Geram punya pasal aku pulun buat scheduled post sampai 14 hb.Sibuk nak berkempen agaknya aku lepas ni.Maklumlah kan parlimen dah bubar.Aku tengok banyak rumah dah pasang bendera parti dari dulu lagi.Rumah aku pun ada tau.Tapi, rahsialah.UNDI PUN RAHSIA.Kan?Kan?Kan?
Ala.... boring cerita pasal politik.Aku lebih rela cerita pasal 1001 kisah anak-anak murid aku di sekolah.Minggu ni, seminggu anak murid aku yang misteri + pemalu tu mintak bercuti.Ibunya telefon kerana ada masalah.Mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat lain yang tak memungkinkan anak murid aku tu ke sekolah.Aku dah agak dah.Mesti masalah dengan spesis bernama laki.Dengan kata lain spesis bapak biawak yang tak pernah tahu tanggung jawab.
Kenapa ye.Makin maju dunia dan makin ramai orang yang tinggi ilmu, makin ramai juga spesis bapak biawak.Mana silapnya?Orang perempuankah yang bersalah sebab mudah sangat jatuh hati pada spesis bapak biawak perasan kacak tapi habuk pun tadak!Cakap berdegar-degar tapi kucing dengar pun rasa nak ketar!Cis!Kalau aku ada kuasa, aku tukar bapak-bapak biawak tu jadi cicak!Boleh aku penyek lenyek-lenyek!Hidup menyusahkan orang!
Pendek kata, punyalah ramai spesis bapak biawak ni, ibarat perbandingan, aku gerak seinci je aku dah terjumpa seekor.Tu yang makin ramai anak-anak murid aku merana dalam suka.Apa taknya, hari-hari nak menghadap bapak biawak cuma tahu nak bertekak!Emm...... Kesian anak murid aku yang pemalu tu.Dek kerana bapaknya spesis biawak, terpaksalah dia anak beranak berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah.Memang dasar s****n!Tak tau ke nak kau tu nak ambik SPM?
1 comments:
hehehh....biawak komodo ker??sabo je lah...for fair n squere....x leh salahkan sebelah pihak....maknenye mungkin ade mende yang kite x tau...so,bagi sy dua-dua pon salah...hehehe...jan marah yea...
Post a Comment