Oleh kerana SAPS @Sistem Analisis Sekolah masih ditutup untuk key in markah peperiksaan akhir tahun, aku merayap la kejap ke blog-blog yang telah berapa zaman entah aku tak jenguk.Kemudian aku, tengok balik setting dan layout blog aku sendiri ni.Fuh!Banyak benda dah aku lupa.Maklumlah aku start blog aku ni tahun 2010.Sekarang ni dah tahun 2019.Cepat sangat masa berlari.Bila baca balik entry-entry lama yang aku pos, boleh mengalir airmata kerana kelakar dan sedih.Dua-dua bercampur.
Kelakar kerana banyak kenangan lucu zaman silam yang aku kongsikan.Sedih pulak kerana dalam tempoh 9 tahun tu, macam-macam perkara aku lalui.Syukur Allah masih panjangkan nyawa aku.Kalau tidak, Scarlett O'Hara (nama yang aku guna untuk blogging) hanya tinggal nama. Pertama kerana aku pernah rasakan yang dunia ni sangat kosong.Tiada yang dapat buat aku bahagia.Zahirnya aku gembira tapi batin aku tersiksa.Macam-macam aku korbankan untuk bahagia tapi akhirnya aku yang terkorban.
Syukur alhamdulillah dengan sedikit kesedaran dalam jiwa, aku cepat mencari yang pakar.Biarlah orang kata aku gila.Aku tak kisah kerana aku tahu hanya itu jalan yang terbaik iaitu berjumpa dengan pakar.Doktor diagnos aku dengan major depressive disorder.Aku stress tahap mampu boleh bunuh diri @ terbunuh diri.Stress melampau juga penyebab aku mendapat satu lagi penyakit yang biasanya memang akan membunuh.2013, tahun yang sangat mencabar kerana aku berperang untuk hidup.Aku berjuang untuk bangun.Aku ingin mati tapi separuh jiwaku ingin aku terus berdiri.
Hasil pertemuan dengan doktor, doktor sarankan aku mencari punca utama aku stress dan hapuskannya.Tak susah untuk aku kenal punca aku stress tahap nak mati tu.Aku ikut nasihat doktor di samping cuba kuatkan iman.Alhamdulillah, aku berjaya.Tahun 2017 aku bina hidup baru.Tapi sejujurnya aku tidak meletakkan 100% kepercayaan untuk terus bahagia kerana aku tahu apa-apa kemungkinan akan berlaku.Andai bahagia itu cukup sekadar sebentar cuma, aku redha kerana aku telah temui sesuatu untuk mengisi jiwaku yang pernah kosong.Andai esok aku pergi ke alam baru, aku pasrah kerana aku tak punya hak untuk menyatakan tidak.Sungguh pun demikian, selagi Allah pinjamkan nyawa untukku, aku akan cuba terus mencari bekal ke alam sana.
Ini bukan aku.
Aku pinjam Google.
0 comments:
Post a Comment