Sunday, April 7, 2013

Nak date dengan ayah

    5 hb April adalah hari jadi ayah ke 76.Alhamdulillah.... ayah masih sihat.Niat nak buat pulut kuning.Makan ramai-ramai anak beranak.Tapi belum sempat lagi.Jumaat, di sekolah sampai pukul 6 petang.Sabtu, pagi ada mesyuarat agong PIBG sampai pukul 2.Balik rumah sekejap.Pukul 8 sampai 11.30 malam, di sekolah lagi kerana Program Pelancongan Koperasi Sekolah.Hari ni, Ahad, mudah-mudahan, dapatlah aku ke rumah ayah.Tak dapat makan pulut kuning, dapat duduk borak-borak sambil kunyah jemput-jemput bilis pun ok juga.Oh ya.Aku nak bawa pucuk belinjau untuk buat lauk di rumah ayah.Kebetulan jumpa pucuk belinjau di pasar malam Jalan betik.Mahal sungguh.Seikat dengan 10 helai daun harga seringgit.Oklah..Aku siap-siap dulu nak ke rumah ayah.


  

1 comments:

cik beLLanan said...

happy belated birthday pakcik ! kemsalam ayah ye nanti :)

Post a Comment