Monday, May 26, 2014

Cara jana pendapatan melalui blog.

   Bagaimana menjana pendapatan melalui blog?Soalan ini banyak jawapannya.Maklumlah lain blogger lain caranya.Cubalah google tentu ada blogger-blogger yang update entry pasal tu.Kalau aku sendirilah, takdelah banyak mana aku menjana pendapatan dari blog.Setakat boleh bayar bil telephone dan internet je.Niat asal blogging pun bukan apa.Cuma teringin nak kongsi pengalaman hidup terutama sebagai seorang guru.Nak menulis dairi, aku jenis malas nak berkawan.Blog aku ni pun bukan macam blog cikgu-cikgu lain yang penuh dengan KBAT, HOTS,PISA, dan macam-macam lagi.Blog aku blog anchovy je.Setakat tulis apa yang aku rasa nak kongsi.Jadi, manalah ada pendapatan sangat.Jadi kalau ada yang tanya, Bagaimana Cara Menjana Pendapatan Dari Blog, jawapan aku, jadi diri sendiri jelah.Kalau tak faham, sila berguru pasal blogging banyak-banyak.Rajin-rajin ketuk pintu rumah blogger-blogger terkenal.Contohnya Ben AshaariHasrul Hassan dan ramai lagilah.Dengan kata lain, perlu betul-betul rajin dan ada komitmen.Kalau setakat suka-suka macam aku, manalah boleh jana pendapatan lebih.Ye dak?

-
-
-
-
-
-
-
-


Dahlah Nunez.Jangan dok berangan nak jadi blogger macam mak.
Baik tolong jaga pokok bunga mak tu jangan bagi Si Panji tembak.
Nunez ( Kucing aku yang tengah termenung tu.Nama sempena pemain JDT Nunez Gonzale)
Panji ( Kucing aku juga.Nama sempena watak dalam sinetron apa entah)

   

1 comments:

Ayuni Sara said...

huhu...sama lah dengan sy ni...sy berblogging xtrpikir pon nak mnjana pndapatan.juz share psl diri..hikhikhik

Post a Comment