Showing posts with label dunia blogger. Show all posts
Showing posts with label dunia blogger. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Sibuknya jadi blogger!

   Siapa kata blogging tu buang masa?Kalau ada yang kata blogging tu buang masa, memang sahlah dia tu bukan blogger.Bagi aku si blogger anchovy ni, blogging ni bukan setakat hobi dah tapi dah jadi suatu yang mesti.Paling tak pun 2 jam sehari diperuntukkan untuk blogging.

   2 jam tu bunyi macam lama tapi bagi mana-mana blogger tegar, 2 jam tu macam 2 minit je.Tup tup dah habis.Apa taknya, bila start online je, mesti jenguk blog.Perkara pertama bila jenguk blog, mesti nak tengok komen.Naik semangat bila dapat komen-komen yang membina.Lepas tu publish komen.Nak juga check ada tak spam.Kalau ada, kenalah delete komen tak perlu tu.

   Lepas check dan publish komen, mesti nak buat latest entry.Bagi blogger tegar, it's just a piece of cake.Sekejap je dah siap satu entry yang berkualiti.Kadang-kadang je idea hanyut tak tau nak tulis apa.Bagi blogger yang baru belajar, mungkin ambil masa sikit nak tulis entry.Dengan kata lain, bakat sebagai penulis juga perlu bila menulis entry di samping minat dan kesungguhan. 

   Lepas tulis entry dan up load apa-apa gambar yang sesuai, kenalah ping pulak.Biasanya kat Facebook.Tujuan ping ni supaya ramai yang baca entry kita tu dan bermakna ramailah visitor kita.Time nak ping ni, silap-silap hari bulan, kita lupa yang tujuan kita on FB ialah sebab nak ping entry kita.Apa taknya, bila check FB tu, mesti asyik kita baca apa-apa yang dikongsi.Lepas satu, satu.Biasanya aku tertarik dengan gambar-gambar comel kucing.

   Lepas ping entry, balik semula ke blog.Mesti kena jenguk chat box.Siapalah yang rajin dan sudi datang.Lepas tu, seelok-eloknya, kenalah kita balas kunjungan.Barulah timbul semangat 'kejiranan'.Alah.... macam kita dengan jiran.Jiran bagi kuih, kita kenalah balas kuih.Takkan nak beri bekas kosong.Aktiviti membalas kunjungan ni pun ambik masa sebab bila dah bukak satu-satu blog tu, mesti kita nak bukak mana-mana blog yang kita kenal.Kalau tak, macam tak sah.Aktiviti ni jugak istilah bloggingnya adalah blogwalking.

  Tamat aktiviti membalas kunjungan tu mesti kita nak buat auto published entry pulak.Ialah, kita bukan boleh mengadap laptop 24 jam.Jadi salah satu cara nak maintain traffic ialah dengan buat auto published.Kalau rajin, biasanya aku buat dalam 5 entry untuk sehari bagi yang auto published.Semasa buat entry tu, kenalah jugak check gambar yang kita nak guna.Ada watermark ke tak.Kalau tak de, kenalah buat dulu supaya orang lain tak boleh claim gambar kita.Ni pun ambik masa jugak.

  Eh!Aku nak bluetooth gambar ke lap top dululah.Lupa pulak nak buat siang tadi.Bagi yang telah berkunjung ke blog aku ni, aku ucapkan jutaan terima kasih.Bagi yang aku belum follow dan belum jenguk, sabar ye.Kena ambik masa sikit sebab macam-macam perkara aku kena buat sekarang ni.Masa pulak tu tetap 24 jam, tak tambah-tambah.Sabar ye... Jumpa lagi!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Takkan nak jeling je?
Gi lah blogging!


Saturday, May 5, 2012

Header pilihan malam ini...

Time blogging malam ni, aku terpikat pada satu header yang cukup menarik.
Sebenarnya aku geli menatang ni tapi bila tengok header ni, aku terpikat pulak!
Pandai pulak dia naik vespa!
Kreatif betul kepala otak blogger ni kan?
Jom berkenalan dengan blogger genius ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Comel kan?



Wednesday, May 2, 2012

Pengumuman kepada blogger-blogger.

  Pengumuman ini ditujukan kepada mana-mana blogger yang telah sudi berkunjung ke blog aku dan follow, tapi aku tak balas kunnjungan atau follow balik.Sila maklumkan di ruangan komen agar dapat aku kunjungi dan follow.Maklumlah, 2 minggu aku tak dapat berblogging dengan aktif kerana Cik Lenovo aku koma.Baru semalam Cik Lenovo aku sedar.Tu yang aku ingat nak jadi blogger tegar balik tu.Silalah beritahu ye!

-
-
-
-
-
-
-

Terima kasih kerana sentiasa beri support.

Monday, April 9, 2012

Blogwalking diharamkan.

   Keadaan tak mengizinkan aku blogwalking.Jadi aku sabo jelah dengan post entry sekerap yang mungkin.Mudah-mudahan, taklah teruk sangat kedudukan ranking aku di Alexa.Ayoyo!Dengan Mak Temah Samsung gedabak yang aku guna ni, jangankan nak merewang di dunia siber ni, nak check ranking Alexa pun tak boleh!Apa tah lagi blogwalking!Bila start blogwalking je, mulalah dia meroyan buat perangai.Nak tak nak, terpaksalah aku haramkan blogwalking buat sementara waktu!Nak ping?Jangan harap!Sabo jelah!