Sebagai seorang pencinta kucing, aku selalu tertanya-tanya, kenapalah kucing jantan kesayangan aku, si Panji, suka sangat mengurut-ngurut aku bila aku dukung.Ingatkan memang tebiat dia macam tu.Rupa-rupanya, ada makna!Barulah aku tau!Nasib baiklah aku follow Dunia Kucing... Nak tau tak apa maknanya?
Ni dia...
Jika kucing suka mengurut, itu kerana habit dia dapat dari ibunya dulu. Bila kita sebagai tuannya sedang rehat ataupun berbaring seolah-olah memberikan hints kepada kucing tu untuk minum susu sebagaimana ibunya dulu.
Jadi kucing tu pun, menekan-nekan seolah-olah mengurut dengan tujuan melancarkan pengeluaran susu dari badan yang mana sepatutnya badan ibu kucing tu.
Tapi kalau kucing dewasa pun buat macam ni lagi, maksudnya kucing ni sangat selesa dengan kita dan seolah-olah masih mengingati zaman kecilnya dulu.
Bertuah pada yang pernah merasa diurut oleh kucing kesayangan. Hargaila mereka seperti mana mereka harigai jasa anda membela mereka ♥ kucing :)
-
-
-
-
-
-
-

