Wednesday, December 30, 2015

Cantiknya si Mira Filzah

   Dah tamat pun cerita AKULAH BALQIS petang semalam.Sebenarnya aku kurang minat menonton drama Melayu.Maaf, bukan nak rendahkan drama Melayu tapi memang aku kurang minat.AKULAH BALQIS ni pun aku ikuti dari siri pertama kerana barisan pelakonnya yang hebat.Terutama si PUTERI BALQIS AZIZI.Tambah lagi dengan Aeril Zafril, Nabila Huda, Fazlina Dato' Ahmad Daud dan Si Ju tu sama entah nama dia, yang aku label sebagai pelakon gred A.

   Bila tamat siri AKULAH BALQIS, cuba juga menonton cerita yang baru, CINTA SI WEDDING PLANNER  tapi nampaknya siri pertama tak berjaya mengikat minat aku.Tak pelah.Ramai lagi peminat drama Melayu yang menonton.Bagi yang mula lekat di depan TV untuk menonton CINTA SI WEDDING PLANNER ni, jangan sampai lupa kewajipan yang utama.Ala yang 3 rakaat tu.Tentu lepas ni makin popular si cantik manis MIRA FILZAH.

Gambar Cun Mira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Gambar MIRA FILZAH di blog HASRUL HASSAN.
Hui!!Memang cantik anak dara ni.

7 comments:

Anonymous said...

ASSALAMULAIKUM...SIS aka TEACHER,AKULAH BALQIS ITU BAGI SAYA MENARIK BUT DRAMA TERBARU KURANG MENYENGAT SEDIKIT...HOPE SIS aka TEACHER REPLY LAH KOMEN DRPD BAKAL ANAK MURIDMU UNTUK TAHUN 2016 INI...HEHE...

Mia Liana said...

memang cantik orangnya.... lamanya mia tak ke sini. rindunya kat kak scar..


pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

arzmoha said...

singgah dari blog kak mia....saya pun dah kurang ikuti perkembangan drama melayu sekarang ni...masa habis melihat perkembangan anak, teman dia bermain dan sebagainya...

done follow blog...

Uji Hussein said...

Terima kasih Nabila kerana sudi singgah blog teacher.Maaf, kerana baru je sempat jenguk blog.Moga lepas ni makin rajinlah singgah. :)

Uji Hussein said...

Terima kasih Mia kerana sudi terima penyertaan akak.Rindu juga kat Mia sbb dah lama tak bw. Harap lepas ni akak dapat lebih aktif macam dulu. Muah!Muah!

Uji Hussein said...

Terima kasih aRz MoHa kerana sudi singgah.Kalau ada yang betul-betul menarik baru akak menonton drama Melayu tapi Cinta Si Wedding Planner ni kurang berjaya mengikat akak depan TV.

She Is Farahain said...

dia memang cantik pun.hehhe..

Post a Comment