Showing posts with label cross stitch. Show all posts
Showing posts with label cross stitch. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Smua sutak abis!

   Aku sendiri tak perasan yang aku ni berjiwa seni rupanya!Perasan! Tak percaya?Cuba tengok hasil seni tangan aku.Kalau ada masa terluang aku suka sangat buat cross stitch.Dah lama sangat aku tak buat cross stitch.Tapi bila aku tanya corak terkini dengan Apek yang aku selalu beli tu, dia kata; Haiya Amoi!Smua sutak abis!Selupa punya mau? Aku jawab; Aiya Apek!Selupa punya wa tak mau!Wa mau balu punya.Dia kata ; Itu macam lu latang lain tawunlah! Tapi sampailah sekarang, sibuk punya pasal, dah bertahun aku tak pergi.Oklah.Kita tengok dululah hasil seni aku dulu tu.Betul ke tak aku ni berjiwa seni?



Serupa dengan Milo, kucing aku yang hilang.






Esok nak ke kedai Apek tu lagi.
Mintak-mintak, adalah corak terbaru.

Saturday, November 24, 2012

Cara terbaik habiskan cuti sekolah

   Cuti sekolah yang panjang tidak semestinya dihabiskan dengan melawat ke sana ke sini.Atau pun bergumbira di tempat-tempat popular aka glamour yang guna banyak duit.Atau pun pergi shopping aka menyongket kata teman blogger aku Moh Kembara.Cuti sekolah juga sangat seronok jika dihabiskan di rumah.Tapi dengan syarat, mesti ada hobi.Kalau blogger tegar, blogging tu dah tak dikira hobi jadi carilah satu hobi yang tak kan menjadikan kita bosan.

   Cakap tentang hobi, hobi aku yang berkaitan dengan kerja seni.Tak kiralah felting ke, cross stitching ke atau lain-lain.Origami pun ok.Tapi aku dah terpikat pada satu lagi kerja seni yang teringin sangat aku try sejak dulu. Cuma masa je tak de.Kerja seni yang aku maksudkan adalah .................................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SULAMAN RIBEN

Kesimpulan:
Cuti sekolah juga boleh dihabiskan di rumah dengan pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah.

Wednesday, August 15, 2012

Ala... lamanya...


Sejak aktif blogging,
aku jarang sentuh kotak cross stich aku.
Bila nak start balik ni?