Showing posts with label festival layang-layang pasir gudang. Show all posts
Showing posts with label festival layang-layang pasir gudang. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Tak sangka excited giler!

   Rasa nak tergelak pun ada.Semuanya gara-gara bas.Maksud aku bas Iskandar @ bas henti-henti.Bukan rupa bas tu kelakar tapi rupa penumpang bas tu yang kelakar.Maksud aku, penumpang tu aku dengan adik aku cikgu sekolah Tanjung, 2 orang anak dara aku dan 2 orang anak buah aku.Kelakar sebab dah berpuluh tahun kami tak naik bas henti-henti.Tiba-tiba hari ni teringin pulak nak try.

   Mula-mula tu tak sangka excited sangat.Macam nak pergi rombongan pulak.Anak buah aku yang 2 orang tu memanglah seronok.Maklumlah budak-budak.Sempat juga posing ambik gambar sebelum bas sampai.Bila bas sampai, aku pun bayar tiket dari kampung aku ke Kompleks Pusat Bandar.Seorang RM1.70.Jadi 4 orang= RM6.80.Aku beri je pada pemandu tu.Tak terfikir pun nak letak dalam tabung.Lepas tu aku terus je duduk.Driver tu tak beri pun tiket.Nasib baik takde tukang check tiket.(Ada lagi ke?)



   Sampai di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, tengok-tengok barang jap lepas tu makan-makan.Menu biasa sup le tapi aku terpaksa tukar menu ke mee rebus sebab kolesterol dah makin membiak.Air masih tetap jus jambu (bukan Yus Jambu tau) tabur serbuk asam.Oii!!!Kecur air liur.Menu lain mee hoon sup, sup urat power punya dan   fish & chips.Tengok gambar lagi, nak?

Nampak tu? 
Koko special, jagung special dan sup urat.
Pernah rasa sup urat?Sup lidah?Sup ekor?Sup pipi?


Menu orang tua lebih kolesterol macam aku.
Pinggan pun pinggan orang tua.
Mee rebus ni amboi mak sedap sangat.
Siapa nak rasa bolehlah singgah ke gerai Harum Dahlia.
RM3.50 je.

   Lepas makan, singgah solat jap.Tiba-tiba terperasan jari aku merekah dan berdarah gara-gara menyental bilik air guna sabun Bersih pagi semalam.Punyalah Bersih sampai jari aku pun 'dibasuhnya'.Aduh mak!Pedihnya!Lepas solat, kami balik.Plan nak naik teksi tapi teksi takde jadi kami ambik bas jugak.Kali ni aku tak lupa letak duit dalam tabung dan ambik tiket.

Bukti entry tak tipu punya.

   Pendek kata, tak sangka naik bas tu best.


Saturday, March 3, 2012

Arisa?Apa tu?


Sila lihat gambar di atas.

Yes!Aku nak cerita tentang negeri Johor, negeri tanah tumpah darahku...

  Baru-baru ini, semasa festival Layang-layang berlangsung di Pasir Gudang, aku sempat mengumpul brosur ( pelik no bunyinya.. brochure) dan lain-lain tentang negeri Johor.Ada satu  tu, penuh dengan resipi.Ada kacang pol, halwa maskat, kacau keledek, wajik dan macam-macam lagi.Ada yang biasa dan ada juga yang pelik macam asam pedas belangkas dan gonggong goreng.Tapi tiba-tiba aku ternampak nama satu makanan yang serious aku langsung tak tahu.Malu aku jadi orang Johor.Nama makanan tu adalah Arisa.Pernah dengar tak?Macam biasa, aku tanya Cik Google.Cik Google kata, arisa tu sejenis lauk menggunakan ayam atau kambing.Try cari gambar, tak de pulak.Tengok pada resipi, aku agak lebih kurang masak kurma kot?Jadi sesiapa yang ada maklumat tu, silalah kongsikan ye.Teringin juga aku nak try resipi arisa ni.Nak tanya Mat Gebu, Mat gebu tak bagi respon.Seganlah aku.Ni aku kongsikan antara link yang Cik Google beri...

3.Easy Rider ( Amboi, nama bukan main ganas... Rupanya ada resipi kat sini)