Showing posts with label kedudukan terkini malaysian cub prix 2012. Show all posts
Showing posts with label kedudukan terkini malaysian cub prix 2012. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

Fakhrusyi jatuh pulak...

   Aktiviti hari kedua cuti sekolah, dipenuhi dengan tugas sebagai penyambut tetamu di majlis perkahwinan sedara @ anak jiran depan rumah.Dari jam 10 pagi sampailah 5 petang.Berhenti kejap-kejap untuk solat dan konon nak tengok anak murid aku Fakhrusyi Syakirin berlumba motor.Setakat petang tadi, dia 1st ranking untuk kategori CubPrix.Tapi, alangkah hampanya aku bila dapat tahu, Fakhrusyi tak berlumba dalam final sebab jatuh masa saringan!Sampai malam ni, tak tau lagi, ranking ke berapa sekarang.Nasib baik si Hafiz no.4 je...Tapi, kalau tengok di SINI, Fakhrusyi masih lead dengan 158 mata.Tak taulah kalau-kalau keputusan ni belum updated lagi.

    

Ala.... tak de mood nak menulis...


Tuesday, June 12, 2012

Contohi Mat Rempit ini.

   Ramainya budak-budak muda yang suka merempit.Kadang-kadang aku tengok, tingkatan 3 pun belum lepas lagi.Kalau tengok gaya, amboi, hero bukan main.Tapi kalau betul-betul hero, trylah merempit di litar lumba!Contohilah 'Mat Rempit' pilihan aku!Siapa lagi kalau bukan......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Fakhrusy

..... Fakhrusy Syakirin Rostam,
anak murid aku yang diam-diam ubi berisi.
Pemalu ( pada akulah) tapi bawak motor...
punyalah laju!
Tu yang jadi juara tu.
( Credit to : Malaysian Cub Prix)

-
-
-
-
-
-
-
-


Result perlumbaan di Teluk Intan, Perak hari Ahad, 10 Jun lepas.

RESULTS

Timed Practice
CP130: 1. Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 57.288s 2. Norizman Ismail (Honda) 57.510s 3. Ahmad Fuad Baharudin (Yamaha) 57.513s 4. Mohd Affendi Rosli (Honda) 57.550s 5. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 57.564s
CP115: 1. Mohd Iskandar Raduan (Yamaha) 58.625s 2. Mohd Haiekal Akmal Zakaria (Yamaha) 58.633s 3. Ahmad Afif Amran (Yamaha) 58.772s 4. Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 58.773s 5. Elly Idzliaikmal Ilias (Suzuki) 59.009s

WIRA: 1. Fakhrusy Syakirin Rostam (Honda) 59.260s 2. Mohd Hafiz Nor Azman (Yamaha) 59.405s 3. Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 59.509s 4. Khairul Idham Pawi (Honda) 1:00.206s 5. Che Ku Amriq Asyraff (Yamaha) 1:00.264s.


Pssst!Fakhrusy, jadi pelumba hebat mesti pandai cakap omputih tau!
Nanti nak berlumba di luar negara senang!