Dah tamat pun cerita AKULAH BALQIS petang semalam.Sebenarnya aku kurang minat menonton drama Melayu.Maaf, bukan nak rendahkan drama Melayu tapi memang aku kurang minat.AKULAH BALQIS ni pun aku ikuti dari siri pertama kerana barisan pelakonnya yang hebat.Terutama si PUTERI BALQIS AZIZI.Tambah lagi dengan Aeril Zafril, Nabila Huda, Fazlina Dato' Ahmad Daud dan Si Ju tu sama entah nama dia, yang aku label sebagai pelakon gred A.
Bila tamat siri AKULAH BALQIS, cuba juga menonton cerita yang baru, CINTA SI WEDDING PLANNER tapi nampaknya siri pertama tak berjaya mengikat minat aku.Tak pelah.Ramai lagi peminat drama Melayu yang menonton.Bagi yang mula lekat di depan TV untuk menonton CINTA SI WEDDING PLANNER ni, jangan sampai lupa kewajipan yang utama.Ala yang 3 rakaat tu.Tentu lepas ni makin popular si cantik manis MIRA FILZAH.

Gambar MIRA FILZAH di blog HASRUL HASSAN.
Hui!!Memang cantik anak dara ni.
