Alhamdulillah....Langsir aku dah siap.Walau pun murah, aku puas hati kerana ia hasil tangan ku sendiri.Tak payah upah orang.Corak bunga-bunga ros dengan tapak putih cukup memberikan ketenangan bila ku pandang.Bunga-bunga tu mula-mula tengok macam purple tapi bila dah pasang, lebih warna pinklah pulak!Nasib baik masih padan lagi dengan tema yang aku suka sangat tu.Ala... apa lagi,ala-ala Inggeris yang aku suaikan ikut suka sesedap rasa sesuai bajet kocek aku.
Cerita pasal langsir, aku pelik tengok setengah-setengah orang tu.Sanggup berhabis sebab nak tukar langsir baru tiap-tiap tahun.Aku tukar langsir baru pun sebab tersalah rendam langsir lama dengan clorox.Habis bercapuk-capuk.Kalau tak, aku masih guna lagi langsir lama aku tu.Jimat.Tapi, iyelah, orang lain tu berduit.Tu yang tak kisah tu.Cuma jangan bio pape asal beghaya, udoh le,kata orang Perak.
Bab kuih raya pun sama.Kalau sebalang kuih, dengan jumlah 50 biji, harganya RM25, aku rasa tak berbaloi.Baik aku beli kerepek pisang lagi sedap.Lagi pun kuih moden ni bukan tahan lama.Rasa pun muak.Rupa memanglah cantik.Selain kerepek, budak-budak suka jenis-jenis 'jajan'.Contohnya jajan perisa lobster yang aku beli tu.2 kilo baru RM9.Selain sedap, budak-budak suka.
Satu lagi yang budak-budak suka adalah agar-agar kering.Agar-agar ni nak buat memang tak reti jadi beli jelah.Tapi belum jumpa pulak lagi.Nak letak mashmallow mahallah pulak.Tak berbaloi.Tak pun aku beli je gula-gula yang pembalutnya ada gambar udang tu.Budak-budak pun suka.Zaman kecik dulu, aku paling suka gula-gula yang aku panggil gula-gula bantal ni.
Aik!Merapu dah aku.Balik cerita langsir tadi, ada masa bolehlah aku kongsikan gambar sebagai kenang-kenangan.Buat masa ni masih tetap sibuk dengan kerja sekolah.Beginilah nasib murid sekolah tua macam aku.Nasib baik gaji dah naik.Hish!Merapu lagi.Akhir kata, cewah, macam surat pulak, jom tengok gambar gula-gula bantal yang aku pinjam dari Google ni.Tapi tahan godaan ye.Maklumlah, kan puasa!
1 comments:
Jimat la duit buat langsir sendiri....
Post a Comment