Saturday, April 24, 2021

Dakap aku erat dalam dakapanmu...

 Hari ini,24 April 2021.Hampir setahun aku langsung tak menjenguk Scarlett's Petals ni.Bukan aku lupa cuma seringkali aku dihambat segala macam tugas yang tak pernah tuntas.Tugas hakikiku sebagai seorg pendidik (pendidikkah aku?),isteri dan ibu.Meskipun aku aku seakan kehilangan rentak,aku akan tetap terus menulis kerana bila tiba saatku untuk pergi,ada sesuatu yg ku tinggalkan buat mereka yang mengenaliku.

  Hambatan usia takkan pernah terhenti.Justeru aku redha andai esok tiba saat itu.Cuma yang aku kesalkan adalah diriku sendiri yang sering hanyut dan terlupakan istiqamah.Dalam dakapan Ramadan yang mulia,aku sepatutnya menjadi aku yang lebih baik namun aku seringkali gagal digoda urusan dunia.Ampunkan aku ya Allah.Doaku, tetapkanlah hatiku dan orang-orang yang aku sayang agar terus berpegang pada taliMu.Maafkan aku andai masih lagi dosa yang mengekoriku kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah.Akhir kalam,peluk aku erat dalam dakapanmu ya Ramadan.






  
  

1 comments:

Post a Comment