Tuesday, November 5, 2019

Aktiviti berfaedah cuti sekolah

   Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula tak lama lagi secara rasminya iaitu mulai 22 November 2019.Walau pun demikian, ada kelas-kelas yang telah pun mula bercuti kerana peperiksaan SPM fasa 2 yang bermula hari ini.Ini untuk anak-anak murid.Untuk guru cuti akan bermula secara rasminya pada 29 November di sekolah aku.Macam biasa, hujung tahun adalah masa yang paling sibuk kerana kami wajib menyelesaikan semua tugas dan masalah.Senarai semak disediakan oleh pihak sekolah untuk rujukan.

   Apakah aktiviti yang paling sesuai untuk anak-anak sepanjang cuti>Pergi holiday?Bermalas-malasan di rumah?Bagi aku seorang guru lama, aku cadangkan anak-anak isi masa dengan membuat kaji selidik atau post mortem kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pelajar.Contohnya kalau ada 14 subjek, tengok semula subjek mana yang lemah dan buat sesuatu untuk subjek tersebut.Mulakan ulang kaji awal untuk peperiksaan-peperiksaan besar.Atau pun sekurang-kurangnya buat apa saja latihan sama ada pengukuhan atau pemulihan bagi tajuk-tajuk yang patut.JANGAN ASYIK HOLIDAY@ HONEYMOON je.

   Selain daripada itu, anak-anak boleh juga mengisi masa dengan menambah amal akhirat atau ilmu agama.Cari ustaz atau ustazah yang boleh membimbing kalau mampu.Kalau tidak,bacalah apa-apa buku agama yang banyak di perpustakaan.Atau pilihan paling mudah, latih kelancaran mengaji Al Quran.Ini bagi yang muslim la.Yang non-muslim, belajar hal agama masing-masing.Mudah-mudahan dengan cara ini, hati anak-anak kita akan lebih lembut dan lebih mudah untuk menerima pelajaran.Ibu bapa boleh la jadi fasilitator di rumah.Luangkan sedikit masa dengan anak-anak.

   Mengerjakan hobi juga adalah alternatif yang sangat berguna untuk mengisi masa terluang cuti sekolah.Ikut la hobi apa yang anak-anak suka.Ibu bapa main peranan sebagai pemantau dan kaunselor.Kalau ada masa, duduk sekali dengan anak-anak.Anak-anak akan rasa dihargai dan disayangi.Dengan izin Allah, tiada jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.Hasilnya anak-anak lebih mudah bekongsi suka duka dan apa juga masalah.Untuk jangka panjang, ia akan membantu kita untuk mengelakkan anak-anak terlibat dengan gejala yang tidak baik.

   

1 comments:

gnesop said...

bercuti plg best time cuti sekolah
tp kalau xda bajet dok rumah bercuti di rumah je la.. huhu

tq sbb singgah melawat sop ye :)

Post a Comment