Nak tolong mak siram bunga ke bu?
Rajinnya ibu!
Dah tak rindu Yai lagi ye?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
IBU adalah nama kucing aku di atas.Asalnya ibu ni kucing ayah aku ( Yai = atuk)Mula-mula ayah jumpa di masjid.Ayah beri makan.Tak lama kemudian Ibu ikut ayah balik.Jadi ayah pun belalah si ibu ni sampai dapat anak nama Belang.Tapi ayah tak larat nak bela 2 ekor.Ayah bela si anak je sebab Belang belum pandai jaga diri.Ayah pun hantar Ibu 3 kali ke taman perumahan bersebelahan dalam jarak 8 km.Eh!Setiap kali itulah Ibu ni balik rumah ayah.Masa tu Ibu bunting.Kesian aku tengok Ibu.Bapaknya kami gelar Samseng Kampung sebab rupa macam samseng ala-ala 6 jahanam dan kerjanya meronda satu kampung.Dahlah perut memboyot, Ibu jadi trauma terlampau bila nampak orang.
Jadi, aku pun pungutlah si Ibu bawa balik.Huiii!!!Kuat betul kasih sayang Ibu pada ayah.Aku bawak balik pagi, petang Ibu dah sampai rumah ayah.Begitulah selama beberapa kali.Jarak rumah ayah adalah dalam 1 km.Bila Ibu beranak di rumah ayah, aku biarkan je 2 minggu.Tunggu baby besar sikit untuk aku bawak balik.Tapi bila aku bawak balik, semua anak Ibu mati.Huhuhu!Ibu pun jadi meroyan.Sekejap balik rumah ayah, sekejap balik rumah aku.Pernah sekali Ibu mengiau depan pintu rumah ayah pukul 1 pagi.Rindu sangat agaknya Ibu pada ayah.
Tapi, lama-kelamaan, Ibu dapat terima aku sebagai emak dia yang baru.Aku sayang Ibu.Hari-hari aku peluk, aku cium dan aku bercakap dengan Ibu.Dan sekarang, Ibu dah tak balik dah rumah ayah.Ibu pun dah ada 2 ekor anak baru yang aku namakan Chika dan Chacha.Cukuplah keluarga aku.Panji sebagai bapak, dengan dua bini bermadu, Ibu yang aku ceritakan ni, yang aku panggil Ibu Putih dan seekor lagi kucing yang aku pungut aku namakan Ibu Kuning.Mereka bahagia dengan 6 ekor anak.2 ekor anak Ibu Putih, 4 lagi anak Ibu Kuning iaitu Nunez, Eli, Mika dan Kasmir.Bukti mereka bahagia adalah : Tak kira anak siapa, kedua-dua ibu akan sama-sama menyusukan.Bahagiakan? Hehehehe!
Yang ini Nunez anak Ibu Kuning tapi bulunya macam Ibu Putih.
Yang ini Eli anak Ibu Kuning juga.Pun langsung tak de ciri-ciri kuning.
0 comments:
Post a Comment