guard yang pakai baju oren skaf hijau berskirt hitam dan legging hitam tu.(Dah macam elf pulak aku tengok dia orang) Colour Guard yang aku cakap tu macam tak bersedia je.

   Tapi yang aku tak sabar nak tulis ni bukan tentang Colour Guard tu.Aku geram sangat nak tulis pasal tanggung jawab ibu bapa muda sekarang.Bayangkan ye.Majlis tadi tu kalau pun tak sepenuhnya majlis rasmi, sekurang-kurangnya hormatlah pada majlis dengan mengawal anak-anak yang belum pandai berfikir tu supaya duduk setempat.Ini tidak, bertentangan dengan pentas VIP tu aku tengok seorang budak perempuan dalam umur lebih kurang 5 tahun dan seorang budak kecik 3,4 tahun dibiar je main entah apa-apa.Bergayut di palang stadium pun ada.Kalaulah jatuh budak tu tak ke huru hara majlis?Dan yang paling parah, kalaulah budak tu cedera parah.Lepas tu kang sibuk nak saman MPPG sebab tak sedia persekitaran yang selamat.Bising jangan katalah, ibarat kera baru keluar hutan!(Kasar bahasa aku tapi itulah kenyataannya)

  Gejala ibu bapa seronok lepas tangan tengok anak buas tak bertempat ni pun aku tengok selalu berlaku di masjid terutama di majlis-majlis ilmu.Apalah salah, ibu atau bapa jegil ( ke jengil?Lupa pulak BM aku) kan mata bagi warning kat anak-anak supaya jaga disiplin dan hormatkan majlis.Kalau degil sangat beri je cubitan ketam manja sikit supaya kecik-kecik lagi dia orang tau apa itu disiplin.Ini tidak, emak bapak tumpang bangga dan tak malu senyum tengok keletah anak yang buat orang lain gerammmm je.Akibatnya sampai ketua lah budak-budak tu takde disiplin.Maka macam nak terlerailah tulang cikgu-cikgu nak mengawal disiplin budak-budak tu bila dah sekolah!Siapa yang susah?Akuuuu juga! ( Mewakili cikgu-cikgu lain)

Yang tak tau elf tu apa,tengoklah gambar yang aku pinjam dari Cik Google ni.


  
Seksi pulak elf ni

Yang pakai skaf hijau tulah budak Colour Guard SIGS.
( Macam elf tapi comel)

Anak kera pun tau duduk diam!
(gambar semua Cik Google punya)

7 comments:

Fantastic Ajane said...

FA pun mmg selama ni geram dgn parents yg x pandai kawal anak2 semasa funtion berjalan... ada masalah blh pla guru yg disalahkn..

kiz said...

apa boleh buat sabar je lah..

kpah k-poh Sharifahnor said...

bab ibubapa yg biarkan anak2 bertebaran ni memang akak geram sungguh...agaknya mereka ni senang beranak..tu yg tak kisah keselamatan anak...

Uji Hussein said...

To fantastic Ajane : Bila budak2 tu buat salah terutama bila dah sekolah, cikgu jugak yang kena kata tak pandai ajar disiplin.

Uji Hussein said...

To kiz:Insyaallah selagi boleh sabar..

Uji Hussein said...

To kakPah:Agaknya macam tulah kak pah.Kalau boleh dia orang nak pasang remote control je mcm main kereta control.

LindaRahim said...

senang x payah bawak anak...xpun dgn mak2 nye skali xyah dtg...hihi..

Post a Comment