Wednesday, May 21, 2014

Entry tenggelam timbul.

   Alhamdulillah..... Walau pun Cik Lenovo aku masih koma, aku masih lagi dapat update blog walau pun cuma sesekali.Dengan kata lain, Cik Lenovo yang koma bukan penghalang untuk aku blogging.Yeahhh!!!Semangat gitu walau pun bengang juga kerana tak dapat nak merayau seperti selalu.Apa pun , terima kasihlah kepada mereka yang masih sudi melawat ke blog aku yang masih nyawa-nyawa ikan ni.

   Perkembangan terkini, aku masih lagi berulang-alik ke Hospital Sultan Ismail.Tak de yang serius cuma untuk kawalan kolesterol je. Doktor kata kena diet betul-betul kalau tidak takut kena serangan jantung.Iyelah tu.Aku ikut je.Cuma yang tak gemarnya kena ambil darah cucuk sana-sini yang betul-betul menyakitkan.Aktiviti lain seperti biasa, sekolah, layan anak-anak murid, sambut Hari Guru, dan macam-macam lagilah... Insyaallah, bila keadaan mengizinkan, macam-macam aku nak share.Tunggulah ye. Muahh!

0 comments:

Post a Comment