Wednesday, April 3, 2013

Kuih tradisional orang Jawa

   Agak-agak, tau tak jenis-jenis kuih tradisional orang Jawa?Kalau tanya akulah, yang terbayang di  mata cuma kuih bongko.Itu pun sebab kuih bongko tu masih lagi dihidangkan di majlis-majlis perkahwinan di kampung aku.Jenis kuih-kuih yang lain tu, aku pun kena study balik.Maklumlah, bukan senang nak dapat resipi kuih-kuih lama ni.Meh, tengok gambar kuih bongko dulu.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Resipi aku pun lebih kurang sama dengan sumber di atas cuma boleh juga digantikan pisnag tu dengan nangka yang ranum.Kuih ni, aku tak berapa suka masa kecik-kecik dulu sebab isinya melekit tapi bila dah tak berapa kecik ni, macam sukalah pulak.

   Selain kuih bongko,orang Jawa juga suka sangat kuih wajik kerisik.Yang ni favourite aku.Suka rasanya yang manis berlemak.Cara buatnya?Alah mak!Aku kena tanya orang yang pakar sebab aku pun tak tau.Tau makan je.


Kuih wajik kerisik
Nasib baik boleh pinjam gambar dan resipi di sini. Bolehlah nak try.


   Kuih seterusnya aku rasa semua orang tau iaitu kuih rempeyek.Diulang ye, rempeyek bukan tempeyek.Kuih ni yang paling aku suka sekali terutama yang asli iaitu nipis, rangup, lemak dan aduhai...Tak tau nak kata.Meh tengok gambar.


   Next, adalah adik beradik kembar tak seiras kuih rempeyek iaitu kuih tumpi.Ada orang panggil kuih tumpi ni rempeyek juga tapi aku tetap kata nama dia kuih tumpi.Iyelah....Kuih rempeyek bulat.Kuih tumpi ni mana ada bulat?Kan?Kan?


Kuih tumpi

   Resipi kena google nampak gayanya.Gambar ni pun aku pinjam Google je.Untuk kuih-kuih selanjutnya, silalah interview Mak Mah Ruminah Sidek,emak Adlin Aman Ramli.Boleh?
   

1 comments:

Post a Comment